Berjaya - Kisahku Berjaya

Berjaya






















Alhamdulillah, Ogos telah berlalu. Tahun ni berjaya aku mencapai apa yang telah dirancang. Mencabar diri sendiri untuk buat Program Merdeka sendiri tanpa gabungan. Bukan untuk meninggi diri, sekadar mencabar diri sendiri sama ada aku mampu atau pun tidak.

Untuk tahun hadapan aku sudah merancang  cabar diri sendiri untuk buat di Sekolah kebangsaan pulak. Buat sendiri, hai berdebar rasanya. Kenapa aku buat cabaran begini. Sebab aku nak ambil pengalaman. Tak semua orang berpeluang ada rezeki seperti ini. Jadi ini tanda aku sangat bersyukur. Walupun sendiri pasti aku masih boleh berdiri sendiri. Semua dengan izin dari Allah jua.

Bersyukur kerna terpilih di bidang yang mendekatkan aku kepada masyarakat. Jadilah aku ini orang yang senantiasa ada manfaatnya kepada orang lain. Boleh buat bekalan di penghidupan abadi. Alhamdulillah, semoga dengan sedikit kebaktian ini , Allah SWT beri aku kehidupan yang bahagia di sana. Aamiin.


Catat Ulasan

0 Ulasan