Isnin, 18 April 2016

Istilah bercinta




Istilah Bercinta
Lirik Lagu 
Ramli Sarip

Kau kata kau cinta
Kau kata kau sayang
Kini entah di mana
Tiada lagi kemesraan

Kau kata setia
Hanya aku saja
Tapi hilang ke mana
Tiada lagi keriangan

Ku tabahkan hati
Ku genggam azimat
Untuk kubalut luka semakin mendalam
Biar kuhadapi walaupun tergugat
Akan kubenamkan biar jadi debu

Kini ku mengerti istilah sebenar
Di dalam bercinta
Tiada kepastian tiada penentuan
Akan kebahagian
Semua pancinta haruslah berkorban
Tiada batasan




Antara lagu yang sangat aku suka dengar. Dengan lagu ini aku menjiwa satu rasa. Rasa yang mungkin tidak dimegertikan oleh sesiapa pun jua. Biar lah ...

Macam orang putus cinta aje kan hehehe ... biasalah, kadang kala kisah semalam bila dikenang mencuit rasa . Siapa tak pernah putus cinta kannn ... walaupun telah membawa haluan masing-masing, kita pernah punya rasa yang sama dahulu. Kini mendoakan yang terbaik untuk diri dan keluarga masing-masing.

Kita memang tidak tercipta untuk bersama, aku punya kisahku kamu punya kisah kamu. Be the best and get the best life.

Kisahku ...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan