Selasa, 17 Disember 2013

Dia


Dia hadir dalam kisahku dengan membawa pelbagai warna warni ...

Ada kisah bahagia
Ada kisah gembira
Ada kisah manis
Ada kisah ketawa
Ada kisah senyum
Ada kisah kosong
Ada kisah sedih
Ada kisah duka
Ada kisah tangis
Ada kisah pahit
Ada kisah dalam hati ada bunga yang macam-macam jenisnya hehehe ...

Blog ini hadir atas kata-katanya ... aku lakarkan sebahagian kecil kisah-kisahku untuk dikongsikan dengan teman-teman yang hadir dalam blog kisahku ini.

Ya Allah , jadikanlah Dia ... Imamku yang terbaik sepanjang hayatnya. Imam bagi keluarga kami. Amin.




Sabtu, 26 Oktober 2013

Aku tak tahu ...

Aku tak tahu ke mana hilangnya diriku ...
Aku ada namun seperti tiada ...
Yang ada adalah rasa kekosongan ...

Penat aku berlari mencari diriku di sebalik awan yang mendung ...
Aku berlari ... berlari ... terus mengejar diriku ...
Namun aku rebah sebelum mampu ku gapai diriku ...

Aku rasa penat sangat-sangat ...
Penat !!!

Namun aku perlu mencari diriku
Kerna aku perlu meneruskan kisahku ...
Selagi ada lagi nafas ini ...
Aku perlu berjuang untuk mencari diriku ...

Sedih aku rasa kan kerna aku menjadi bukan aku ...
Aku yang dulu ...
Aku yang sekarang yang kau lihat ...
Hanya jasad yang sedang mencari dirinya ...

Doakan diriku untuk mencari diriku yang telah hilang itu ...


Rabu, 9 Oktober 2013

Bicara Cintaku ...

Cinta mengajar aku tentang ilmu dalam kehidupan ..

Sepanjang perjalanan kisahku ... aku selalu berkata dalam hatiku. Ya Allah , hamba Mu ini hidup dan mati kerna Mu Ya Allah.

Apa pun cinta yang hadir dalam kisahku , aku sandarkan pada Mu , Ya Allah. Aku niatkan kerana Mu Ya Allah. Aku ini milik Mu ,Ya Allah. Hamba Allah yang sangat kerdil dan aku bersifat sementara. Cintaku akan ku bawa pergi.

27 September 2013 ... genap usiaku 35 tahun. Alhamdulillah , masih diberi pinjam roh ini oleh pencipta Nya.

Aku diuji ... sangat derita dan luka hati ini. Sekeping hati yang hancur. Menangis tersesak-esak aku ketika itu. Sangat berat ujian ini aku rasa. Saat aku menulis n3 ini pun, aku menjadi sesak nafas. Aku berasakan cinta yang ku beri umpama tiada harganya. Aku masih lagi bernafas kau calarkan cintaku.

Sekarang aku sedar , dengan ujian ini ... Allah SWT menunjukkan bahawa cinta manusia itu sifatnya sementara. Jangan terlalu mencintai selain cinta pada Nya , Allah SWT yang Maha Kuasa.

Ya Allah , hanya pada Mu tempat hamba Mu berserah. Aku berdoa semoga cinta yang terbina ini lebih utuh. Moga cinta ini akan membawa kami ke Syurga Mu. Aku memang cinta dia namun aku mencintai dia kerna Mu Ya Allah. Berikan lah aku kekuatan selama nafasku masih ada di dunia ini. Amin.

Ya Allah semoga dia menghargai kehadiran kisahku dalam kisah hidupnya. Anugerahkan jua dalam kisahku kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Amin ...

Rindu sangat kat My Sweet Soffiyyah n Anak Kedua ku. Ummi CINTA anak-anak ummi. Love U sampai ke syurga ...


Selasa, 8 Oktober 2013

AdaMu

Merenung ke luar jendela
Melihat kebesarannya
Mensyukuri segala nikmat
Yang dikurniakan di dunia

Kau berikan ku kekuatan
Tuk berpegang pada jalan
Walau penuh dengan cabaran
Ku tahu ku adaMu Tuhan

Kerna kau yang satu
Yang setia bersama ku
Dikala ku jatuh ku bangkit kernaMu
Ku tahu ku adaMu disisi ku selalu
Bantulah hambaMu mencari keredhaanMu

Ku tahu ku adaMu
Ku adaMu selalu

Kerna kau yang satu
Yang setia bersama ku
Dikala ku jatuh ku bangkit kernaMu
Ku tahu ku adaMu disisi ku selalu
Bantulah hambaMu mencari keredhaanMu

Ku tahu ku adaMu
Ku adaMu selalu

ku merenung ke luar jendela
Melihat kebesarannya
Walau penuh dengan cabaran
Ku tahu ku adaMu Tuhan


Tengah layannn lagu nie ... 

Jumaat, 4 Oktober 2013

Kekuatan


Ya Allah ... andai semua ini terjadi atas khilafku ...ampunkan aku Ya Allah. Biarlah aku memikul segala-galanya dibahu ini.

Hati merintih ... air mata laju menitis di pipi ... namun aku kene KUAT !!! menghadapi dugaan yang getir ini. Kuat raihan ... kamu kene kuat .


Khamis, 26 September 2013

Syukur


Alhamdulillah ... akhirnya setelah bertungkus lumus sedaya yang mungkin dengan pelbagai cabaran , Semester Mei 2013 , keputusan peperiksaan akhir sangat mengujakan. Jangan tanya result yew hehehe ... takut riak polak ...

Terima kasih kerana senantiasa mendoakan kisahku ... hanya Allah SWT yang dapat membalasnya.

27 September nie ... Ulang tahun kelahiranku yang ke 35 thn. Dapat keputusan yang baik ... rasa tak dapat hadiah pun takpe sbb result exam nie pon dah buat aku bahagia.

Bahagia sangat ... syukur, Alhamdulillah .

Jumaat, 16 Ogos 2013

Aidilfitri 2013 Kisahku ...














Jemput layannn gambar yew  ... Selamat Hari Raya AidilFitri, Maaf Zahir dan Batin dari saya di Kisahku ...

Khamis, 15 Ogos 2013

Bila saya menulis in English ...



Promotion is an activity conducted by a firm in order to introduce, market and increase the sales of products. In Malaysia, usually sales promotion will be held at the first and fourth week because most of Malaysian workers receive their salaries. Therefore, sales promotion is very important and indeed will attract customers to shop. As users, we should be wise to evaluate every promotion conducted and avoid deception.
First tip, list down the things which are needed before buying. It is vital to organize our financial planning and shop carefully according to what are really needed. List of things necessary for us to prevent wastage and buy unnecessary goods. The attitude of carefulness is able to control our improvidence.
Second tip, look into every advertisement and avoid yourselves of confused information. Sometimes, advertisements are made based on certain attractions to certain products. For example, most advertisements exploit women to become models. Generally, female models will be taken to promote beauty products or cosmetics while not everyone suitable to use those products. So, we should be careful and investigate any promotions before making purchases.
Third tip, avoid credit card utilization because it makes us extravagant  and tend to shop more than needed. By using credit card, we do not realize the cash flow as we do not see the money obviously. Consequently, we will only realize the amount of money that we pay at the end of every month. You are advised to bring along an adequate amount of money while shopping. This move will prevent yourselves from buying unnecessary goods with lower prices.  
Fourth tip, do not be fooled by the products with promotional gifts. Sometimes sales promotion will offer you `buy one free one`. You should be careful to the hidden costs that might be imposed to the products or services provided. Apart from promotional gifts, price tricks ended with 99 cents such as RM1.99 attract customers` attention. Examine the price and compare with others before you buy. Sales promotion often attracts consumers to buy and you as a consumer will be attracted to the products with lower prices, promotional gifts and buy with a large quantity.
Fifth tip, check the receipt of purchase and the quantity of items after payment. It is important to check the receipt as to avoid deception like different prices . Usually, customers will buy in bulk and crowded environment makes them uncomfortable and quickly leave the shopping complex. Do not rush and make sure you check the receipt before leaving.
Every business expects profit. Hence, every business will form various promotional strategies to attract customers` attention. As a buyer, you should be smart and do not cheated by any sales promotion. List down what is needed and what is not. You are advised to do a lot of readings of how to manage your financial planning. Avoid yourself from becoming a victim of sales promotion and ignoring unnecessary things and services. Having unimportant things and services is an extravagance. Organize your expenses wisely and be a smart spender. 

(Tulisan ini adalah salah satu assignment saya dalam subjek English For Written Communication. Semua kene buat 5 penulisan dgn tajuk yg berbeza-beza dengan jumlah perkataan 2500 patah perkataan. Masa nie memang rasa-rasa boleh pengsan daaa...)

Bila kita menyambung pelajaran kembali, antara salah satu perkara yg kita tak boleh nk elak ialah kita kene mula kembali membuat karangan atau bahasa universiti  assignment. Bukan perkara yg mudah bagi saya yg had umo dh nk masuk 35 thn nie nk menulis kembali penulisan yg panjang-panjang, lagi susah kalu kene menulis dlm English. Memang berpeluh-peluh dibuat yew. Mujur saya ada cikgu Bahasa Inggeris saya yg memang bertauliah . Thank You Sir ... Jasamu akan ku kenang hingga ke akhir hayat.

Belajar itu satu keseronokan sebenarnya. Di dalamnya ada pelbagai kisah-kisah yg sangat menarik.  Jika diizinkan Allah SWT , saya akan menamatkan pengajian saya pada penghujung tahun 2015. Doakan kejayaan saya . Kisahku adalah perjuangan saya di dunia sebelum kembali ke alam abadi di sana nanti.






Isnin, 12 Ogos 2013

Alhamdulillah







Syukur kepada Allah SWT Yang Maha Esa di atas rezeki yang diberikan kepada hambanya ini. Sangat-sangat bersyukur. Moga perjalananku untuk mencari ilmu dipermudahkan. Ya Allah , hamba akan berusaha sedaya upaya untuk mencapai apa yang dicitakan.

Terima Kasih kepada suami tercinta atas sokongan dan dorongan dan Terima Kasih kepada teman-teman terdekat di atas doa-doa kalian.

Aku tahu perjalanan ilmu ini masih panjang , namun hari ini aku rasa bahagia ... syukur alhamdulillah .

Isnin, 22 Julai 2013

Mengidam lah polakkk !!!





Gambar sumber dari Mr Google

Alahai ... dah mengidam tahap tak ingat dah nie huhuhu ... terliur aje , mcm ibu-ibu hamil lah polakkk tahap mengidam yew, adeiii ...

Macam mana nie , puasa pon dh masuk 13 hari baru nk berangan-angan nk langsir baru lah polak huhuhu ... Mengapa polak hati nie asyik mengidam bende nie. Sesak nafas aku dah ...

Nak buat tak ???  fikir Raihan ... ambik keputusan secepat mungkin, nanti ada yg terliur dipagi raya hehehe ...

Sabtu, 13 Julai 2013

Saat Diuji

Bila kita berhadapan dengan pertanyaan " Kamu Bekerja Untuk Siapa?" ...

Terima kasih kerana menyedarkan aku ... Aku mula memikirkan kembali kerana siapa aku bekerja ? Dengan jawapan PASTI bahawa aku tidak bekerja kerana MANUSIA. Sebab, jika aku bekerja untuk manusia, maka akan hanyutlah aku dengan keduniaan. Pekerjaan adalah AMANAH. Aku bekerja kerana ALLAH SWT. Dengan itu :

(i)Apabila kt tempat kerja aku dari bulan mac sampai sekarang takda aircord aku masih boleh bekerja dengan tenang dan bahagia . Allah SWT mengurniakan aku kesejukan dihati. Dikeliling oleh rakan-rakan sekerja yang terbaik.

(ii)Apabila berhadapan dengan pihak atasan aku, aku masih boleh tersenyum walaupun masa itu dia tengah marah aku, herdik aku dan mengeluarkan kata-kata yang bisa melemahkan semangat. Aku positifkan minda, takpe lah , dia tu ujian dari Allah SWT untuk menguji keikhlasan aku bekerja.

(iii) Apabila tiada penghargaan dan tidak dipandang, aku masih boleh bahagia sbb untuk apa penghargaan manusia , itu semua sementara. Yang pasti ,  Allah SWT Maha Mengetahui dan Maha Melihat. Itu sudah cukup membawa erti yang terbesar dalam kisahku.

Cuma aku ini manusia juga seperti kamu. Aku inginkan sedikit pengertian, aku ini ada tanggungjawab yang Allah SWT telah amanahkan kepada aku. Janganlah lupa aku ini tetap hamba Allah, Umat Nabi Muhammad SAW, Aku ini anak kepada kedua ibubapa aku, isteri kepada suamiku dan ibu kepada anak-anakku.

Di dalam masa aku bekerja , ada sedikit masa yang aku peruntukan untuk mengambil dan menghantar anak. Waktu ini biasanya aku akan satukan sekali dengan waktu rehat.Maka lepas itu, aku memang takde rehat lagi dah, cuma minta sedikit waktu untuk bersolat. Itu sahaja. Aku datang kerja seawal 8.00 pg hingga ke pukul 6.00 ptg. Walaupun waktu kerja aku sepatutnya pada pukul 9.00 pg tetapi ... dalam awal sejam tu aku boleh susun buku. Jadi takdelah kelam kabut kalu datang pukul 9.00 pg. Bila pagi sejuk sikit sbb takde aircord. Kene lah jadi pekerja yg senantiasa berfikiran kreatif.

Hari ini tak tahulah, bila dengar aje perkataan " Kamu Bekerja Untuk Siapa?" memang rasa nak marah. Tapi inikan bulan Ramadan. Bulan yang mulia. Tak baik kann nk marah. Sekarang tengah cool kan diri. Mengenangkan diri, macam kesian sangat kt roh aku, banyak dah yang aku telan.
PAHIT !

Set kat minda takpe RAIHAN , awak kan orang yang KUAT. Apalah sangat kannn kata-kata itu. Biarlah dia nk cakap apa-apa pon. Terpulang. Ada telinga dengar.(Walaupun dalam hati ada hujan dah ... tapi takpelah, kalu dalam hati ada hujan plus taman, suburkan taman tu nanti)

Yang Penting, Kisahku tetap menjadi rahsia antara aku dan penciptaku.

Aku Hidup Kerana Allah SWT. Itu PASTI !!!





Selasa, 9 Julai 2013

Alhamdulillah





Alhamdulillah , masih diberi nikmat untuk  merasai keindahan bulan Ramadhan Al Mubarak. Tahun ini tahun ke 35 aku ... sangat bahagia sebenarnya. Rasa tak sabar nak pergi solat terawih bersama suami dan mysweet soffi.

Pada teman-teman yang sudi singgah kat blog kesayanganku ini, aku ucapkan selamat berpuasa disamping orang-orang tersayang. Moga kita mendapat rahmat dan keberkatan hidup di dunia dan di akhirat.

Salam sayang dari saya untuk semua teman-teman ...

Khamis, 4 Julai 2013

Isnin, 24 Jun 2013

Sebenarnya saya isteri dia episod13 ( Akhir)




( Gambar semua sumber dari Mr Google yew ... tq )

Sebenarnya saya isteri dia ataupun nama singkatannya SSID dah sampai episod 11. Minggu nie episod ke 12. Minggu depan episod terakhir. Aku memang suka tengok drama nie ... hehehe...

Ok lah layannn gambar kt atas yew ...

Jumaat, 21 Jun 2013

Khas untuk Ambarkesturi ...


Gambar kat atas tu saya tujukan khas buat www.ambarkesturi.blogspot.com . Tak nak kata banyak-banyak ... nanti takut jadi khabar angin yang boleh menyebabkan ramai yg baca n3 nie hehehe ... buat masa nie blog akak ambarkesturi saya mmg org lain tak boleh nk baca atas sebab-sebab jerebu yg semakin teruk berlaku di persekitaran kita. Harap maklum...

Gambar kat bawah ini khas pulak untuk semua ... bila kata semua termasuklah diri saya .



Renungan Buat Jiwa







Seorang ahli Sufi bernama Abu Turab r.a. berkata;
"Wahai manusia ! Kamu mencintai tiga macam, padahal ketiga itu bukanlah milikmu.
1. Kamu mencintai dirimu, padahal diri itu milik hawa dan nafsu
2. Kamu mencintai roh-mu, padahal nyawa itu milik Allah SWT dan
3. Kamu menyintai hartamu, padahal harta itu milik ahli waris turun-temurun."

Di samping itu pula kamu mencari dua macam lagi, padahal kedua itu tidak kamu peroleh yakni istirahat di dunia, dan bersuka ria di dalamnya. Keduanya ini tidak akan ada di dunia, tetapi kesemua tempatnya di Syurga..

Wasiat Nabi kepada Saidina Ali . Tiap sesuatu ,ada penyakitnya..

❖ Penyakit berkata-kata adalah bohong .
❖ Penyakit ilmu adalah lupa .
❖ Penyakit ibadah adalah riak .
❖ Penyakit akhlak adalah memuji diri sendiri .
❖ Penyakit pemurah adalah menyebut-nyebut pemberian .
❖ Penyakit bangsawan adalah merasa bangga .

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Sekiranya anak Adam memiliki satu lembah daripada harta, nescaya ia mahu yang kedua dan sekiranya ia mempunyai dua lembah nescaya ia mahu yang ketiga. Tidak akan memenuhi perut anak Adam melainkan tanah dan Allah sentiasa menerima taubat orang yang bertaubat.” - Riwayat Ahmad

Nukman bin Basyir meriwayatkan bahawa Nabi S.A.W pernah bersabda:”Doa merupakan satu ibadat, lalu baginda membaca ayat: “Dan berkata Tuhan-Mu: “Berdoalah kepada-Ku...” (Abu Daud dan at-Tirmidzi)

Abdullah Ibnu Umar r.a menceritakan bahawa seorang lelaki berkata kepada nabi SAW : “ Manakah amalan Islam yang paling baik? Nabi menjawab; “Engkau memberikan makanan kepada orang-orang miskin dan engkau mengucapkan salam kepada orang yang telah engkau kenal dan kepada orang yang belum engkau kenal.” (al-Bukhari dan Muslim )



Perkongsian ilmu daripada : http://anizyn.blogspot.com/2013/01/suatu-renungan-buat-jiwa.html

Khamis, 16 Mei 2013

Terima Kasih Cikgu



Sayang dan rindu dekat semua cikgu-cikgu yang pernah hadir dalam kisahku ...

Pada Cikgu Jamsari Bin Mardi ... Tahun nie saya bawa bercuti ke PulauPangkor sebagai hadiah hehehe ... Jangan marah yew sbb Suamiku Cikgu  ( boleh buat tajuk novel nie ) . Isteri cikgu katakan hehehe ...


Selasa, 30 April 2013

Dengarkan lah ...






Lirik Lagu Opick – Tiada Duka Yang Abadi

Tiada duka yang abadi didunia
Tiada sepi merantaimu selamanya
Malam akan berakhir, hari akan berganti
Takdir hidup akan dijalani

Tangis dan tawa nyanyian yang mengiring
Hati yang rindukan cinta dijalan-Mu
Namun ku percaya hati meyakini
Semua akan indah pada akhirnya

Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini

Waktu berputar rebulan dan matahari
Bunga yang mekar akan layu akan mati
Malam akan berakhir, hari akan berganti
Takdir hidup akan dijalani

Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini

Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini
Harap ampunkan hamba-Mu ini