Sabtu, 3 April 2010

Kursus Pengurusan Asas Perpustakaan

Alhamdullilh, tamat sudah kursus 5 hari di Perpustakaan Ratu , Shah Alam. Banyak Ilmu dan idea2 yg aku dapat bagi dimanfaatkan bersama teman2 sekerja n perpustakaan Daerah Sabak Bernam yg aku sayangi. Sepanjang kursus ini aku berulang alik dari Sg Besar ke Shah Alam, ini disebabkan beberapa perkara yg tidak dapat aku elakkan. Jd aku ambil cabaran ini sebagai pengalaman. Sebenar ye bila kita travel jauh2 ni badan agak penat, almaklumlahkn dah tuo hehehehe. Tuo pun tuolah janji aku bahagia.

Dlm kursus ini aku duduk belakang sekali bersama Kak Net, Kak Raja, Kak Su n Cik Ayu(mmg ayu sll)Sbab aku dok belakang bukan krn takut dok depan tapi lmbt dtg almaklumlah kn dari Sg Besar, hari pertama tu aku keluar jam 6.30pagi, mmg dah jd minah rempit, sampaikn Jpj kt K/Sel pun pening tengok kancil aku(kancil sebijak anda katakan) hhuhuhu ,sepanjang 5 hari merempit mmg mcm2 kejadian ye, redah ajela nak buat mcm manakn demi ilmu ku sanggup berkorban. Petang hari pertama dpt mandat dari bos agar tepati waktu masuk pagi, jd hari ke 2, dengar aje azan subuh terus solat dan merempit hehehehe, ni kalu apa2 berlaku kategori mati dlm Iman. Alhamdullilah sepanjang 5 hari menjadi musafir perjalanan mencari Ilmu, Allah SWT senantiasa memberi perlindungan kepada hamba Nya ini.

Jutaan Terima Kasih kpd Pengarah dan semua Bos-bos krn memberikan peluang kpd kami warga S17 ini mencari Ilmu ttg pengurusan asas perpustakaan. Pada teman2 seperjuangan, teruskan baktimu walaupun di mna jua kamu berada.


p/s:- Walaupun org kata keje sbg pembantu perpustakaan itu hanya cop buku tp org tak akan tahu betapa sukarnya utk mengecop buku, nape lu pikirlah sendiri. Kata org tak kenal maka tak cinta, tp aku kata kalu tak kenal cop jgn sesekali kata kami ni org cop buku nanti aku cop dahi korang hahahahaha... Relaks ok... org lepas balik kursus ni mmg mcm ni, ibarat kata macam-macam ada.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan