Aku ingin menulis - Kisahku Aku ingin menulis

Aku ingin menulis


 Lama ditinggalkan blog kisahku ini. Hanya sesekali singgah. Bukan tidak sayang lagi, namun diri yang tidak mahu lagi menulis di sini. Sengaja menjadikan blog ini sepi. Mengambil masa berdiam untuk sembuhkan diri.

Alhamdulillah, hari ini aku ingin menulis lagi di sini. Rasa yang terlalu rindu membuatkan aku memilih untuk muncul kembali.

Hidup perlu diteruskan walau apa jua yang berlaku dan berlalu. Aku masih tetap aku manusia yang sederhana ini.

Senyum dan teruskan kehidupan.

Catat Ulasan

0 Ulasan