Kurma Cina - Kisahku Kurma Cina

Kurma Cina




Alhamdulillah, aku memang dah lama mengamalkan minum tea rose. Sedap kan badan dan menambahkan aura bunga. Semalam, beli stok baru tea rose tetiba nampak kurma cina. Terus tanya dengan uncle, ni apa? rupanya kurma cina.

Lepas tu gigih aku search kt Mr google hehehe. Banyak khasiat kurma cina ni. Antaranya boleh menghindari diri dari kanser dan menjaga hati lebih baik. Lagi satu, kurma cina bagus untuk kaum wanita. Aku kan dh nak masuk 40 siri. Banyak yang perlu ditambah nilai. Semakin susut segala keanjalan hormon-hormon dalam diri.

Bermula bulan september ni, memang mulakan untuk mengambil makanan-makanan seperti air tea rose yang dicampurkan dengan kurma cina. Minum sahaja, hasilnya bukan untuk sekarang. Tetapi ianya memberi kesan untuk jangka masa panjang.

Kenapa NAK SIHAT, sebab nak mudah buat IBADAH. Itu sahaja niatnya. Tujuan hidup kita yang satu. Kita ni nak sihat ke nak berjaya ke nak kaya ke , paling UTAMA , niat kene betul. Aku ni MANUSIA , tak ke mana pengakhiran jasad ini selain ke tanah. Kene sedar diri. Buat yang terbaik untuk diri sendiri , jadi manusia yang senantiasa memberi manfaat walaupun sedikit.

Belajar mendidik diri, buat apa pun, niatkan kepada yang SATU. Insya Allah, kamu bakal mengapai ketenangan dalam diri. Tak percaya ? sila buat je. Keputusan! kamu sahaja yang akan dapat merasainya.

Kurma Cina dan Aku Kisahku.

Catat Ulasan

0 Ulasan