Sabtu, 25 April 2015

Langit tetap biru

Lirik Lagu Langit Tetap Biru – Aizat Amdan

 Jom nyanyi ...

 Awan putih, awan gelap
Langit biru, tetap biru
Orang baru, orang lama

Dunia tetap, tetap sama

Sentiasa kita kan berubah
Tetap kita ada
Kewujudan membawa perpisahan
Terus berkekalan
Kekal di hatiku
Kekal di hatiku


Langit tetap biru

Sentiasa kita kan berubah
Tetap kita ada
Kewujudan membawa perpisahan
Terus berkekalan
Kekal di hatiku


Dan hanya tinggallah segala cerita
Tentang hebatNya
Tentang jiwaNya
Tentang hikmahNya


Awan putih, awan gelap
Langit biru, tetap biru
Orang baru, orang lama
Dunia tetap, tetap sama


Sentiasa kita kan berubah
Tetap kita ada
Kewujudan membawa perpisahan
Terus berkekalan
Kekal di hatiku








Tabah lah duhai hatiku ... hakikatnya mereka sering menyakitimu namun kamu harus kuat, jangan sampai setitis air mataku ini mengalir sebab sudah terlalu banyak yang telah tumpah akibat perbuatan mereka. Tidak mengapalah, duniakan hanya lah sementara. Kejarlah yang abadi. Jika memang telah tertulis di tangan takdir begitulah yang harus aku  jalani. Aku harus jalani.

Buat kamu yang selalu sakiti aku, sakitnya itu di sini... di dalam dadaku. Terima kasih kerna kamu beri aku kesakitan ini. Buatlah sesuka hatimu kerna aku masih berpegang kepada KARMA!!!

Kisahku bukan kisahmu jadi jangan kisahkan aku jika aku nak mengisahkan kisahku di sini.

 

 

Jumaat, 24 April 2015

Yakin saja






Penat dah... berhadapan dengan perangai-perangai manusia yang memualkan. Tapi saya juga manusia sama seperti mereka. Berdoa, agar saya tak jadi macam mereka sebab takut saya melunaskan dendam yang senantiasa membara di jiwa. Dendam yang tak pernah terhapus tetapi sedang berusaha untuk memadamkannya. Sebab dendam itu tidak harus ada dalam diri manusia. Dendam boleh merosakkan diri sendiri nanti.

Menanam tepu di tepi bibir... Wah !!! semalam saya dihadiahkan oleh seseorang dengan kata-kata indah ini hehehe... tapi abah saya memang tanam tebu sebab paman saya jual air tebu. Boleh menjana mendapat lagi tuw , masyuk.

Entahlah, nak luahkan macam mana lagi pun tak tahu. 42 versi terbalik 24 sama dengan hipokrit.

Saya yakin, apa jua yang telah ditakdirkan menjadi hak milik kita , Allah tak akan biarkan menjadi milik orang lain. Fikir-fikirkan lah.

Pasrah bukan bererti saya tak usaha apa-apa tapi saya saja tak buat apa-apa. Pening tak ayat saya nie. Kalau pening tak apa, biarlah saya sahaja yang faham.

Saya tetap tenang dan bahagia sebab saya ada cinta jiwa saya.

Rabu, 22 April 2015

Hati berbentuk bintang


Hari ini kembali lagi menulis. Alhamdulillah, semakin rajin jemari ini untuk memasukkan entri-entri terbaru.

SAYA DAH KATA, HATI SAYA DAH HANCUR!!!

My BFF ... Best Friend Forever yew bukan BoyFriend Forever sebab saya mana boleh ada boyfriend , dosa tuw hehehe ... Bff kata , you nie raihan , kalau dah hati kamu hancur memang lah tak boleh dah nak jahit tapi kamu boleh acu balik hati kamu kan... fuh! kamu ingat hati saya yang dah hancur macam masuk dalam blender tuw, senang-senang ke nak dapat balik hehehe...

Dia kata, apa susah-susah, aculah hati raihan tuw ikut acuan bintang. Kenapa bintang sebab bintangkan ada bucu, kalau ada orang nak hancurkan lagi hati raihan, gunakan bucu tuw sebagai pertahanan. Dalam hati saya, betul jugak tuw. Jadi , sekarang hati saya dah saya acu mcm bentuk bintang kat atas tuw... cantik tak?

Bukan lawak taw... serius saya tulis nie. Hati saya telah berbentuk bintang. Bergemerlapan pada waktu malam dan senantiasa bersinar. Tapi jauh nun di sana. Susah taw nak tangkap hati saya nie balik. Sebab saya tak akan biarkan ianya dihancurkan berulang-ulang kali. Cukup sekali ianya dihancurkan oleh manusia-manusia itu.

Hidup saya , Alhamdulillah, belum pulih sepenuhnya namun tetap saya jalani dengan rasa kesyukuran. Sebab saya ada cinta dia yang sangat cintakan saya. Bila saya sedih, duka, menangis ... dia selalu ada untuk saya. Tanpa dia, tak mungkin saya mampu untuk bangkit semula.

Saya sangat cinta dia melebihi nyawa saya. Dia adalah segala-galanya bagi saya sebab dia beri saya nafas yang sangat indah ini.

Kisahku ... terima kasih sudi baca dan singgah.

Selasa, 21 April 2015

Bila hati mula berbicara






Assalammualaikum kepada semua pembaca blog kisahku ... apa khabar? Moga-moga semuanya dalam keadaan sihat dan senantiasa di bawah rahmat Allah SWT. Lama betul saya tinggalkan blog ini kannn... tak tahu nak kisahkan macam mana. Sejak peristiwa PAHIT saya pada tahun 2013, saya jadi takut untuk menulis. Saya takut terbocor semua kisah-kisahku yang agak sulit untuk dikongsikan bersama. Belum masanya lagi saya coretkan peristiwa itu di dalam blog kisahku ini.

Ada orang kata, bila saya menulis dalam blog ini... seolah-olah saya nak bagitau kisah-kisah kehidupan saya kepada satu DUNIA. Hemmm ... persepsi manusia, pelbagai-bagai. Terpulang kepada kamu nak buat persepsi-persepsi yang bagaimana??? Saya tetap akan menulis selagi kata hati saya kata, kamu kene menulis. Abaikan sahaja kata-kata manusia pada kamu.

Cuma saya tak tahu bagaimana lagi harus saya hapuskan segala kenangan yang sangat pahit berkaitan peristiwa yang berlaku pada tahun 2013. Ya Allah , sukar betul untuk saya lepaskan diri saya dari kenangan itu. Rasa dah sangat-sangat letih, dah tak berdaya. Adakala, saya termenung sendiri, bagaimana saya nak dapatkan balik hati saya yang dah hancur. Kalau setakat hati terluka, mungkin bisa dijahit kembalikan hehehe... tapi hati saya dah hancur macam masuk dalam blender ... Entahlah.

Sekarang aku jadi manusia yang sangat pendiam dan beku. Kesiankan , sedih betul kan...

Inilah saya... asal menulis mesti nak tulis yang sedih-sedih huhuhu ... nak baca boleh, tak nak baca pun boleh.

Maafkan saya bila hati mula berbicara sebab hati saya dah hancur sebab itu gaya tulisan saya mesti sedih-sedih. Saya belum pulih lagi. Saya tak tahu sampai bila. Harap sudi doakan saya dan saya dapat pulihkan semula hati saya yang dah hancur itu.

Saya sayang KISAHKU.