Selasa, 29 Jun 2010

Alif dan Anis


Kisah si Alif dan Anis. Layan gambo duluw ye... Insya Allah akan aku cerita kn kisah Alif dan Anis di lain waktu. Skrg tgh dok menghafal skrip utk persembahan teater muzikal. Doakan team kami berjaya ye, Amin.

Isnin, 28 Jun 2010

Hari Ilmu


Tahniah untuk semua warga PPAS kerna telah berjaya dlm program Hari Ilmu .

Rabu, 23 Jun 2010

Alhamdullilah


Sangat-sangat bersyukur kepada Allah SWT kerna dengan rahmat dariNYA kami berjaya. Alhamdullilah.
Terima Kasih pd Ketua aku En Khairul dan En Harun yg bekerja kuat untuk menjayakan audit kali ini. Terima Kasih bos atas setiap pertolongan semasa aku diaudit oleh auditor td. Jasamu tetapku kenang. Pada teman sekerja, terima kasih atas setiap bantuan dan kerjasama dari kalian. Aku sangat gembira kerna kita bersama-sama ingin berjaya untuk lulus ISO ini. Tak lupa pada semua teman-teman yg mendoakan aku dan team. TERIMA KASIH. ALHAMDULLILAH.

Ok layan gambar , kerna gambar itu menceritakan segala-galanya.

Rabu, 16 Jun 2010

Sotong oh sotong

Nak kata buzy memang buzy. Rasa2 mcm dah tak menang tangan aku ni, kalu lah boleh aku pinjam tangan si sotong ni ( ayat lawak aje ye, nk lepas tension huhuhu) dah lama aku pinjam.

Walaupun cuba dan terus mencuba utk selesaikan semua keje tetap ade keje yg menanti. Nape ye jd begitu. Aku pun tak tahu. Ada aje bende dan keje yg tak siap. Sudah letih aku mengejar sebenar yew. Lari pecut dah ni hehehe...

Audit ISO pasti akan tiba dan menanti detik itu membuatkan hati aku berdebar-debar, maklumlah kan pertama kali menghadapi ISO ni. Duluw masa kt library Dataran, audit dalaman aje.

Semenjak aku kene atau tertukar ni (jgn mare ye bos, ayat gurau sende aje ni) rasa2 yew jadual keje aku terlalu padat dgn tugasan wajib dan tugasan luar.

Bagi memotivasikan diri, aku ambik detik ini sebagai pengalaman dan memori yg indah utk aku kenang di waktu tuo. Boleh lah dok cite dgn cucu n cicit, nenek keje ape duluw hehehe...

Ringkasan jadual aku bulan Jun dan Julai

20/6   -   Aktiviti bersama Askar Kem Wataniah Daerah Sabak Bernam
23/6   -   Audit ISO
26/6   -   Hari Ilmu di Tasik Shah Alam
30/6   -   Besday myhuby ( wajib masuk jadual hehehe...)
1/7     -   Persembahan Teater Muzikal ( Baru berjinak-jinak)
28/7   -   Hari bertemu pelanggan peringkat Jabatan Daerah Sabak Bernam

Mungkin aku akan menyertai atau ade latihan bola jaring utk aktiviti hari bertemu pelanggan tu. Itu belum termasuk tugasan wajib kempen keahlian dan tugasan hakiki kt library.

Itulah kan, org selalu kata keje library ni senang kn, tp bila diperhalusi gred Pembantu Perpustakaan tu pun dah menunjukkan betapa kami senantiasa sibuk, nape aku kata gituw... S17. Apa makna S kt depan 17 tu. Nape bukan N ke W ke??? Tau tak makna S tu. Kalu tahu kamu mmg bijak. Boleh ambk hadiah yew hehehe...

Ok makna S tu ialah ( dah rasa mcm cikgu polak dah ni ) SOSIAL. Sosial masyarakat. Keje lebih kepada memberi perkhidmatan utk masyarakat. Masyarakat tu sapa, rakyat Malaysia. Rakyat Malaysia ade berape juta. Jadi fikir-fikirkan lah yew. Bukan hanya susun n cop buku tapi library sekarang adalah lebih kpd berkhidmat utk masyarakat agar masyarakat Malaysia menjadi masyarakat yg berjaya, bagaimana? dgn mendekatkan masyarakat Malaysia dgn buku, kenape? buku itu adalah sumber ilmu , kenape? sebab org yg membaca itu luas ilmu ye. Org akan kata , nape library tu penting, library cuba ade buku aje, aku nk tanya kalu cikgu-cikgu mengajar cikgu merujuk kpd ape? peguam kalu ade kes dia merujuk kpd ape, mmglah akta tp mana duduk ye akta-akta tu, doktor pulak kalu dia buat kajian ttg perubatan dia rujuk pada apa? BUKU kan.

Kerap sangat aku mendengar ttg ade apa dengan Perpustakaan. Bg mereka perpustakaan tu tak penting. Dia org kata boleh beli buku kt kedai. So aku jawab senang aje, korang pergi duduk kt Perpustakaan Negara paling lama pon seminggu. Lepas tu tgk aje ape yg ade kt perpustakaan. Senaraikan dan jawab soalan aku Sejarah Tamadun Melayu kalu nk cari yg tulen ttg cerita-cerita yew kat mana. So fikirkan lah ye. Buku-buku yg berkaitan dengan Tamadun bangsa kita ade tersimpan di perpustakaan. Di mana buku-buku ini akan menjadi warisan kita zaman berzaman. Anak cucu cicit kita akan mengetahui asal keturunan mereka.

Fikirkan lah ye. Kadang-kadang tu nk kata marah mmg lah kan tp kene senyum sbb senyum tu lebih baik dari marah. Aku sebagai kakitangan yg membantu menguruskan perpustakaan, walaupun jawatan aku ni kecik dan tidak dipandang tinggi aku tak kisah tp aku tahu yang pasti aku tahu ok.

Rasa ye, terpanjang pulak catatan aku kali ni, jom fikirkan nape sotong tu kira 4 x 2 jd 6. Bukan 8 ke, pelik aku...tak nk lah pinjam tangan sotong. Bersyukur dgn apa yg aku ada. Walupun sepasang tangan aku ini tp aku buat jgk keje yg byk tu. Alhamdullilah.

Selasa, 15 Jun 2010

Si Bunga Matahari


Ade rupe mcm bunge matahari tak??? komen sikit.

Tak boleh cite banyak2, tunggu kemunculan kami kumpulan Olala...

KAMI BOLEH!

Selasa, 8 Jun 2010

Hari ILmu


Jom ramai-ramai kita meriahkan hari ilmu di Tasik Shah Alam pada 26 Jun 2010. Membaca dan bersantai bersama keluarga.

Ada rezeki kita jumpe di sana ... kalu nk tengok aku secara live hahaha...jemput ye

I Luv PPAS

Rabu, 2 Jun 2010

Audit Dalaman


Alhamdullilah, semalam detik pertama aku melakar kisah aku dengan kisah audit di Perpustakaan Daerah Sabak Bernam.

Semua kisah itu berlalu dan kesan audit semalam memberi sedikit sebanyak pengertian dlm kisah aku seterusnya.

Aku rasa audit mmg bagus sbb di situ kita akan byk belajar ttg kelemahan kita dan semalam mmg aku akui aku masih mentah dlm sistem audit ISO. Pd Puan R, minta maaf lah semalam aku mmg blurrr.... maklumlah kn pertama kali di audit hehehe... walaupon duluw aku mmg biasa diaudit tp kali ni di Perpustakaan Daerah , terasa lain benar sgt2.

Perasaan aku masa diaudit tu dah boleh dikategorikn mcm rojak, mcm2 ade huhuhuhuhu...

Insya Allah, doakan team kami akam melepasi audit pd 23/6/2010 dengan kejayaan. Skrg kami cuba perbaiki mana2 yg kurang semasa audit. Berusaha dan terus berusaha

Ibarat serangga di atas air, boleh berjalan...boleh berlari... tetapi air tetap tenang. Kami ingin begitu, berusaha tanpa mengira jemu dan letih. Selagi ada kudrat kami akan cuba. Doakan kami semua, kami mmg ada kelemahan tapi kami ada kamu, kamu, kamu dan kamu utk bersama mendoakan agar kami berjaya. DOAKAN KAMI.

For all my bos, kami sayang bos-bos kami.