Kanda Dinda - Kisahku Kanda Dinda

Kanda Dinda







Amboi tajuk tak boleh belah, apa kaitan dengan gambar ??? Alor, nak ambik mood sikit. Tak kan tak boleh hehehe. Hari ni hari rabu, rabu hari aku dilahirkan. Jadi kalu nak berkebun tanam pokok ke tanam sayur ke , aku sengaja ambik hari rabu. Doa supaya subur hendaknya. Sesubur diriku yang makin kembang setaman.

Alhamdulillah, bila bertugas di perpustakaan desa ni , sebelah pagi selain kerja rutin buat pembersihan luar dan dalam. Aku suburkan semula minat berbakti kepada tanah. Perasaan tu bila dapat sentuh tanah, macam berbunga-bunga aje. Rasa teruja dan bahagia.

Semalam ada Auty depan bagi penih pokok sayur keledek. Aku ingat nak tanam kat rumah aje. Tapi fikir punya fikir, maka aku putuskan untuk tanam di perpustakaan. Senang aku nak tengok.

Kita ni kan, bila bekerja kene cari kegembiraan kita sendiri. Kat sini aku kerja sendiri, takde teman untuk bersembang. Jadi dapat buat aktiviti berkebun dan dengannya aku gembira. Kadang tu ada yang menjadi dan kadang tu ada yang layu. Tak kisah lah. Janji aku gembira.

Kebun dan Aku, SATU KAN RASA yang satu itu.

Catat Ulasan

0 Ulasan