Selasa, 30 September 2014

Kek Red Velvet





 Bahan-bahan:
 120 gm mentega
 240 gm gula kastor
 2 butir telur
 35 gm pewarna merah
 20 gm serbuk koko
 240 gm susu penuh krim
 300 gm tepung gandum
 3 camca cuka
 1 camca serbuk penaik ¼ biji lemon-ambil jusnya

 Cara Membuat:

 Pukul mentega dan gula kastor sehingga kembang dan lembut. Masukkan pewarna merah dan koko perlahan-lahan. Gaul sebati. Tambahkan cuka dan serbuk penaik. Kacau rata. Ketepikan. Masukkan telur, jus lemon dan tepung ke dalam adunan dan diselang-selikan dengan susu daan campuran soda dan cuka. Masukkan adunan ke dalam Loyang, bakar dengan suhu 180 °S selama 60 minit.

Selamat mencuba ... sesekali berkongsi ilmu buat kek pulak hehehe ...

Jumaat, 19 September 2014

Ayam Masak Merah


Alhamdullillah...

Resepi Rahsia Keluarga turun temurun hehehe ... inilah menu yang MESTI ada . Sangat disukai oleh En Suami dan My Sweet Soffi. Hari-hari pun takpe ... layannn aje.

Masakan ini juga menu kegemaran saya , jadi bila dh menu kegemaran sudah tentu saya masak dari hati, tuw yang terlajakkk menjilat jari .

Bila org jawa's membuka buku resepi turun temurun maka tercatatlah kisah ini.

Terima kasih sudi berkunjung ke sini...sayang kamu semua.