Wallpaper Meja Kaunter - Kisahku Wallpaper Meja Kaunter

Wallpaper Meja Kaunter





Alhamdulillah, ditukarkan dari Feb 2017, tahun ini masuk tahun kedua di sini.Hari ini berjaya menukar langskap meja kaunter.  Nampak cantik dan beri energi warna tanah. Aku buat secara berperingkat fasa ke fasa.

Tahun pertama, aku masuk aku ambik mood berkenalan dengan perpustakaan ni. Pandang depan, pandang kiri. Pandang rak pandang dinding. Aku masuk memang takde sapa-sapa nak tunjuk di mana letaknya segala fail, di mana letaknya bahan-bahan penting. Aku masuk baca bismillah .

2017 tahun aku menyusun atur semula segala fail-fail, buku-buku dan koleksi-koleksi. Memang takde masa nak mendeco-deco ni. Sampai sekarang masih berusaha sedikit demi sedikit untuk memperkemaskan lagi penyusunan di sini.

2018 tahun ini aku banyak buat kerja-kerja mengenalkan perpustakaan kepada masyarakat. Memang banyak sedikit kerja luar namun kerja hakikat tak tinggal. Kalu tak mau pitam hehehe. Akhir tahun 2018 aku buat gotong royong buku dalam stor.

2019 tahun aku buat dekorasi atau kemasan dalaman perpustakaan. Nak perindahkan meja kaunter. Nak bubuh langsir tingkap yg cantik, yg ni bulan ramadhan baru aku pasang. Kemudian rak buku aku cantikkan dengan kata-kata semangat. Ada zon solat yang cantik buat pengunjung. Nak tampal wallpaper kat dinding. Sekarangkan wallpaper harga mampu milik. Mata aku sekarang asyik membayangkan warna apa yg sesuai. Mencari maklumat dekorasi yang ringkas tapi cantik mata memandang.

Kenapa aku buat semua ini? Sebab aku suka bekerja dalam keadaan yang selesa dan cantik. Tempat kerja itu adalah tempat kita mengumpul pahala juga. Takde niat pon nak tunjuk hebat. Sebab dah terbiasa dari Perpustakaan Pekan. Aku memang suka tempat yang indah-indah ni. Penat? Penat jugak tapi aku puas. Pujian ? Takde makna buat semua ini untuk pujian, aku lebih mengharapkan mereka selalu doakan yang baik-baik buat aku itu dah cukup buat aku bahagia.

Hidup ini ada kisah, kisah ini bakal terbuku di akhirat. Nanti bila kita buka buku kita kat akhirat. Semoga yg terpancar diwajah kita adalah nur keimanan dan kebahagiaan. Aamiin.




Catat Ulasan

0 Ulasan