Riang Ria Raya 2019 - Kisahku Riang Ria Raya 2019

Riang Ria Raya 2019









Alhamdulillah, sebelum syawal melabuhkan tirainya semalam. My Sweet Soffi dan rakan sekelas membuat sambutan raya. Tahun pertama di tempat baru. Tahun ni Soffi berada di tingkatan 1 , kelas Yasmin di SMKA Tun Rahah , Simpang 5 , Sungai Besar. Tercapai cita-cita Soffi nak masuk sekolah tu hehehe.

Sambutan sederhana sahaja tapi kemeriahan tetap dirasa. Anak-anak bergembira bersilaturahim. Tahun ni Abi Soffi yang banyak uruskan Soffi. Sebab waktu sekolah dah bertukar. Kalu dulu Soffi balik jam 1:15 petang sekarang balik sekolah jam 2:30 petang. Jadi Ummi memang tak dapat nak uruskan waktu balik. Cuma belah pagi, Ummi yang hantar.

Belajar rajin-rajin ye anak Abi dan Ummi.

Catat Ulasan

0 Ulasan