Kisah Skim Cepat Kaya - Kisahku Kisah Skim Cepat Kaya

Kisah Skim Cepat Kaya


Alhamdullilah, pagi ini hujan turun membasahi bumi. Bersarapan dgn makanan kegemaran aku Nasi Lemak dan Air kosong, duduk di depan Tv, menonton MHI. Isu hari ini adalah ttg Skim Cepat Kaya dan MLM.

Bagi aku, org yg taraf hidup sederhana ini, sgt takut dan bila ada tawaran skim-skim begini aku akan berfikir byk2 kali utk menyertainya. Bukan tidak tertarik tp duit tabungan yg aku ada adalah hasil kerja keras aku bekerja seawal umur 18 thn dan aku tak mahu duit yg aku tabung ini akan sia2 bila dilaburkan.Biarlah aku melabur ditempat yg selamat yg akn memberi manfaat kpd aku walaupun lambat tp selamat.

Sesiapa pun ingin kaya. Tp utk menjadi kaya kita kene berusaha dan usaha ini bukan hanya sekelip mata tp harus usaha yg berterusan sepanjang hayat kita. Aku sendiri senantiasa berusaha dan terus berusaha dgn Ilmu yg aku cari dan terus mencari.

Kaya bg aku bukan hanya pd harta tp kaya di sini dan di sana kerna di sana adalah kehidupan kita yg ABADI.

Biar lah aku dgn cara aku walaupun penat menjahit manik dan mencari Ilmu-Ilmu tentang Jahitan, tp aku puas krn setiap hasil yew terasa sgt manis krn itu adalah hasil dr usaha aku sendiri dgn tenaga dan Anugerah dari Allah SWT yg memberi aku jemari yg sgt halus ini. Walupun kadang kala terdengar kata2 cabaran namun tetap aku gagahi diri ini utk meneruskan minat aku dlm seni Jahitan ini. Doakan aku agar senantiasa tabah menghadapi kisah-kisah kehidupan aku di dunia ini bg meneruskan kisah-kisah aku di sana nanti. Amin.

Catat Ulasan

0 Ulasan