Aku - Kisahku Aku

Aku



Alhamdulillah.

Kembali menulis di sini. Melihat dari pelbagai warna mata yang berbeza-beza. Oppp! dah pandai tukar warna mata. Tapi cermin mata tak pernah tinggal.

Sekarang bertugas sendirian di sini. Ada kala sibuk memanjang melihat telatah manusia. Ada kala sunyi memanjang lantas buku adalah sahabat akrabku. Tiada kata " bosan " dalam kamus kisahku. Hidup ini sangat indah. Tidak pernah bosan untuk mengecapi setiap saat dan detik.

Minat membaca yang disemai oleh abah dan guru-guru membuatkan aku dan buku bagaikan aur dan tebing. Dulu hari-hari abah baca suratkhabar. Abah tak pernah jemu beli dan baca suratkhabar. Aku pulak suka masuk pusat sumber sekolah. Ada kelapangan pasti pusat sumber sekolah menjadi destinasi tetap. Suka dengan buku.

Pada usia 39 tahun ini pastinya aku sudah memutuskan sesuatu yang perlu aku beri fokus yang mendalam. Bukan main-main lagi kerna aku semakin mendekati tarikh pasti iaitu tarikh mati. Bukan kah usia manusia itu sendiri adalah teka teki. Tiada siapa pun yang tahu melainkan DIA.

Lebih banyak membaca dan berfikir. Mengatur langkah satu persatu ke destinasi yang pasti kekal di sana. Dua sahaja pilihan yang diberi, SYURGA atau NERAKA.

Aku manusia yang senantiasa berusaha untuk menjadi hamba Allah yang benar-benar hamba kepada NYA. Ada waktu tersasar atas kelemahan diri sendiri. Aku manusia yang mudah lupa dan alpa. Allah... Maafkan hamba Mu ini.

Moga kita senantiasa istiqomah dalam melakukan kebaikan . Insya Allah. Aamiin.

Catat Ulasan

0 Ulasan