- Kisahku Kisahku


 

Tajuk Buku : Pujuk
Penulis : Arlina Banana
Diterbitkan oleh : Buku Pojok PLT
Tahun terbit : 2016
Jumlah muka surat : 128
No klas : 808.882 Ar
Dari rak buku : Perpustakaan Desa Taman Muhibbah Sabak Bernam
Ringkasan tentang tajuk :
Kenapa buku ini yang dipilih untuk dibuka dan dibaca hari ini ? Setiap buku ada watak yang tersendiri. Ada jalan kisah dan ceritanya. Jemput semua untuk baca buku ini. Setiap daripada kita mempunyai sudut pandang yang berbeza. Kita raikan sahaja perbezaan. Kita cuba cari titik persamaan.
Buku ini ditulis dari perjalanan kisah hidup penulis. Banyak yang ditulis dan dikongsikan. Tidak semua daripada kita berani untuk menulis. Apabila kita membaca buku tentang jalan cerita seseorang, jangan pernah untuk berkata-kata. Kita lihat cermin diri kita sendiri. Kita pun tidak sempurna juga.
Bagi saya, setiap patah perkataan yang terlakar di kertas putih itu merupakan satu anugerah untuk kita fikirkan bersama. Bait-bait kata yang saling terkait di dalam buku ini walaupun menggunakan bahasa kita-kita , namun cantik pada pandangan mata saya. Pembacaan santai dan ada ketikanya kita senyum menangis sendirian.
Akhirnya, nak tahu lebih lanjut tentang buku ini, boleh cari di rak dengan klas nombor yang diberikan di atas. Buku ini adalah sebahagian dari koleksi perpustakaan di sini.
Lindung Diri Lindung Semua, Kita Jaga Kita.

Catat Ulasan

0 Ulasan