Buku : 33 Pesan Qalbu - Kisahku Buku : 33 Pesan Qalbu

Buku : 33 Pesan Qalbu

 



Tajuk Buku : 33 Pesan Qalbu
Penulis :Amiza Khusyri Yusof
Diterbitkan oleh : Grup Buku Karangkraf Sdn Bhd
Tahun terbit : 2016
Jumlah muka surat : 227
No klas : 158.1 Am
Dari rak buku : Perpustakaan Desa Taman Muhibbah Sabak Bernam
Ringkasan tentang tajuk :
Tentang Penulis :
Amiza Khusyri bin Yusof, dilahirkan di Labu, Seremban, Negeri Sembilan. Mendapat pendidikan menengah di Sekolah Menengah Agama Dato’Klana Petra Maamor, Ampangan. Kemudian meneruskan pendidikan peringkat diploma di Kolej Agama Sultan Zainal Abidin ( KUSZA ) , Kuala Terengganu dalam bidang Usuluddin dan Diploma Pendidikan di Institut Perguruan Islam ( IPIS ) , Bangi. Beliau menamatkan pengajian peringkat ijazah pertama di Universiti Al-Azhar, Mesir dalam bidang yang sama dan sewaktu buku ini diterbitkan beliau sedang berada di peringkat akhir pengajian Sarjana Usuluddin dalam bidang Penulisan Dakwah ( da`wah literature ) di Universiti Malaya, Kuala Lumpur .
Buku ini mengandungi 33 bab isi kandungan penting. Antara isi kandungan yang ada ialah tenang atas nama takwa, bahasa kejayaan bernama senyuman, keindahan sebuah keyakinan dan menjadi insan bermanfaat. Buku yang sangat bagus untuk dibuka dan dibaca bagi menyuburkan lagi semangat kita di tahun 2022.
Dikongsikan sedikit pengisian dalam buku ini , pada muka surat 28 iaitu berkaitan tentang akal yang sihat. Akal yang sihat akan membawa kita semua kepada kehidupan yang bahagia. Walaupun hidup kita ini bak roda yang akan berputar-putar kisahnya, namun apabila kita mempunyai tunjang asas kekuatan dalam diri iaitu akal yang sihat. Setiap ujian dan cabaran, pasti kita boleh lalui dengan tenang, Insya-Allah.
Akhirnya, membaca adalah satu terapi yang akan menjadikan kita insan yang lebih baik. Jadikan amalan membaca sebagai salah satu perkara yang menjadi satu kemestian dalam kehidupan kita semua. Membaca membimbing diri kita ke jalan penuh senyuman.
Lindung Diri Lindung Semua , Kita Jaga Kita .

Catat Ulasan

0 Ulasan