Khamis, 23 Oktober 2014

NEVER!!!


Alhamdulillah, masih lagi meneruskan langkah-langkah kisahku seperti sedia kala. Apabila ada masa terluang aku suka membaca kata-kata motivasi yang membina. Kadang kala sampai terleka. Merindui saat-saat dahulu, namun apa kan daya, apa yang telah berlaku kita tak boleh padam dalam lipatan kisah kehidupan kita.

Tentunya teman-teman pembaca blog kisahku yang singgah di sini tertanya-tanya, ada apa dengan kisahku.Tak tahu nak tulis mcm mana. Biarlah di sana nanti terbuka semua. 

Aku manusia biasa, apabila terkadang meluahkan rasa di blog dan ada pula yg mengatakan sinis tentang kisahku satu dunia kene tahu ke??? Aku tak ada jawapan. Blog ini adalah satu medium sumber jalinan yg boleh menjadi satu ukhuwah sesama insan. Tiada niat nak tunjuk baik atau menjaja kisahku di merata dunia.

Apabila mencatatkan  entri aku masih lagi tidak menyatakan secara terus. Ada kala aku menggunakan bahasa kiasan. Pada mereka yang arif , itu satu bonus.

Aku manusia biasa, apabila dikhianati oleh seseorang, aku rasa kecewa, bukan sedikit pengkhianatan yang dilakukan. Sampai ke tahap hancur hati aku ini. Kalau luka dijari yang sedikit itu pun dah rasa peritnya, ini sampai tahap hancur hati. Boleh bayangkan.

Aku mungkin boleh tersenyum riang, bergelak ketawa tapi jauh di sudut hati siapa yang tahu. Bila menyendiri hanya aku dan DIA sahaja yang tahu apa yang ada di dada aku.

Sebab pengkhianatan itu, sekarang aku jadi manusia yang terkadang tercari-cari hati aku. Sebenarnya nak nangis dah nie, aku hidup dengan hati yang hancur dan boleh diibaratkan manusia yang tak punya hati lagi. Tak tahu bagaimana nak kata dah... sedih sangat-sangat. Tidak terkata dengan kata-kata.

Sampai hatinya mereka buat aku begini, dosa apakah yang telah aku lakukan pada mereka, walhal aku tak pernah masuk campur dalam urusan keluarga mereka.

Hanya Allah SWT sahaja yang Maha Mengetahui betapa kecewanya hamba ini.

Maaf tak terdaya nak sambung ... sedih .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan