Kisah Sekolahku - Part 1 - Kisahku Kisah Sekolahku - Part 1

Kisah Sekolahku - Part 1


Assalammualaikum buat teman-teman tersayang. Rasa ye hari ini aku ingin berkongsi sedikit daripada kisah-kisahku sewaktu aku di alam persekolahan. Aku mula mengenal alam persekolahan seawal usia aku 5 thn. Emak menghantarku bersekolah di sekolah KEMAS kt kampung aku MERU(Masa ni nama cikgu aku cikgu Fatimah n Cikgu Intan). 2 Tahun aku berada di sekolah KEMAS, kemudian bersambung pengajian rendahku di Sekolah Kebangsaan Sungai Binjai dari tahun 1985 hingga 1990.

Darjah 1 , aku dimasukan ke dlm kelas 1 Biru. Nama cikgu aku Cikgu Jawariah. Cikgu ye garang sgt sampai aku pun jd takut.Almaklumlah kn pertama kali masuk sekolah rendah, pulak tu hari pertama sesi persekolahan, abah terus hantar je, lps tu terus pegi kerja, emak pulak tak boleh temankn sbb tengah mengandungkan adik aku Ana. Sabar je bebanyak.

After darjah 1 seterusnya mestila darjah 2 hehehehe... 2 biru nama cikgu, cikgu Suraimi. Cikgu ye baik sgt sbb bila jamuan mesti beli askrim. Nama ustazah pulak, ustazah Rafidah. Ustazah ni pakai purdah. Dulu mmg takut jugak bila tgk dia pakai purdah, lps tu bila mengajar dia bukalah penutup kt muka tu... so kami pun bolehlah tgk muka dia, cun giler...mmg best, suka sgt bila ustazah masuk, dia lemah lembut org ye.

Aku mmg rindu sgt kt semua cikgu2 aku, rasa ye kalau dpt jumpe mau jugak aku peluk n cium pipi ye.
Oklah rasa ye setakat ini duluw catatan aku utk kisah ini, bersambung pulak nanti darjah 3, tunggu... 3 apa je, madu 3 ke? huhuhuhu heheheheh.....kerja duluw ye...kt Bahagian Rujukan Lib Daerah Sabak Bernam.

Catat Ulasan

0 Ulasan