Halaman

Tudung Bawal

Ainraihan | Khamis, Mac 22, 2018 | 0 Komen |



Magis tudung bawal!

Tudung bawal nie walaupun ramai orang kata nampak biasa-biasa tetapi permintaannya senantiasa ada. Aku memang pengemar bawal. Makan ikan bawal pun suka hehehe ...

Edisi yang dalam gambar itu aku tempah khas untuk sahabat ohsem bulan Mac 2018 yang aktif di muka buku ku Ummi Soffi Ijam. Hadiah untuk meraikan sahabat-sahabat dan sebagai tanda terima kasih. Kata orang " Orang memberi kita merasa, Orang berbudi kita berbahasa " gitu.

Cantik kan tudung bawal dalam gambar tu, segar mata memandang, cuma kene upgrade kasi kain tebal dan besar sikit. Tp selalunya orang suka yang bidang 45. Aku kalau guna, suka bidang 55 baru rasa selesa nak pakai. Aku bukan ustazah cuma selesa bertudung sedikit labuh menutup dada, almaklum orang tinggi lagi sado memang begitu.

Tengah berangan nak masukkan tudung bawal di dalam BUTIK KISAHKU. Insya Allah, raya nanti akan direalisasikan. Doakan aku berjaya membina impian yang telah lama dipendam. Aamiin.


Tudung Bawal dan Aku Kisahku

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kisahku © . Designed by MaisarahSidi.com