Rabu, 30 Disember 2009

Selamat tahun baru 2010


Assalammualaikum.
Salam teramat sayang untuk teman2 yg aku kasihi. Alhamdullilah , Insya Allah jika diizinkan oleh Allah SWT kita akan melangkah ke tahun 2010.
Apa azam teman2? Boleh kongsi dengan saya tak?
Bagi diri saya sendiri, rasa ye nk sambung azam tahun lepas kot sbb tak tercapai lg. Nk tahu azam saya hehehe baik tak payahlah seganlah pulak hahaha tp nk kongsi jugak, sebenarnya aku nk bg baby baru kt myhuby , hope tahun depan akan termakbul, kalu diizinkan aku nk bg baby kembar lelaki. Ni tgh gigih berusaha ni. Maklumlah aku ni jenis yg susah nk lekat. Sbb kenape azam aku gini sbb syurgakan di bawah tapak kaki suami.
Walaupun dlm berumahtangga tak semua ye indah, kita kene redha sbb huby tu pilihan kita, baik buruk ye kene terima. Apa2 tetap bersyukur dan senantiasa menghargai apa yg telah Allah SWT kurniakan pada kita.
Moga tahun 2010 akan aku hadapi dengan ketenangan dibawah naugan kasih sayang NYA. Cintaku tidak pernah sesekali berubah kerana aku memang sangat sangat mencintai Allah SWT.
Kerna aku adalah hamba Allah tanpa NYA kisahku tidak wujud.
Moga Allah SWT senantiasa kasih akan diri ini. Amin.

Jumaat, 25 Disember 2009

Kata pujangga

'Tidak perlu memikirkan masa lampau yang berlalu. Jangan pula asyik memikirkan masa hadapan. Tetapi renggutlah dan tawanlah masa sekarang ini, serta ambillah faedahnya.' Namun tidak sesiapa yang berani menafikan, bahawa sejarah masa lampau itu adalah ibarat lakaran peta yang memberi pedoman kepada sesiapa sahaja.

Renungi n fikirkanlah

Selamat tahun baru Islam dan selamat datang 2010.

Semoga aku n kisah-kisahku berjalan dilandasan benar dan diberkati Allah SWT hingga tertutupnya mataku untuk selamanya.

Rabu, 16 Disember 2009

Alhamdullilah

Bersyukur sgt sbb hari keluarga n rebranding 2 PPAS telah selamat dilaksanakan dgn jayanya.
Sebagai org yg diberi tanggungjawab utk mengurus bahagian pendaftaran n membahagikan kunci bilik, aku n kak bunga telah sedaya upaya kami utk melaksanakan tugasan kami sebaik mungkin.

Mungkin ade beberape perkara yg agak kureng sepanjang kami bertugas, mohon kemaafan atas segala kesulitan yg berlaku n apa2 jua kekurangan kami. Kami hanyalah manusia biasa.

Jutaan terima kasih kpd Pengarah PPAS Pn Mastura krn memberi kepercayaan kpd kami utk memikul tanggungjawab sebagai urusetia dan tak lupe pada Pn Sue selaku ketua kami n En Khairul atas kepercayaan merekalah aku n kak bunga terpilih menjadi urusetia.

Sedia berkhidmat dari kami.

Terima Kasih utk segalanya.

Rabu, 9 Disember 2009

Urusetia

Insya Allah , esok aku akan menghadiri taklimat utk pra perjalanan majlis hari keluarga n rebranding 2 PPAS.

Aku n Kbunga akak btolak awal dr Sg Besar. Moga segala yg dirancang akan berjalan dgn lancar, Insya Allah.

Saat ini hatiku teruja nk melihat semua kekawan sekerja berkumpul di Sunway pyramid. Moga ketemu di sana.

Selasa, 8 Disember 2009

Kisah roti canai

Hr ni tetiba saja nk cite pasal roti canai. Tentu semua org pernah mkn roti canaikn. Enak rasanya. Lepas solat isyhak td tetiba aku ingin berkongsi memori aku duluw waktu aku zaman2 kanak2 berkisar ttg roti canai dlm blog kesayangan aku ni.

Kisah ye begini...


Aku budak miskin itu ...


Sewaktu aku kecil duluw aku telah dihantar oleh abah utk mengaji di surau kampung aku. Kt surau ni depan ye ade warung roti canai. Roti canai ye mmg sedap hingga menjilat jari. Aku suka sgt makan roti canai di situ tp aku tak mampu nk beli walaupun harge ye Rm 0.40 sekeping. Oleh krn aku mmg terlalu teringin nk mkn roti canai tu aku kongsi kumpul duit sorang Rm 0.10 sen dgn kwn2 aku n adik aku. Setelah duit ye dikumpulkan kami pun berkongsi sekeping roti canai . Nk tahu roti canai tu kami mkn berempat. Sedap sgt mungkin sebab hanya sekeping n dimkn beramai2. Nikmat sgt.


Kini setelah bertahun lama ye aku tinggalkan memori itu, aku masih belum jumpe roti canai sesedap aku mkn waktu itu. Akhir ye aku bertemu jwpn ye... Berkongsi sesuatu yg kita suka bersama org lain itu adalah sesuatu yg amat indah dan nikmat.

Sabtu, 5 Disember 2009

Ceritera kenduri

Bila cuti sekolah bermula maka aku secara tak rasmi ye akak sibuk jugak memenuhi kenduri kawen n berkhatan. Hari ni aje ade 3 jemputan kawen n 1 jemputan berkhatan. Kira 4 tempat aku kene pegi. Buzy2 hehehe ok la aku pegi memenuhi undangan dulu paling jauh sekinchan tp dlm daerah Sabak lg. Daa... moga bjumpe lg

Selasa, 1 Disember 2009

Akhir Tahun

Salam semua pd teman2 yg amat dirindui.

Agak lama aku menyepi. Rindu jugak sebenarnya utk melayarkan diri ke alam maya, bersembang dgn teman2. Semua ye terpaksa aku pendamkan duluw sbb terlalu byk dugaan ye bila akhir tahun menjelma.

Hari ni kita masuk dah ke bulan 12. Bagi huby aku mmg seronok sbb dia cuti panjang. Aku seperti biasa meneruskan rutin harianku sebagai penjawat awam. Kalu org akaun akan menutup akaun akhir tahun, aku pulak kene buat laporan sepanjang tahun ni. Apa yg dah dicapai dan tak tercapai lg huhuhu.

Sebenarnya byk lg yg aku ingin kongsikan, tp masa begitu cemburu dgn aku @ aku yg cemburu dgn masa, heheheh tak kisahlah yg penting aku menjalani hidup ini dengan ikhlas utk Allah SWT. Kerna nafasku adalah anugerah dari Nya yg Maha ESA.

Sekarang sedang sibuk dgn kerja, rumah tangga dan mencuba utk menukar blog aku dgn template baru.

Bye, sayang kamu, kamu dan kamu..... jumpa lg