Program i-Code Advanced di PPAS - Kisahku Program i-Code Advanced di PPAS

Program i-Code Advanced di PPAS




Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS), dengan kerjasama Menteri Besar Incorporated (MBI) dan Smart Selangor kini mengadakan beberapa siri Kem Latihan Pembangunan iOS Apps (i-Code Advanced) 

Tempat : Pustaka Raja Tun Uda,Shah Alam dan Perpustakaan Komuniti Pandan Jaya .
Tarikh bermula : 20 Julai 2019
Sesi Latihan :  16 sesi

Program i-Code Advanced bertujuan untuk melatih para peserta dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan bagi membangunkan aplikasi mudah alih (mobile apps) berasaskan teknologi iOS.

MBI merupakan penaja rasmi yang akan menaja yuran penyertaan sebanyak RM12,800 seorang. Penyertaan adalah terhad untuk 10 orang sahaja di setiap lokasi. Komitmen peserta untuk menghadiri kesemua 16 sesi yang akan dijalankan adalah diperlukan.
Sijil penyertaan akan dianugerahkan kepada peserta yang layak.

Sila layari web  http://www.ppas.gov.my/ untuk maklumat lebih detail lagi.




Catat Ulasan

0 Ulasan