Khamis, 28 Februari 2013

Air Mata Ini


Ya Allah ... berikan lah kekuatan kepada hamba MU ini untuk menghadapi ujian dalam KERJAYA aku. Selama aku bekerja ini lah kali pertama aku rasa sangat-sangat sedih...


Isnin, 18 Februari 2013

Satu Anugerah

Alhamdulillah ... terima kasih pada mak , abah , suami dan keluarga tercinta kerna senantiasa mendoakan aku.

APC ... Aku Perempuan Cantik/Comel/Cun/Cerdik/Ceria ...

Ianya tidak perlu dikejar sbb APC ini akan senantiasa hadir mengiringi perjalanan kisah-kisah kita. Bagaimana orang lain melihat dan menilai diri kita ... hanya Allah SWT sahaja yang Maha Mengetahui. Ikhlaskan diri dalam setiap sesuatu perkara yang kita lakukan ... PENILAIAN ? Biarlah itu menjadi urusan Pencipta kita.

Dunia hanyalah sementara ... tidak kekal. Kehidupan yang kekal adalah di sana nanti ... Akhirat jua yang kekal abadi.







Isnin, 4 Februari 2013

Erti 11 tahun dalam kisahku

Gambar daripada web I luv Islam .com

Assalammualaikum ...

Hari nie dengan usaha yang gigih aku cuba untuk menukar warna rumah blog aku ... Alhamdulillah akhirnya berjaya . Pilihan aku kali warna hijau kuning ...





03-02-2013 Ulang Tahun Perkahwinan yang ke 11 . Alhamdulillah ...

Suami aku tak ROMANTIK tapi dia sangat CARING . Wah! boleh buat tajuk novel hehehe ...
Cume semalam aku rasa sangat-sangat rindu kat anak kedua aku yang telah pergi jauh meninggalkan kami ... rindu sangat-sangat sampai air susu mengalir. Terkejut jugak , mgkn kasih seorang ummi ... rasanya kalu baby hidup nak sangat dakap dia. Tapi ini ujian untuk  kisahku ... kene redha. Dapat dakap my sweet soffi aku dah bersyukur sangat-sangat. Moga di sana nanti aku dapat mendakap anak keduaku. Amin.

Semalam aku makan pon tak rasa apa-apa sbb hati tengah sendu ... tapi tetap tabahkan diri pergi class di OUM. Mendoakan yang terbaik untuk diri , suami , anak-anak dan orang-orang tercinta. 

Hari nie Sungai Besar hujan ... Alhamdulillah .