Mata Kucing - Kisahku Mata Kucing

Mata Kucing



Amboi, tetiba tajuk MATA KUCING hehehe . Tetiba aje tau, bukan apa semalam tak sangka biji benih yang Mak tanam kat pasu boleh pulak menjadi. Alhamdulillah, rezeki Allah nak bagi. Di sini memang sunyi aje, jadi carilah bende-bende yang boleh hiburkan hati sendiri.

Bestnya kalau dapat menanam pelbagai jenis pokok-pokok buah hanya dalam pasu sahaja. Sebenarnya binggung jugak sebab pokok buah mata kucing ni bakal besar. Sepatutnya kene tanam di tanah sahaja. Tapi di perpustakaan ni mana nak mencari tanah. Jadi pilihan yang ada kene beli pasu yang bersaiz BIG baru boleh alihkan anak pokok buah mata kucing ni.

Berangan jugak nak menanam segala bagai pokok-pokok dan sayur-sayuran, macam seronok bila melihat apa yang kita usaha keluarkan hasil dan boleh dikongsikan bersama rakan dan komuniti. Bukan perkara sia-sia bila kita lakukan dengan niat yang betul.

Aku masih bertugas seperti biasa. Pagi mengemas, mencuci dan mengemop. Susun buku jugak. Kemudian duduk di kaunter buat kerja hakiki dan hakikat. Tak boleh tinggal, buat dengan sedaya upaya . Aktiviti pun berjalan seperti biasa. Seadanya sahaja. Bukan nak kejar sesuatu tapi ini adalah amanah yang dipikul bila kita berkehendak hasil yang berkat.

Datang seperti biasa dan balik bila jam menunjukkan pukul 6 petang. Biar pon sorang, sedaya upaya berusaha menepati segala yang dimeterai. Senantiasa merasa ada yang perhati. Buat jiwa senantiasa padu melaksanakannya biar pon pelbagai kata-kata. Biar sahaja, aku kan manusia biasa ada kala buat khilaf tanpa disedari. Move on sahaja dari rasa yang bertandang dengan kata-kata. Lama-lama senyap sendiri lah . Dah penat kan .

Aku tetap aku yang meneruskan setiap hembusan nafas yang diberi Illahi.


Mata Kucing dan Aku Kisahku

Catat Ulasan

0 Ulasan