Bahagia - Kisahku Bahagia

Bahagia



 Alhamdulillah, genap usia Mak Mertua yang ke 74 tahun pada 10 Januari. Memang tiap tahun menjadi tradisi keluarga kecil kisahku meraikan hari ulangtahun kelahiran orang-orang yang kami sayangi. Sedikit kebaktian memberi kegembiran kepada jiwa-jiwa.

19 tahun tinggal serumah bersama Mertua. Sepanjang perjalanan ini, biar kisahku tersemat di sanubari paling dalam. Aku tidak ingin berkongsi kisah yang satu ini kepada dunia. Segala rasa hanya Allah SWT yang Maha Mengetahui. 

Sebagai hamba Allah, aku ini biasa-biasa sahaja. Dalam kisahku ini, yang menjadi kekuatan apabila aku lihat syurga di hadapan sana. Kekal teguh berjuang selagi masih diberi nafas. Kehidupan kita yang sebenar-benarnya adalah di akhirat sana. 

Aku adalah Aku.

Catat Ulasan

0 Ulasan