Kisahku ...13 - Kisahku Kisahku ...13

Kisahku ...13

 Si Manis Raihan
 My Sweet Soffi




Miss Sweet Raihan


Alhamdulillah, syukurku kepada Allah SWT atas rahmat dan kekuatan yang diberikan kepada diriku. Tahun 2013adalah tahun yang sangat menguji aku. Aku melangkah ke tahun 2013 dengan separuh semangatku telah dibawa pergi oleh anak keduaku.Pada 4 Oktober 2013 adalah tarikh di mana aku menghadapi ujian besar dalam kisahku.Boleh dikatakan pada tarikh itu sebenarnya seluruh semangatku telah pergi. Masa itu  keadaan aku ibarat hanya tinggal jasad saja, aku kehilangan rohku. Sungguh setiap manusia itu akan diuji untuk menentukan tahap keimanannya.

Saat aku menghadapi ujian berat itu, baru aku sedar ... kita hanya ADA ALLAH SWT untuk memberi kekuatan kepada diriku untuk bangkit semula. Aku bangun dan Aku kuat kerana aku ada Allah SWT.

Kini 2013 telah aku tinggalkan, saat 2014 (1435) muncul, aku merangka dan menyusun matlamat diri. Apa yang aku inginkan dalam kisahku. Biarlah ianya menjadi rahsiaku. Untuk berjaya aku kene berusaha bersungguh-sungguh. Tiada perkataan "Putus Asa" . Aku berjuang untuk kejayaan , kecemerlangan dan kebahagiaan dalam kisahku. Semoga Allah SWT mempermudahkan segala urusanku. Amin.

Aku Wanita ... Hamba Allah
                       Anak
                       Isteri
                       Ummi
                       Pelajar
                       Usahawanita
                       Muslimah

Kisahku ...

Selamat Tahun Baru 2014





Catat Ulasan

0 Ulasan