Isnin, 27 Jun 2011

Reading Break di Sg Besar , Sabak Bernam


10.45 pg hingga 11.00 pagi ...hari nie ... program reading break anjuran PPAS. Atuk dan nenek pergi sawah bwk cucu ... bila atuk dan nenek tgh sibuk buang padi angin , cucu baca buku hehehe ... sesuai gituw .

Ok , layan gambar yew ...

Khamis, 23 Jun 2011

Misi Tempah Kek


30/6  ... ada kisah disebalik tarikh ini ... yang pasti pd tarikh itu mesti akan ada kek yg aku akan hadiah kan.  Selagi hayat dikandung badan dan termampu aku laksanakan , pasti aku akan melakukannya.


Love U Hubby ...

Rabu, 22 Jun 2011

Perjalanan Kisah-Kisah ...


Alhamdulillah... masih meneruskan kisah-kisah hidupku ... perjalanan yg masih jauh dan aku tak tahu titik  penghujungnya ...

Pelbagai dugaan yang datang silih berganti ...
Bahagia...
Derita...
Ketawa...
Menangis...
Suka...
Duka...

Semuanya aku telan dengan redha dihati ... Ya Allah , semoga hamba Mu ini tabah menghadapi perjalanan kisah hidupku hingga akhirnya aku kembali kepada Mu , Ya Allah. Amin. 

Jumaat, 17 Jun 2011

Myvi terbaru 2011

 Gambar ehsan dari Mr Google
Gambar ehsan dari Mr Google   



http://akudansesuatuz.blogspot.com/  di sini aku membaca ttg myvi terbaru. Terima Kasih pada Tuan blog.

Masih lagi difikir-fikirkan ... niat dihati mmg nk sangat beli kereta nie ... pulak tuw ada warna yg berkenan. Nk warna ungu ... sgt sweet . Moga suatu hari nanti aku dapat memiliki kereta idaman aku nie , Insya Allah . Amin.

Rabu, 15 Jun 2011

Sangat-sangat tertekan


Hari nie seperti biase aku membuka akaun facebook aku ... dgn tak disangka-sangka aku terklik sesuatu yg amat memeranjatkan diri aku hingga aku tak terkata apa-apa pon. Hanya mampu membaca dan selepas itu bagai roh aku tercampak keluar dari jasad ...

Aku tak pernah menghantar dan menaip perkataan yg tertera di dlm messagge chat itu kpd org itu. Aku tak tahu sapa yg menaip dan menghantar kpd yew... messagge yg mengaibkan aku itu telah dihantar pada 10 Mac ... dh lama tp aku baru sahaja tahu pagi tadi, itu pon sbb teman aku dari desa bertanya kan alamat org yg menerima messagge chat aku tuw ...

Hanya Allah , sahaja yg tahu perasaan aku ketika itu ... hingga aku membuat n3 ini aku masih berada dlm keadaan yg sangat-sangat tertekan ... kalu boleh aku ingin keluar dari dunia ini untuk mencari diri ku sendiri ...

Merenung di dalam diri sendiri ... berkata-kata di dalam hati ... mengapa ada org yg sanggup buat aku mcm nie, apa salah dan dosa aku ... mengapa tergamak org yg menaip dan menghantar messagge chat itu berbuat demikian rupe kpd aku ... APA DOSA AKU ... Aku menangis sendirian , tiada air mata dipipi yg ada hanya air mata di dada ini ...

Sangat-sangat mengaibkan aku fitnah ini ... sangat-sangat besar kesan yew kpd aku ... hingga ke Akhirat aku tak akan memaafkan org yg buat aku mcm nie ...

Berdosa kah aku jika aku dilahirkan dan dinamakan dgn nama RAIHAN ... adakah itu membuatkan org yg memfitnah aku berasa iri hati ... bermacam-macam persoalan datang silih berganti , masih tidak dpt menerima fitnah itu dalam kisahku ...

Rabu, 8 Jun 2011

Bukit Merah Water Park







Cuti-cuti Sekolah ... jalan-jalan itu semestinya ... layannn gambar yew hehehe ...

Selasa, 7 Jun 2011

Khamis, 2 Jun 2011

Percutian Kami




Antara aktiviti wajib kalu cuti sekolah bermula hehehe ... cuti-cuti Malaysia , kata org tuw ... Layannn...

Rabu, 1 Jun 2011

Reunion Pelajar Ex 91-95






Alhamdulillah ... tercapai ape yg diimpikan ... setelah hampir 16 thn meninggalkan alam persekolahan , pada 28/5/2011 bertemu kembali . Seronok sgt ... tak tergambar dengan kata-kata ...

Gembira ada di dalam dada ...