Rabu, 28 April 2010

Kisah si Bunga Mawar


Tetiba nk berkisah tentang bunga mawar. Mawar dalam gambar itu sebenarnya adalah pemberian dari lelaki yg sangat istimewa dalam kisahku.

Lelaki ini memang suka bagi aku bunga mawar. Biasa lah kan kalu namanya wanita mmg suka dgn bunga-bunga ni. Mula2 lelaki ni bagi aku 24 kuntum bunga mawar. Apa perasaan aku? Teruja sangat... pertama kali lelaki itu bagi mawar warna merah. Kali kedua ni lelaki ni bagi aku mawar pelbagai warna siap suruh aku pilih lagi, lelaki ni hanya hulur duit je kt kedai bunga tu. Sepanjang jalan aku pandang je bunga mawar ni dan aku cium kehangatan haruman mawar ini.

Pada lelaki ini, aku sangat berterima kasih sebab sepanjang tempoh perkenalan kami lelaki ini memang selalu buat aku bahagia. Lelaki ini adalah cinta terakhirku.

Andai aku yg terdahulu menutup kisahku di dunia ini, moga lelaki ini akan menyirami pusaraku dengan haruman air mawar.

Jgn ditanya mengapa aku berkisah begini kerna aku yakin dan sangat pasti setiap yg bernyawa pasti akan merasa MATI.

Lelaki ini adalah Suamiku yg sangat aku CINTA.

Bee... I Love U so much.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan