Jumaat, 25 Februari 2011

Abah dan Emak

Hari ni aku ingin berkongsi tentang kisah abah dan mak yg sgt aku kasih...

Bila mengisahkan tentang abah dan mak aku senantiasa bersemangat. Mereka berdua lah tempat aku mengadu segala kesedihan dan kegembiraan ku. Kasih aku tidak akan pernah padam ... senantiasa berkobar-kobar sebab mereka adalah Anugerah Allah SWT pada aku. Cinta aku kpd abah dan mak adalah krn Allah SWT.

Sewaktu kecil seawal usia aku 9 tahun ... aku selalu memandang bilik abah dan mak. Aku tatap pintu bilik itu lama-lama. Aku selalu mengadu ... Ya Allah ... hamba Mu ini hanya lah seorang kanak-kanak yg masih kecil. Aku takut Ya Allah , jika andai abah dan mak dikembalikan kepada Mu Ya Allah. Mampu kah aku melangkah kaki ku ini ke kisah-kisah aku yg akan aku lalui ... Ampuni aku Ya Allah kerana rasanya aku tak sanggup kehilangan abah dan mak dalam kisahku. Mereka lah ratu hati ku... Air Mata aku menitis laju ... hari-hari aku menangis ... Allah SWT  Maha Pengasih. Hari ini walau pon abah dan mak tiada di depan mata tp mereka tetap di hati aku. Pd suami tercinta ... maafkan isteri mu ini kadang-kala aku memprotes pd hal-hal yg mgkn bg pandangan org sgt lah ringan tp ... biarlah . Itu lah kelemahan diri aku ... aku adalah aku


Pengorbanan abah dan mak sgt-sgt tinggi ... mengisahkan tentang abah dan mak rasa aku tiada titik akhirnya kecuali tertutupnya mata aku ini... ada air mata dihati ini...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan