Halaman

Santai cara kami

Ainraihan | Selasa, Februari 20, 2018 | 0 Komen |






Ini cara kami bersantai. Alhamdulillah, menyantuni anak-anak Taman. Luaskan aura kasih sayang. Biasanya anak-anak Taman pandai bawa diri. Aku hanya melayan sembang-sembang anak-anak. Anak-anak kan suka bercerita. Jadi mendengar apa  yang mereka ceritakan merupakan satu keseronokan bagi mereka.

Buat anak-anak ini rasa seronok untuk mendekati kita. Biarkan mereka meneroka kreativiti mereka. Bersempah ke, huru hara ke tak kisah. Janji dia orang kita beri displin untuk menjadi anak-anak yang lebih baik.

Semalam aku buat aktiviti pantun. Tulis pembayang di papan putih dan sambung. Nak membudayakan dan menyuburkan kembali budaya Melayu Lama. Alhamdulillah, 3 orang anak Taman yang berani sahut cabaran. Aktiviti suka dan happy happy sahaja. Sambil santai-santai kita buat pendekatan ilmiah tanpa mereka sedar.

Rasanya tahun ni nak naikkan kembali semangat pantun Melayu Lama.

Di sana padi di sini padi,
Itulah nama sawah dan bendang,
Di sana budi di sini budi,
Barulah sempurna bernama orang.

Berpantun boleh , buat suka-suka aje. Untuk daftar diri masuk pertandingan memang, minta maaf awal-awal, bukan tak berani, cuma aku bukan pemantun spontan. Nak cari ilham pun jenuh hehehe

Santai Cara Kami, Aku Kisahku


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kisahku © . Designed by MaisarahSidi.com