Isnin, 18 Jun 2012

Doakan Aku ...

Alhamdulillah ... akhirnya impian aku untuk menyambung pengajian telah terlaksana. Skrg dalam semesta 1 , Insya Allah ... akan ada 10 semesta dalam pengajian aku.

1 semesta ada 3 subjek bersamaan dengan 4 bulan. Bila dihitung-hitung , pejam celik pejam celik ... masa akan berlalu dengan pantas.

Org selalu bertanya , kenapa ambik Diploma. Bukan ke awk dah ade Diploma. Memang betul saya ada Diploma , tapi saya rasa untuk diri saya , saya rasa ingin menimba ilmu dari aspek HR pulak , duluw saya belajar Diploma Pentadbiran Perniagaan. Diploma ini khas untuk pekerjaan saya masa itu sebagai kerani pentadbiran dan sebagai ilmu untuk saya aplikasi dalam perniagaan saya.

Baru saja bergelar pelajar pada Mei lepas , mmg sgt lah sibuk yew ... Bila mula-mula masuk kelas rasa mcm nak nangis sbb itulah kali pertama saya masuk dalam persekitaran universiti. Siap suruh En Suami tunggu, tapi dia tinggal jugak huhuhu ... dia kata mcm budak-budak. Entah lah... sabo aje tau.

Maka aku gagahkan diri untuk melangkahkan kaki ke fasa baru kisahku ...

Doakan aku agar berjaya mencapai apa yang aku cita-cita kan . Amin.

Rabu, 13 Jun 2012

Membakar Semangat

Isnin lepas , Aircond kt tempat keje aku rosakkk. Sampai sekarang masih belum dibaiki. Mgkn masalah teknikal kot. Cuaca agak panasss beberapa minggu nie.

Setiap kali pergi kerja memang senantiasa memotivasikan diri, sekurang-kurangnya aku masih boleh berteduh dibumbung , syukur masih ada bumbung tak lah berpanas terik kn.

Hari nie mcm nk nangis sbb mcm dh tak tahan kepanasannya. Lepas tuw cakap kt dalam diri, sok di padang masyar lagi panas. Maka aku pon insaf ...

Sebenarnya tak tahu nk tulis apa lagi dah... kalu suruh meluahkan secara jujur pasti akan ada air mata.

Semoga Allah SWT memberikan rezeki kepada kami semua. Semoga kami akan dapat bekerja dalam suasana yg sempurna. Amin.

Dalam Hati Ada Air Laut dah nie ... di mata pulak hanya mampu melihat dan dimulut pulak hanya boleh berdiam ...

Hai lah Raihan ... tabahkan hatimu yew...