Khamis, 13 April 2017

Pusat Aktiviti Warga Emas



Alhamdulillah, semalam dapat jugak pergi ke sini untuk menyumbangkan majalah Al Islam yang boleh dijadikan bahan bacaan santai-santai.

Mempunyai 500 ahli berdaftar dan 100 ahli aktif, membuatkan tempat ini sesuai untuk kita sama-sama meneroka apa yang boleh kita sumbangkan kepada mereka.

Kita juga bakal tua, sedikit usaha moga menjadi saham akhirat, Insya Allah. Aamiin.


Selasa, 11 April 2017

Perlu ke POPULAR



Bagiku biar begitu. Manusia nak pandang tak nak pandang, terpulang. aku tetap terus melangkah.Yang penting dalam perjalanan kisahku, Allah senantiasa ada. Itu sudah cukup.

Jumaat, 7 April 2017

Be Strong




Terus melangkah walaupun berkali-kali disakiti. Aku akan tetap tersenyum dan tenang di sini. Insya Allah. Aamiin.

Khamis, 6 April 2017

Jom membaca





































Jarang orang berselfie dengan buku, hah! apalagi, bukan setakat selfie, tapi kene baca juga. Best tau membaca nie.

Jom baca buku.




Rabu, 5 April 2017

Nasi lemak bungkus surat khabar lama.



Nasi lemak paling mantap aku pernah makan. Sedap wooo ... harga Rm 1.50, telur separuh. Murah ke mahal? Makan sampai boleh tersandar di kerusi.

Nasi lemak bungkus surat khabar terbaikkk ... Jom makan.

Isnin, 3 April 2017

Ladang Epal



Wah! Berangan sebentar ke ladang epal. Mesti seronok kan. Agak-agaknya bila aku boleh menikmati keindahan ladang epal. Teringin bebenor nak memetik buah epal terus dari ladang. Petik dan terus makan. Pasti mengujakan jiwa.

Moga suatu hari nanti angan-angan ini jadi nyata, Insya Allah. Aamiin.

Khamis, 30 Mac 2017

Pokok Delima




Alhamdulillah, pagi ini bawak benih pokok delima untuk di tanam di sini. Bila bertugas di desa, pastikannya mahu menghijaukan persekitaran. Di samping boleh dibuat teman dikala sunyi nanti hehehe ...

Terajin pulak bila ditugaskan ke desa. Bukan main lagi banyak perkara yang dibuat. Kenapa agak-agaknya jadi begitu. Sebab kerja sorang kut. Semua kene buat sendiri. Dulu ngada-ngada lebih. Sekarang nak ngada-ngada dengan siapa. Pada diri sendiri juga. Redah ajelah kannn ...

Selasa, 28 Mac 2017

Bila Mimpi Jadi NYATA






Dalam kisah-kisah kehidupan kita, sering kali kita punya mimpi-mimpi yang indah. Begitu juga dengan aku. Macam-macam yang dimimpikan. Mimpi-mimpi ini dinyatakan dengan menterjemahkan melalui kuasa bayangan. Setiap hari setiap masa setiap saat dipandang, diingati dan dijanakan.

Kita usahakan satu persatu. Bangkit, jatuh itu lumrah.Pelbagai persepsi manusia ,  dikata , dipuji dan di hina itu biasa. Melangkah tetap melangkah. Biasanya untuk kita menjadikan mimpi kita itu jadi nyata, perlu ada kekuatan.

Berdoalah kepada Allah, di doakan apa jua mimpi-mimpi yang indah, Allah permudahkan dan lancarkan segala perjalanannya. Aamiin.

Sabtu, 25 Mac 2017

Hutan Batu



Cuti sekolah Mac 2017, ambil keputusan pergi jalan-jalan ke bandaraya. Nak pergi mandi manda, takut sebab musim virus .

Mencegah lebih baik dari merawat. Selagi boleh elak, kita elak.Maka , meronda lah kami 3 beranak. Jalan-jalan sampai sakit kaki tapi seronok sebab dah lama tak ronda-ronda bandaraya. Rinduuu ...


Rabu, 22 Mac 2017

Cuti Sekolah










Aktiviti-aktiviti yang dijalankan di Perpustakaan. Mana yang mampu aje aku buat. Memang ramai yang berkunjung ke sini. Alhamdulillah, rezeki Allah.

Aktiviti ringkas tanpa menggunakan budget RM hehehe ... Kene pandai dan kreatif. Bulan Februari, 24 aktiviti, bulan Mac tak tahu lagi. Kita tengok lah nanti berape aktiviti.

Sendiri bukan bererti aku akan lemah, sendiri itu merupakan terapi untuk aku berapi lagi semangatnya. Tidak dipandang tidak mengapa, belajar dan didik diri untuk buat sesuatu kerana Allah, bukan kerana manusia. Aku insan yang lemah, terkadang tersasar jua niat dihati. Didik semula hati dijalan lurus. Dunia sementara cuma, akhirat jua yang abadi.