Nasi Ambeng - Kisahku Nasi Ambeng

Nasi Ambeng




Alhamdulillah, masih diberi rezeki untuk menikmati makanan paling lagend abad ini hihihi . Sekarangkan musim orang buat kenduri arwah sempena ramadhan yang bakal tiba tak lama lagi. Pejam celik pejam celik dah nak masuk bulan ramadhan. Dah puasa ganti ke tu ???

Nasi ambeng ni makanan orang jawa. Nasi dan lauk pauk diletak didulang dan kami akan makan bersama-sama secara berjemaah. Sambil makan sambil sembang mengeratkan silaturahim. Bukan aktiviti membawang tau. Lebih kepada sesi bertanya kabar dan sembang tentang kehidupan.

Dalam meriah bersembang, tetiba semua dalam dulang pon habis. Ajaib sungguh , itu lah budaya masyarakat kampung. Masih erat masih rapat. Moga tak hilang budaya yang satu ini. Budaya warisan nenek moyang tercinta. Senantiasa segar dalam ingatan.

Catat Ulasan

0 Ulasan