Tempat jatuh lagi kan di kenang - Kisahku Tempat jatuh lagi kan di kenang

Tempat jatuh lagi kan di kenang

 

Tu dia, aku belanja gambar bertabah dan betapa gigihnya kami semua untuk menjayakan gotong royong masukkan buku di rak semula. Alhamdulillah, Perpustakaan Pekan Sabak Bernam antara perpustakaan yang telah siap di rebranding. Aku sebagai mantan kakitangan berbesar hati untuk membantu mana-mana yang diperlukan. Walaupun telah bertukar ke perpustakaan lain, semangat kebukuan tu tetap ada. 

Ni antara gambar kenangan kami. Memang seronok apabila semua bersatu hati bekerjasama. Masa kerja buat kerja sungguh-sungguh. Bila masa rehat, kami berborak eratkan ukhuwah. Iya lah bukan selalu berjumpa sebab masing-masing sudah bertukar ke perpustakaan yang lain.

Bagi aku, selagi aku ada kerja dan boleh dapat rezeki yang halal, aku terima sahaja perancangan yang telah Allah SWT takdir kan. Sebagai hamba, aku didik diri aku untuk memandang segala perancangan Allah SWT adalah terbaik buat aku.

Kini aku tenang-tenang sahaja di perpustakaan desa. Alhamdulillah.

Team 7/9/2020


Mantan Dataran 2005-2010



 Mantan Daerah 2010-2017

Catat Ulasan

0 Ulasan