Tentang Ikhlas - Kisahku Tentang Ikhlas

Tentang Ikhlas


Pagi ini keluar aje dari rumah tetiba perkataan " Ikhlas " menjadi terang dalam diri. Tertanya-tanya jugak. Ikhlas ini pelbagai definisi kita boleh beri. 

Ikhlas itu, ibarat kau membuat 100 kebaikan dan apabila kau buat 1 keburukan  manusia bakal menghukum mu dengan 1 keburukan itu. Maka ikhlas itu ibarat cahaya yang memayungi 100 kebaikan itu untuk kita masih boleh tersenyum dan senantiasa bersemangat.

Ayat ini terlahir indah dihati bintang ku pagi tadi. Berkata-kata dan teralun indah dijiwa. Yup, kau buat 10 kebaikan namun 1 keburukan yang kau buat bakal membenamkan segala kebaikan yang 10 itu. Maka dirikan lah ikhlas dalam hati dan jiwa mu. In Shaa Allah, kamu bakal kuat dan terus melangkah.

Aku tak nak tulis panjang-panjang takut meleret-leret nanti. Hidup ini kita kan punya pilihan. Andai pilihan kita yang terbaik buat kita. Maka kukuhlah dengan pilihan itu. Hidup untuk beri manfaat , manfaat untuk semua.

Catat Ulasan

0 Ulasan