Jumaat, 30 Disember 2016

Jumaat, 23 Disember 2016

d'Raihan Butik House ~ d'RbH

Gambar dari google


 Impian 2019. Usaha tangga kejayaan.

Produk Beauhea





Pagi-pagi berjalan-jalan di surat khabar, tetiba jumpa info ini. Macam best sahaja untuk dicuba. Tengah dok usha-usha ... jom layannn

Beauhea dan Beaulim ... Cantik dan Slim , impian 2017. Boleh ?

Khamis, 15 Disember 2016

Mee kari power


Suka makan mee kari. Hari itu, dok usha kat Setia City Mall. Dapat makan mee kari semangkuk besar. Alhamdulillah, rezeki. Senyum sampai telinga sebab suami belanja jalan-jalan di bandar.

Selasa, 6 Disember 2016

Ijam.com





Projek cuti sekolah buat suami tersayang. Sesekali masukkan catatan tentang orang rumah hehehe... Kalau sudah minat jadilah projek main cetak-cetak baju. Berimpian tak salahkan? Di mana ada usaha di situ pasti ada jalannya.


Isnin, 5 Disember 2016

Pegedil Udang Geragau



Resepi sendirian berhad #Kisahku

3 biji kentang digoreng lepas itu ditumbuk bersama bawang goreng dan udang geragau goreng. Letakkan sekali garam dan serbuk perasa 'pasti sedap'.

Mudah sahaja resepi saya nie. Goreng-goreng, tumbuk-tumbuk sampai halus, celur telur. Lepas itu goreng pegedil yang telah dibentuk mengikut suka hehehe ...

Jadilah pegedil udang geragau resepi ikut suka. Memang kesukaan saya nie.

Selamat mencuba!


Alhamdulillah, cuti sekolah sudah bermula, jalan-jalan Penang pekena pasembur yang sedap sangat. Makan tak toleh kanan kiri, 2 pinggan sekejap aja licin hehehe ... Ok layan gambar.

Musim orang kahwin







Bila cuti sekolah bermula, maka terlangsung juga walimatul urus perkahwinan. Alhamdulillah, Pulau Pinang ku bertandang membawa hajat besar adik sepupu suami. Ini lah corat coret di blog Kisahku ini. Ok layan gambar.

Selasa, 22 November 2016

Nasi Lemak Sedap



Nasi lemak sedap kesukaanku. Kecik aje harga RM 1.00. Biasalah sekarang kan hehehe ... Sedap tau nasi lemak nie. Sambalnya memang menepati citarasa saya.

Dari kecil sampai besar asyik nasi lemak aje. Badan pun habis berlemak. Misi nak turunkan berat badan. Kurus itu mudah aje, yang paling susah nak jadi gemuk. Jenuh nak gemuk dulu. Sekarang nak kurus kembali. Cukup-cukuplah mengumpulkan lemak.

Ok, makan dulu.

Khamis, 3 November 2016

Nur Kasih




Alhamdulillah, masih diberi rezeki mengecapi rasa bahagia. Kisah hidup ini sangat indah apabila kita senantiasa fikir perkara-perkara yang positif.

Duka atau Bahagia itu pilihan. Mana satu pilihan kita, kita sendiri yang tentukan. Moga pilihan kita itu memberi nur kasih dalam kisah-kisah kita. Insya Allah, Aamiin.

Khamis, 13 Oktober 2016

Kembar



Menatap gambar ini buat hati kristalku teruja. Moga impian kami suami isteri , Allah makbulkan, Insya Allah. Aamiin.

Doa senantiasa mengiringi perjalanan kisah-kisah kehidupanku.

Selasa, 27 September 2016

Rabu, 21 September 2016

Secret Correa

Gambar ehsan dari google


Serius aku mahu kembali kurus. Gigih berusaha. Cari-cari terjumpa produk nie. Jom kita kumpul maklumat.

Apabila cinta mula berputik



Dari jauh aku lihat dia
sangat indah menawan mata

Ahhh ...

Indah sungguh paras wajahmu
bergetar-getar rasa dijiwa

Senyuman indah terlakar
dikanvas wajahku ini

Siapa dia?

Dia adalah sepohon roselle yang indah.

Ouchhh! jangan gosip, aku ini telah berpunya hehehe ...

Kisahku dan Roselle.

Menu mudah memikat selera


Nasi putih campur lauk ayam percik ala sate, minum air putih. Sedap makan bila lapar hehehe ... Menu semalam petang . Balik kerja buka tudung saji ada lauk nie. Apa tunggu lagi, cepat-cepat ambik pinggan. Terima kasih buat suami tersayang. Faham benar kesukaan menu isterinya ini.

Kisahku semalam.

Selasa, 6 September 2016

Yaa Hayyu Yaa Qayyuum

Yaa Hayyu Yaa Qayyum.

Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu, bahwa hanya bagi-Mu segala puji, tidak ada Tuhan selain Engkau yang memberikan anugerah, yang menciptakan langit dan bumi, wahai Tuhan yang Maha Memiliki keagungan dan kemuliaan, wahai Tuhan Yang Maha Hidup lagi Maha Berdiri.


Maka Rasulullah bersabda : Sesunguh orang itu telah berdoa kepada Allah dengan Nama-Nya yang teragung, yang jika berdoa denganya, Allah mengabulkan, dan jika meminta dengannya , Allah memberikan. ( HR. Abu Dawud dan Al-Hakim)


Yaa Hayyu – Wahai Tuhan Yang Maha Hidup. Allah Maha Hidup. Dia selalu ada bersama kita dan menghidupkan kita. Ketika kita menyeru Yaa Hayyu, sama artinya kita memohon dengan ungkapan:

                Ya Allah Yang Maha Hidup, hidupkan aku dan seluruh potensi yang ada padaku.
                Ya Allah Yang Maha Hidup, hidupkan aku dan semua yang ada di sekitarku.
                Ya Allah Yang Maha Hidup, hidupkan aku dan berikan kekuatan untuk menjaga kehidupan.

Yaa Qayyuum – Wahai Tuhan Yang Maha Berdiri Tegak. Allah Maha Tegak. Dia Ada sepanjang masa. Dia tidak goyah. Dia yang mengawasi, mengurus, memelihara dan menguasai apa saja sama ertinya kita memohon dengan ungkapan :

                Ya Allah Yang Maha Tegak, berikan pengawasan dan pemeliharaan kepada kami, dan tundukkan kepada kami apa yang bergerak di muka bumi.


Yaa Hayyu Yaa Qayyuum adalah sebuah Kalimat Ajaib
·         Yaa Hayyu Yaa Qayyuum Menghilangkan kesedihan dan kepayahan
·         Yaa Hayyu Yaa Qayyuum untuk menjemput harapan
·         Yaa Hayyu Yaa Qayuum, Allah malu menolak permohonan orang yang berdoa dengannya.
·         Yaa Hayyu Yaa Qayyuum, menyembuhkan sakit


Kesaksian Imam Ghazali Tentang Kedahsyatan Kalimat Yaa Hayyu Yaa Qayyuum.

      Rezeki Allah datang berlimpah ruah
      Kata-katanya didengar dan dilaksanakan
         Isteri/wanita memandangnya dengan kasih sayang 
           Suami/laki-laki mengirimkan sinyal cinta
          Menjadi orang yang disegani dan dimuliakan
      Dipelihara dari bencana dan bahaya
       Dipelihara jauh dari penyakit
       Dipelihara dari kejahatan orang yang berkuasa
      Diberikan kemudahan bisa membeli sesuatu yang harganya mahal
      Diberikan kehidupan yang berkecukupan dan bisa membantu orang lain.



Sumber buku : 7 Kalimat Keberuntungan – Mengungkap Zikir Para Nabi dan kedahsyatannya.

Sabtu, 27 Ogos 2016

Aura Pengacara Program






Mula-mula diberi tugas memang terasa macam nak main sorok-sorok. Tapi fikir balik. Dah tugas, ambil sebagai cabaran.

Alhamdulillah, selesai sudah.

Selasa, 23 Ogos 2016

Memahat Impian Di Minda #Kisahku





Hanya gambar dipandang dahulu. Memahatkan segala impian, Insya Allah. Lakarkan di kamus kisahku.

Visualkan impian anda.

Rabu, 17 Ogos 2016

Hari Istimewa


17 Ogos 2016 , hari lahir My Sweet Soffi Ijam yang ke 10 tahun. Alhamdulillah. Doa , jadi anak solehah, Insya Allah.

Syurga pengakhiran kita. Aamiin.

Selasa, 9 Ogos 2016

Apabila aku mula memilih untuk berdiam



Diam tak perlu kata apa-apa. Memilih untuk zip mulut tapi bukan jemari runcingku ini. Merah yew bibir ku.

Ada orang cakap mulut aku mulut puaka. Takpe, yang penting jujur dan tak mengata belakang. Aku nie kan orang PUNCA.

Bila aku tahu punca memang mulut macam bertih jagung kalah mulut murai. Tapi bila tak tahu punca, mulalah diam seribu bahasa hehehe ...

Aku dan Kisahku ... biarlah

Isnin, 8 Ogos 2016

IKHLAS





Mudah menyebut namun sangat sukar untuk melaksanakan.

Aku sendiri belajar belajar belajar dan terus belajar tentang IKHLAS. Mungkin mulut berkata ikhlas namum jauh di sudut hati masih berkata-kata.

Kita ini tak sesempurna mana. Kita ini manusia yang bernama hamba, hamba Allah. Susah untuk dimergertikan. Bagi kita tentu sahaja kita berbuat betul namun pada pandangan orang lain kita salah. Pandangan sisi manusia kan berbeza-beza.

Aku pernah dibaling batu, ditolak ke curam paling dalam. Berkali-kali terkena dan berkali-kali bangkit semula.Berdarah sana sini, sakit sana sini, cedera sana sini. Nak menangis pun sampai sudah tidak mampu lagi. Sudah kering air mata.

Itu kisah lalu. Biarkan lah ...

Segala kedukaan itu, andai kamu bisa lihat di wajahku, kamu akan nampak. Itulah kesan kelukaan semalam. Hari ini aku belajar bangkit dengan IKHLAS. Memancarkan aura-aura keindahan. Memadamkan duka semalam.

Aku ingin KUAT seperti pohon itu, aku juga ingin KUAT seperti akar itu. Doakan aku.