Halaman

Syukur

Ainraihan | Rabu, Februari 21, 2018 | 0 Komen |

Setiap hembusan nafas aku senantiasa bersyukur dengan apa jua yang dikurniakan Illahi. Rasa kaya dan rasa bahagia sebab aku ada DIA yang menemani di sepanjang perjalanan kisahku. Aku manusia yang kerdil. Terlalu kecil hingga tidak berdaya melakukan apa pun jua melainkan dari pemberian kasih sayangNya.

Alhamdulillah.

Belajar bersyukur dengan kehidupan ini. Hidup itu sendiri adalah rezeki. Rezeki untuk membuat amal ibadah, rezeki untuk menjadi orang yang bermanfaat dan rezeki agar selalu dapat meluaskan sedekah.

Semoga kita semua menjadi hambaNya yang terbaik. Insya Allah. Aamiin.

Syukur, Aku Kisahku.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kisahku © . Designed by MaisarahSidi.com