Selasa, 25 Ogos 2015

Kisah semalam





Semalam punya kisah. Aku dok rumah memasak menu air tangan jawa. Nama pun ada darah pahlawan jawa kan hehehe ...

Hah! gambar yg atas itu adalah aku, empunya blog kisahku. Comei tak aku hehehe ... ngada-ngada taw. Dilihat boleh ... nak dekat pun boleh tapi sebagai sahabat sahaja ok. Wah! macam mengiklankan diri polak tapi AWAS sudah ada yg memiliki. Sorry taw.

Sekali-sekala bergurau senda di alam maya buat jiwa aku gembira.



Sabtu, 22 Ogos 2015

Tiada nokhtah



Menulis dari jiwa bukan dari hati membuatkan gaya penulisan agak berbeza. Sebenarnya takut andai menulis dari hati yang sudah berkeadaan begini akan membuat kisahku tersingkap sedikit demi sedikit. Apa pun , biarlah.

Berdoa agar diberi kesembuhan agar hati ini menjadi lebih kuat dan sempurna kembali.Insya Allah, Aamiin.

Tersenyum bahagia dari jiwa ... bukan dari hati lagi. Sempurna namun ada kekurangannya. Nama pun manusiakan...



Benar... bukan sekadar 10 tahun tapi sepanjang hayat. Perbuatan mu akan aku bawa hingga terbungkusnya jasadku. Betapa dasyatnya ... Terima kasih atas segalanya.

Rabu, 19 Ogos 2015

Doa




Doaku senantiasa mengiringi kisahku. Moga diberikan rezeki agar setiap impian menjadi kenyataan. Insya Allah , Aamin.

Ummi to be twin boy. Senantiasa merenung gambar itu.

Isnin, 17 Ogos 2015

Tekanan



Alhamdulillah, syukur di bawah rahmat kasih sayang Allah SWT. Setelah melewati fasa-fasa duka kisahku, kini aku bangkit meneruskan perjalanan. Biasalah jatuh bangun dalam kehidupan.

Mereka mungkin berjaya membinasakan hatiku, namun JIWA anugerah Allah SWT masih kekal UTUH dalam diri. Tiada hati namun aku ada JIWA.

Kini aku sedar, hidup ini kita punya pilihan. Aku memilih untuk punya JIWA yang INDAH. Senantiasa hidup dengan kisahku yang indah-indah. Hidupkan memang indah.

Bahagia itu sangat mahal harganya, senantiasa berusaha untuk jadi wanita yang terbahagia di dunia dan akhirat, Insya Allah. Aamin.

Pada mereka, moga Allah SWT memberikan mereka petunjuk agar menjadi insan yang tidak menyakiti orang lain. Walaupun orang yang disakiti itu tidak sedar pada mulanya, akhirnya semua akan terbongkar pada waktu yang tepat. Fikirlah, apakah hukum kepada manusia yang telah membuatkan manusia lain hidup tanpa hatinya.Hatinya bukan setakat hancur tapi telah binasa. Fikir-fikirkanlah.

Pada kamu yang mungkin membaca secebis coretan JIWA ku... Andai kamu masih tidak mahu mengalah dan masih jua mengganggu rezeki yang Allah SWT kurniakan kepada aku, maka kamu bukan berhadapan denganku lagi, kamu berhadapanlah dengan pencipta rezeki ITU. Aku pasrah sebab aku sangat YAKIN jika rezeki itu milikku hingga ke syurga maka ianya tetap begitu .

Berlian itu akan aku jaga sebaik mungkin, Insya Allah. Aamiin.