hai lah mulut ... - Kisahku hai lah mulut ...

hai lah mulut ...

 Hari nie library dibuka seperti biasa ... sabtu minggu kedua & sabtu minggu keempat memang library dibuka. Bertugas di kaunter bersama Abg Nasar ... Ayu cuti bersalin , Kak Mis pulak bercuti.

Aircond library pulak rosak lebih kurang 1bulan lebih . Pembaikan masih dalam proses . Sebagai staf kami menelan segalanya dengan rasa redha dihati. Bersyukur sekurang-kurangnya masih ada bumbung untuk berteduh dari kepanasan . Setiap kali sujudku , aku berdoa agar semua akan kembali seperti sedia kala.

Kami kakitangan senantiasa cuba memberikan yang terbaik. Tugas-tugas harian yang wajib kami lakukan , kami akan berusaha untuk lakukan ... biar menitis peluh didahi , biar rasa lesu , biar rasa lemah kami harungi kepanasan ini demi memberikan perkhidmatan terbaik kepada pengguna.

Tapi pagi tadi ... aku rasa sangat-sangat terkilan. Hai lah mulut ... kalau pun kamu ingin berbicara , berbicara dengan kata-kata yang tidak menyakitkan hati orang lain.

Aku tahu sebagai pengguna kamu layak untuk berkata-kata ... tapi jangan sampai menghina. Aku tahu tiap tahun kamu bayar cukai ... kamu kata borang aduan tak sampai ... kamu kata pekerja kerajaan memang macam nie... dasyat betul kata-kata kamu. Kata-kata kamu membuatkan aku berfikir bahawa perkataan
" customer always right  " itu harus dilenyapkan serta-merta.

Kamu ingat bila keadaan panas ini membuatkan kami bersuka ria ... bersenang lenang ... duduk bersantai. Kamu tak tahu keperitan kami bekerja. Amanah ini kami galas sebaik mungkin ... biarlah keadaan panas macam mana sekali pun ... kami tetap datang bekerja dari pukul 8.00 pagi hingga 6.00 petang. Bila datang bekerja aku senantiasa berdoa ... Ya Allah , permudahkan lah segala urusan ku. Aku redha dengan ujian Mu ... Berilah aku kekuatan untuk menghadapi persekitaran pekerjaan ku ... ini hanya lah ujian yang kecil perlu aku hadapi berbanding hamba-hamba Mu yang lain.

Hari nie aku rasa aku ingin menangis tapi aku kena KUAT ... aku tak nak jadi orang lemah sebab aku tahu Allah SWT senantiasa ada ... Allah SWT Maha Melihat dan Maha Mengetahui. Selagi aku berdaya untuk bersabar aku akan tetap bersabar. Selagi terdaya aku untuk berdiam diri aku akan tetap lakukannya.

Biarlah aku diherdik ... dihina ... dimaki ... dicaci ... dikata ... biarlah mulut-mulut itu berkata-kata sehabis mungkin di dunia ini tapi ingat dunia ini hanya lah sementara . Di sana kelak mulut akan dikunci serapat-rapatnya. Di sana kelak ... mata aku akan menjadi saksi .

Kepanasan dunia ini hanya lah kepanasan yang kecil untuk aku harungi ... biarlah aku panas di dunia tetapi tidak di sana ... Itu adalah azam ku.

Pada pihak pengurusan ... jika terbaca n3 ini ... aku mohon agar disegerakan pembaikan ... bukan untuk kami tetapi untuk keselesaan pengguna " customer always right " . Kata-kata mereka sangat tajam hingga boleh melemahkan semangat kami...

SABAR & DIAM adalah tunjang kami di sini untuk kami harungi segala ujian ini ...

Catat Ulasan

0 Ulasan