Siapa sangka - Kisahku Siapa sangka

Siapa sangka






Tu dia tajuk yang menjadi tanda tanya hehehe. Siapa sangka setelah hampir 14 tahun aku berkhidmat, bertukar tempat dengan orang paling lama dalam perkhidmatan. Dulu tahun 2005 aku bertugas di Perpustakaan Dataran dan dia di Perpustakaan Taman. Sekarang terbalik sudah. Dia di Perpustakaan Dataran dan aku di Perpustakaan Taman.

Tiada yang mustahil dalam hidup ini. Semua boleh berlaku dengan izin Allah. Pasti ada hikmah dan rahmat yang Allah nak beri kepada kita.

Alhamdulillah, setelah hampir 2 tahun di Perpustakaan Taman , aku berjaya untuk buat sisih dan bersih sudut ini. Buku di rak pon dah semakin cantik. Tinggal buku di stor  belakang ni yang perlu aku perkemaskan lagi. Seorang tapi bukan sendiri. Aku ada Allah yang senantiasa memberi kekuatan untuk aku teruskan usaha ini.

Bekerja bukan kerna manusia, tapi niatkan bekerja kerna DIA . Pasti setiap langkah ada kemudahan kelancaran dan kemanisan. Aamiin.

Kenangan manis menerima penghargaan sebagai pekerja contoh tahun 2010, tahun 2018 dianugerahkan pekerja cemerlang. Alhamdulillah Alhamdullillah Alhamdulillah. Terima kasih Allah. Terima kasih kepada semua yang mendoakan kebahagiaan dan kejayaan ku. Terima kasih .





Sebuah perjalanan Kisahku .

Kepada sahabat aku yang aku panggil beb, Aku senantiasa ingat kata-kata mu " Raihan, biar kita tercampak ke daratan menjadi gunung dan tercampak ke laut menjadi pulau " terima kasih beb yang selalu ada untuk diri ini. Aku selalu doakan kamu beb.

Catat Ulasan

0 Ulasan