Selasa, 22 September 2015

Love famili



Alhamdulillah. Bergambar di Majlis perkahwinan anak buah sulung En suami di Klang pada 20 September 2015.


Khamis, 17 September 2015

Sebaya


Sebaya tapi tak seumur. Perasannn akk ok hehehe... Cer teka umur-umur kami nie adik-adik.Inilah kisahku di majlis perkahwinan anak buah kesayangan yang sulung. Catatan penuh majlis ini akan akk update yew bila majlis pihak lelaki pada 20 hb Sept telah berlangsung.

Ok, undur diri dulu. 

Sabtu, 12 September 2015

Seiras




Hari nie tangan dok gatai mengedit gambar-gambar. Terciptalah ilham pd gambar lama-lama. Nak mengedit gambar tak susah mana pun. Guna hp aje hehehe...

Maka terjadilah gambar-gambar kat atas tuw. Keluarga bahagiaku, Alhamdulillah. Agak-agak, Soffi Ijam ada seiras wajah abi atau ummi. Cer bagitau. 



Rabu, 9 September 2015

Kita




Peringatan pada diri kita. Kita tetap manusia biasa-biasa sahaja. Hanya tinggal sementara di dunia yang sifatnya tidak kekal.

Hari ini punya kisah... Moga segala urusan kita dipermudahkan Allah SWT. Insya Allah. Aamiin.



Selasa, 8 September 2015

Doa waktu pagi





Jom berdoa ... moga kita berjaya dunia , akhirat... Insya Allah, Aamiin. Love you all.


Isnin, 7 September 2015

Dari 1gram ke 500 gram


500 gram , impian 2020. Insya Allah, Aamiin.


Lakarkan segala impian menjadi visual. Terima kasih guru.


Mengambil kata-kata dari buku ini, biar kecil asalkan berhasil


Sekali sekala selfie sebentar.


Alhamdulillah. Aura emas masih melekat dalam jiwa aku si pemilik blog kisahku. Kenapa emas ? Pembaca semua pasti ada jawapannya.

Ini lah kisahku yang memang sangat sukakan emas. Logam yang bernilai di atas dunia ini. Bukan sebab nak bermegah-megah menunjukkan kekayaan tetapi setiap manusia pasti ada impian yang tertanam dalam jiwa masing-masing.

Sekarang ini, aku sedang gigihnya menyimpan goldbar 1 gram setiap bulan. Setiap gaji, sedikit wang RM pasti aku laburkan dengan emas.

Doakan aku, moga-moga pada tahun 2020 aku berjaya memegang dan memiliki emas 500 gram. Insya Allah , Aamiin. Moga dipermudahkan oleh Allah SWT yang Maha Kaya.


Aku juga pengemar dinar 999.9. Wah!!! semangat gituw.







Jumaat, 4 September 2015

Kuatnya


sarapan nasi lemak kegemaran



Itulah wanita ... tetap kuat meneruskan kehidupan walau apa pun yang berlaku dalam hidupnya. Ketawa menangis datang silih berganti. 

Hari nie pagi-pagi sarapan nasi lemak... nasi lemak lauk sotong goreng tepung beli kat akk yang berniaga kat Kampung Nelayan . Dah biasa dengan akk nie. Harga RM 2.00. Makan sampai kenyang.

Aku nie memang peminat nasi lemak dari kecik sampai dah dewasa hehehe ... Bukan takat suka makan aje taw, pandai masak juga menu nasi lemak. Menjadi kesukaan keluarga. Rasa mcm esok-esok bila dah pencen nak niaga nasi lemaklah... boleh ke???

Kata orang berangan tak kene bayar ... jom kita berangan mencipta impian.

Khamis, 3 September 2015

Jom baca novel


Novel yang nak dibaca



Sesaje tayang gambar hehehe ...


Wah! semakin rajin mengupdate blog aku nie sekarang. Almaklumlah kan, September bulan paling aku suka sekali taw hehehe...

Aktiviti aku sekarang tengah dok belek-belek buku novel tuw... Ada teman kata best sangat jalan ceriteranya. Aku pun dok usha-usha jugaklah.

Ok , nanti bila aku dah baca aku share kat sini yew. Update pendek-pendek aje, janji ada n3 terbaru. Jangan marah...

Rabu, 2 September 2015

Petua orang lama






Alhamdulillah, hari ini sampai sudah barang yang aku order. Saya suka saya suka ...

BLU MERRIES SRI ANGGUN PETUA ORANG LAMA..30 Sachets 1 kotak (untuk 1 Bulan)
Khasiat BLU MERRIES,Kaya Antioksidant untuk :-

✔Merawat keputihan
✔Menyempitkan rahim dan ketatt
✔Menambat hati suami di ranjanng
✔Menghilangkan gatal-gatal di farajj
✔Melancarkan peredaran haid
✔Menegangkan bibir farajj
✔mengurangkan senggugut
✔Menambahkan tenaga batin
✔Payudaara & pinggul kembali tegang
✔Menghalus,Melicin,Memutih & mengebukan Kulit
✔Menghilangkan Jerawat,Jeragat,Merawat Kulit Kusam
✔Mengatasi Masalah Haid, Keputihan,Faraj Berbau
✔Mengatasi Masalah Kulit Bersisik & Bau Badan
✔Mengatasi Masalah Angin Dlm Badan & Pedih Uluhati
✔Mengatasi Masalah Sembelit & Dapat Mengempiskan Perut
✔Mengurangkan Rasa Lapar
✔Mengatasi Masalah Sakit Sendi, Lutut, Dll
✔Mengatasi Masalah Tumit Kaki Merekah
✔Menambahkan Susu Untuk Ibu Menyusu
✔Menguatkan Tunjang Rambut & Mecantikan Kuku

Itu antara khasiat-khasiat yang terdapat dalam Blu Merries. Aku beli produk ini dari Intan. Dok tanya juga, produk ini untuk kesuburan tak? Dia kata, boleh juga untuk bagi subur ibu-ibu yang sedang merancang untuk hamil. Itu yang berminat nak mencuba.


Pada pembaca blog yang nak tahu lebih lanjut tentang produk ini, jemputlah melawat facebook Blu Merries. Doakan aku serasi dengan produk ini, Insya Allah. Aamiin.

Kata orang, petua orang lama nie memang mujarab!!! ...

Selasa, 1 September 2015