Hari ini macam ada aura nak kongsikan resepi ayam masak merah versi aku . Boleh buat kenang-kenangan di kemudian hari. Ok jom kita tengok apa bahan ye dan bagaimana cara nak memasaknya.
Bahan:
Ayam - 10 ketul
Bawang putih - 3 biji
Bawang merah - 3 biji
Serai - 2 batang
Cili kisar - 5 sudu besar
Sos Cili - 2 sudu besar
Air - 1 cawan
Kiub ayam - 1/2 kiub
Garam - 1 sudu kecil
Gula putih - 3 sudu biasa ( sukatan boleh ditambah atau dikurangkan )
Gula perang - 2 sudu biasa ( yang ni pilihan sahaja )
Minyak untuk memasak
Hiasan :
Bawang Hollad - 1 biji ( di potong bulat-bulat )
Cili besar merah dan hijau ( di potong )
Cara masak :
Aku ni jenis mudah sahaja, janji masak hehehe. Jadi ini memasak cara aku tau. Nak ikut cara aku boleh nak ikut cara awak pun boleh. Ikut suka mana yang disukai. Ok Mula-mula , gorengkan ayam separuh masak. Kemudian kisar bawang putih, bawang merah, serai sampai halus. Masukkan minyak masak secukupnya, kemudian bila minyak dah panas, masukkan bahan yang dikisar. Bila bahan tu dah naik bau dan kekuningan, masukkan cili kisar. Tunggu sampai cili hampir masak, masukkan pulak sos cili, kiub ayam. Gaul-gaul bagi sebati, kita masukkan air secawan dan masukkan terus ayam yang kita dah goreng separuh masak tadi. Jadi masa ni kita boleh lah bubuh garam, gula tadi tu. Kemudian, tunggu lah sampai ayam dan cili tu sebati dan cili masak dengan penuh. Biasanya warna cili yang masak penuh ni dia lawa sikit. Merah-merah manja gitu hehehe. Bila dah masak semua, baru kita tabur bawang holland dan cili besar merah dan hijau. Ok siap, dah boleh makan.
Selamat mencuba .

0 Ulasan