Perjalanan #Kisahku tidak mudah dan juga susah. Namun dari
saat ke minit dan seterusnya ke jam dan hari. Maka hari ini terlahir dari ilham
dan idea dengan izin Allah. Terima kasih sahabatku kerana sudi untuk merekacipta penjenamaan atau logo
#Kisahku.
Bermula dari tahun 2009 diusahakan, hari ini dengan izin
Allah, Pn Buku kongsikan kepada semua. Bila sebut tentang masa, MASA itu adalah
tentang kisah-kisah kehidupan.
#Kisahku adalah hasil cetusan suami tercinta. Dari bebelan dia kepada saya masa
itu yang menyatakan “ Ada Apa Dengan Kisah Mu “ maka terlahirlah blog #Kisahku http://ainraihan.blogspot.com.my .
Waktu itu, bila suami kata begitu, memang dalam hati ada bara.
Namun saya
mengambil pendekatan bara kan Aura Positif Mu demi membuatkan #Kisahku menjadi
sesuatu yang terbaik.
Alhamdulillah. Hari Jumaat penuh rahmat dan barakah,
sama-sama kita doakan agar kita peroleh kisah-kisah yang indah di dunia dan
akhirat. Insya Allah. Aamiin.
Alhamdulillah, salah satu impian 2017 telah tertunai. Aku
jalani satu persatu langkah ini dengan kekuatan dariNya. Syukur kepada Allah
SWT yang Maha Mengasihi.
Raihan Ahmad
Pn Buku
#Kisahku
Impian seterusnya. Kisahku targetkan setahun ke tiga tahun untuk misi ini dijanakan.
AuraRizqRaihan , Segarkan Aura Diri Anda
Sabar itu indah bila sampai waktunya.
0 Ulasan