Isnin, 22 Julai 2013

Mengidam lah polakkk !!!





Gambar sumber dari Mr Google

Alahai ... dah mengidam tahap tak ingat dah nie huhuhu ... terliur aje , mcm ibu-ibu hamil lah polakkk tahap mengidam yew, adeiii ...

Macam mana nie , puasa pon dh masuk 13 hari baru nk berangan-angan nk langsir baru lah polak huhuhu ... Mengapa polak hati nie asyik mengidam bende nie. Sesak nafas aku dah ...

Nak buat tak ???  fikir Raihan ... ambik keputusan secepat mungkin, nanti ada yg terliur dipagi raya hehehe ...

Sabtu, 13 Julai 2013

Saat Diuji

Bila kita berhadapan dengan pertanyaan " Kamu Bekerja Untuk Siapa?" ...

Terima kasih kerana menyedarkan aku ... Aku mula memikirkan kembali kerana siapa aku bekerja ? Dengan jawapan PASTI bahawa aku tidak bekerja kerana MANUSIA. Sebab, jika aku bekerja untuk manusia, maka akan hanyutlah aku dengan keduniaan. Pekerjaan adalah AMANAH. Aku bekerja kerana ALLAH SWT. Dengan itu :

(i)Apabila kt tempat kerja aku dari bulan mac sampai sekarang takda aircord aku masih boleh bekerja dengan tenang dan bahagia . Allah SWT mengurniakan aku kesejukan dihati. Dikeliling oleh rakan-rakan sekerja yang terbaik.

(ii)Apabila berhadapan dengan pihak atasan aku, aku masih boleh tersenyum walaupun masa itu dia tengah marah aku, herdik aku dan mengeluarkan kata-kata yang bisa melemahkan semangat. Aku positifkan minda, takpe lah , dia tu ujian dari Allah SWT untuk menguji keikhlasan aku bekerja.

(iii) Apabila tiada penghargaan dan tidak dipandang, aku masih boleh bahagia sbb untuk apa penghargaan manusia , itu semua sementara. Yang pasti ,  Allah SWT Maha Mengetahui dan Maha Melihat. Itu sudah cukup membawa erti yang terbesar dalam kisahku.

Cuma aku ini manusia juga seperti kamu. Aku inginkan sedikit pengertian, aku ini ada tanggungjawab yang Allah SWT telah amanahkan kepada aku. Janganlah lupa aku ini tetap hamba Allah, Umat Nabi Muhammad SAW, Aku ini anak kepada kedua ibubapa aku, isteri kepada suamiku dan ibu kepada anak-anakku.

Di dalam masa aku bekerja , ada sedikit masa yang aku peruntukan untuk mengambil dan menghantar anak. Waktu ini biasanya aku akan satukan sekali dengan waktu rehat.Maka lepas itu, aku memang takde rehat lagi dah, cuma minta sedikit waktu untuk bersolat. Itu sahaja. Aku datang kerja seawal 8.00 pg hingga ke pukul 6.00 ptg. Walaupun waktu kerja aku sepatutnya pada pukul 9.00 pg tetapi ... dalam awal sejam tu aku boleh susun buku. Jadi takdelah kelam kabut kalu datang pukul 9.00 pg. Bila pagi sejuk sikit sbb takde aircord. Kene lah jadi pekerja yg senantiasa berfikiran kreatif.

Hari ini tak tahulah, bila dengar aje perkataan " Kamu Bekerja Untuk Siapa?" memang rasa nak marah. Tapi inikan bulan Ramadan. Bulan yang mulia. Tak baik kann nk marah. Sekarang tengah cool kan diri. Mengenangkan diri, macam kesian sangat kt roh aku, banyak dah yang aku telan.
PAHIT !

Set kat minda takpe RAIHAN , awak kan orang yang KUAT. Apalah sangat kannn kata-kata itu. Biarlah dia nk cakap apa-apa pon. Terpulang. Ada telinga dengar.(Walaupun dalam hati ada hujan dah ... tapi takpelah, kalu dalam hati ada hujan plus taman, suburkan taman tu nanti)

Yang Penting, Kisahku tetap menjadi rahsia antara aku dan penciptaku.

Aku Hidup Kerana Allah SWT. Itu PASTI !!!





Selasa, 9 Julai 2013

Alhamdulillah





Alhamdulillah , masih diberi nikmat untuk  merasai keindahan bulan Ramadhan Al Mubarak. Tahun ini tahun ke 35 aku ... sangat bahagia sebenarnya. Rasa tak sabar nak pergi solat terawih bersama suami dan mysweet soffi.

Pada teman-teman yang sudi singgah kat blog kesayanganku ini, aku ucapkan selamat berpuasa disamping orang-orang tersayang. Moga kita mendapat rahmat dan keberkatan hidup di dunia dan di akhirat.

Salam sayang dari saya untuk semua teman-teman ...

Khamis, 4 Julai 2013