Jumaat, 26 Februari 2010

Anakku


Gelagat Soffi menjd kontraktor  , hehehehe kesian dia kepenatan menolong abi ye meratakan tanah yg baru dibeli di halaman rumah. (*-*)

Si Ayu dgn kisah kolaj



Sebenarnya ini adalah aktiviti pertama kami warga baru Perpustakaan Daerah Sabak Bernam. Esok nk buat aktiviti kolaj, maka ye ayu kene buat contoh utk kanak2 yg akan menyertai aktiviti kolaj utk esok. Hope semua ye bjln dgn lancar. Insya Allah.

Resepi mee goreng basah

Bahan-bahan ( 5 org makan )

  • 600g mee kuning
  • 1 ketul ayam di cincang
  • 2 ekor sotong
  • 6 ekor udang basah
  • 3 pokok sawi
  • 1 sb pes lada kering
  • 2 sb minyak masak
  • 1/2 sb sos tiram
  • 4 sb sos tomato
  • 1/2 sb kicap pekat
  • 3 cawan air panas
  • 3 ulas bawang putih
  • garam, gula & serbuk perasa
  • ** lada jeruk **
  • cuka
  • gula & garam
  • lada besar hijau

Cara-cara

  1. Panaskan minyak. Tumis bawang putih hingga naik bau. Masukkan pes lada tumis sekejap. Masuk sotong & udang gaulkan sebati.
  2. Masuk sos tomato,sos tiram,kicap pekat,gula,garam dan perasa. Kacau biar sekata. Masuk air panas dan biar menggelegak. Rasa cukup semua bahan perasa. Adjust ikut selera anda.
  3. Masukkan mee kuning & gaul sebati. Masukkan pula sawi (daun shj), kalau nmpak air mcm dah kering atau tak cukup basah blh tambah lagi air panas.Kecilkan api & biar selama 4minit. Kemudian gaul2 sekejap,bila semua perasa dah meresap dalam mee, tutupkan api. Masukkan taugeh dan gaul sekata.Dalam gambar xda taugeh...stok taugeh takda kat umh...
  4. Alihkan mee kuning dari kuali, jgn biarkan dlm kuali, air mee akan kering. Makan panas2 bersama lada jeruk,taburkan dgn daun bawang & bawang goreng.
  5. Lada jeruk : Potong lada menyerong. Dalam mangkuk masukkan lada. Masukkan juga cuka hingga menutupi lada. Masukkan garam & gula. Rasa ok ke tak...adjust ikut selera anda. Lada jeruk nih buat banyak pun takpa sbb boleh simpan dalam peti sejuk. 
Aku mmg hantu mee goreng basah, sgt2 suka mkn ;-) jom mkn

Salam Maulidur Rasul


Sebagai Umat Nabi Muhammad SAW, aku bangga kerna menjadi umatnya kerna Nabi Muhammad SAW adalah hamba Allah yg sangat dikasihi oleh Allah SWT.

Doa aku agar di sana nanti aku berpeluang utk mendapat syafaatnya di Akhirat kelak. Insya Allah.

Kisah Netbook


Alhamdullilah, Atas kurnia dari Allah SWT terbuka pintu hati suamiku utk menghadiahkan netbook bersempena ulangtahun perkahwinan kami yg ke 8 thn. Terima Kasih byk2 sayang..terharu sgt ;-)

Khamis, 25 Februari 2010

Mee goreng basah


Alhamdullilah dah lama mengidam nk makan mee goreng basah, semalam pujuk huby beli n dpt pun makan walaupun tak berape basah kira okla, janji dah tertunai hajat dihati nk makan mee goreng basah. Ada tak sapa2 yg ade resepi mee goreng basah yg power. Teringin nk msak sendiri. Tolong ye ;-)

Selasa, 23 Februari 2010

Kisah senyum


Moga mendamaikan insan2 yg memandang yew.

My new library


Inilah tpt baru aku bertugas sekrg, besar sgt ... boleh lah aku mencapai target kekurusan zaman anak dara duluw heheheh ok la layan gambo ye, kn berblog je bos masuk tak sedar pulak hahahah bos...

Mata


Aduh letih ye mataku kerna asyik melihat skin komputer je... okla nk gi letakkn timun jap... daaa... senyum sikit ;-)

Isnin, 22 Februari 2010

Bismillah

Salam semua... hr ini dlm sejarah hahahaha secara total yew aku dah memulakan kisahku di Perp Daerah Sabak Bernam. Masih pening lalat lagi sebenar ye , kene memahirkan diri dgn sistem pengkomputeran di lib ini.

Bila kene jaga kaunter sendiri masih terketar2 lg huhuhu takottt tersalah tekan hahahaha takpe2 cabaran... cayok cayok raihan boleh...

wokay byk tugasan nk dibuat tak boleh lama2 online... caw dulu... apa2 pun jgn lupo senyum sikit ;-)

Sabtu, 20 Februari 2010

Mlm Ahad

Alhamdulllah... syukur nikmat dari Allah SWT yang Maha Kaya

Sekarang aku boleh online bila2 masa sbb kt umah en abg dah pasang talian jalur lebar TM  (betul ke ayat aku ni hehehehe) maka ye aku boleh up date blog2 kesayangan aku ni setiap hari.

Kira ye bolehlah layannn...apa jua yg memberi manfaat buat diriku. Sebagai petugas lib ,masa mmg terhad , ye la mana nk susun buku, jaga kaunter dll, tambahan pulak sekrg ni dah bertugas di lib daerah yg lebih besar n mencabar , mmg takde masa nk layannn blog sll.

Jd , Alhamdullilah dgn ade ye kemudahan internet di rumah sendiri maka ianya lebih memudahkan aku.

Terima kasih byk2 kt en abgku sayang.  ;-)

Jumaat, 19 Februari 2010

Kerja team kami

Lib baru maka tugasan pun kene bertukar jugak, biasakan...

Masa melaporkan diri pagi td dengan bos, maka masing2 mendpt tugasan yg telah diamanahkan, aku lebih kearah menjaga kewangan lib n kempen keahlian , kak mis akan mengambil alih tugasan kak bunga dulu , kak bibah akan ambil tugasan abg yazid dan abg azmi ( apa2 pun aku akan menjd penyokong kuat agar tugasan dpt sll diselesaikan up to date) . Tetapi kami bersepakat utk membahagikn kerja sama rata , kira ye 2 bulan sekali kami akan bertukar menjaga sistem kaunter , bermakna semua kerja kami akan ambil tahu. Maka adil pada semua kakitangan,  susah senang kami bersama. Bersatu hati. Apa yg penting , KeRjaSaMa

Pada pihak pengurusan atasan kami , aku sgt2 bermohon agar doakan kami agar kami berjaya menjdkn Perpustakaan Daerah Sabak Bernam yg terbaik di mata masyarakat.

Doa aku - Ya Allah aku hamba Mu yg lemah , berikan aku kekuatan agar aku dpt meneruskan kisahku ini dengan tabah dan berjaya di dunia dan akhirat.

Bermula detik ini



Warna-warni kisahku bermula di pagi Jumaat di Perp Daerah Sabak Bernam , hari pertama , mmg amat2 memutarkan kisahku huhuhu... layannn ajela gambo2 yg aku sempat ambk n senyum kambing dari aku (yg gambo last tu huhuhu untung kambingkn, takde ke senyum manusia hahahah)

Selamat dtg ke kisahku di destinasi baru Perpustakaan Daerah Sabak Bernam. Team aku kali ini Mybos En Harun,rakan sejawatan- Kak Mis,Kak Bibah,Miss Ayu, En Nasa n aku . Moga kami akan bergabung menjadi team yg berjaya.

Doakan kejayaan kami. AMIN

AkU n ISO memang tidak dpt dipisahkan.

Khamis, 18 Februari 2010

Erti 5 Tahun ini



Bos kata kami ini 3 serangkai , serasi bersama di bawah 1 bumbung lib yg teduh. 3/5/05 mnjd permulaan pertemuan yg membuatkn kami akrab sbg teman sekerja, pahit manis dlm melayari hidup sebagai warga kerajaan kami harungi bersama. Hari ini adalah hari terakhir kami sebumbung. Doa bakal mantan bos kecik mereka ini agar faizah akan berbahagia di samping suami , anak2 n keluarga tercinta n success sll hendaknya, buat shima aku doakan agar dcepatkan bertemu jodoh n hidup bahagia kekal utk selamanya. Semoga kami kekal menjd sahabat utk selamanya. Sayang sayang sayang kamu berdua n selamat mendapat bos kecik baru yg lebih baik dari aku. All the best.
:-) ;-) :-)

Siapa ni


Biarla menjd rahsia kisahku, aku syg sgt dia...sentuhan ye buat aku selalu ingat ttg ibuku

Tugasan terakhir


Hari ini hari terakhir aku di lib Dataran Sabak Bernam. Gambo di atas diambil fresh dr lib pg td, masing2 meneruskan tugasan yg telah diamanahkan. Walupun ada mendung dihati masing2 tp kami berselindung diawan yg cerah.

Rabu, 17 Februari 2010

Kisah manik dan aku


Aku mmg dah lama suka tgk manik dan rasa2 ye baju raya aku tahun lepas semua ye ada manik. Tempah dengan kwn aku Pn Yana. Dia buat mmg best . Suka sgt.  Dlm hidup kita mesti punye matlamat @ cita2. Dulu waktu kecil kalu cikgu tanya nk jd apa bila besar? aku cepat2 akan bg jawapan nk jd cikgu. Walupun sekrg lari sedikit dari landasan cita2ku , tak mengapa sbb aku kawin dgn cikgu , kira oklah tu hehehe... cikgu jugk kn, isteri cikgu. Lepas itu bila dah kawin dgn cikgu  ni matlamat aku nk dpt zuriat, dah pun Allah SWT makbulkan hajat kami berdua walupun lambat sedikit tak mengapa , sabar itu kan separuh dari Iman. Cite pasal matlamat hidup ni mmg seronok kn, kita akan cuba bersungguh2 utk mencapai matlamat itu, sekarang aku meneruskan matlamat kehidupan kisahku ini utk menjd seorang penjahit manik yg mahir, sedang berusaha kearah itu, aku ingin memajukan diri aku dlm bidang ini. Doakan aku agar aku berjaya dlm bidang ini. AMIN.

Masih di sini

2 hari terakhir masih lg di sini , library Pekan Dataran Sabak Bernam... mmg dah rasa sayu ye... mcm2 ada...

Rasa ye hari2 terakhir di sini aku lebih memberi tumpuan utk menyiapkan baki kerja dan mengemas brg2 yg ada . Jumaat 19/2 ni , Insya Allah , aku akan bertukar ke Perpustakaan Daerah Sabak Bernam .
Maka akan bergabung dengan 2 org lg kakitangan yg ditukarkan juga seperti aku , Kak Mis dan Kak Bibah , masing2 dari lib Caw Tg Karang Dan lib Pekan Sekinchan.

Kami akan melapor diri dengan ketua perkhidmatan zon 1, penyerahan nota serah tugas dan fail meja . Doakan aku moga kami akan menjadi team yg kuat dan saling bekerjasama . Doakan kami ye. Amin.

Khamis, 11 Februari 2010

Think positif


Saat ye telah tiba jua utk aku mengundurkan diri dari lib Dataran Sabak Bernam .  Ada sedih ada gembira . Aku redha dengan setiap anugerah yg Allah SWT berikan. Alhamdullilah . Mungkin ini adalah yg terbaik utk diriku .  Aku senantiasa mendoakan agar che ros , faizah n shima akan success . Maka gelaran 3 serangkai  terputus jua namun persahabatan kami akan tetap kekal selama ye.
I luv U all

Doakan pemergian ku ini...  ke kisahku di destinasi baru 

Selangkah ke Perpustakaan Sejuta Senyuman
:-)   :-)   :-)

Rabu, 10 Februari 2010

Berakhirnya penantian yg pasti

Akhirnya surat pertukaran telah selamat sampai ke tanganku pada jam 1.35 petang td. Biarkan aku sendiri utk seketika ... sedang mencari semangat baru ... utk sebuah perjuangan yg masih panjang hingga umo ku 58 thn . Insya Allah

Doakan aku agar senantiasa success.

Ya Allah , aku mohon keberkatan Mu Ya Allah utk meneruskan perjalanan kisah ku ini...AMIN

I Can Read You Like A Book


Sesekali nk juga kongsi buku dlm Bahasa Inggeris . Td masa susun buku kt rak dewasa BI terjumpe buku ni. Adalah baca2 sikit , bahasa yg digunakan mudah difahami mcm org seperti aku ni yg agak sederhana penguasaan BI ye. Klas buku ni 153.69 Ha , cari kt rak dewasa BI .

Serba sedikit ttg buku ni , kita akan mempelajari ttg ilmu body language (bahasa tubuh) contoh  Happy smile n Business smile. Nk tahu lebih lanjut baca la buku ini , baca jgn tak baca.

Senyum sikit :-)

Cite Soffi


Alkisah si anak dara aku, dah minta tido sendiri , jd aku n my huby pun bertungkus lumus menyediakan bilik yg diilhamkan sendiri oleh anak dara kami. Soffi minta huby cat bilik warna ungu , katil warna pink. Bukan main lg dia punye citarasa.  Mlm td tryla suruh dia tido kt bilik baru huhuhu tgh mlm dia minta nk tido dgn ummi hahahah soffi soffi, ade aje cerite ye  

Selasa, 9 Februari 2010

17 Februari 2010

Dalam debaran , aku sedang menunggu kepastian ye. Bg rakan2 yg telah dapat surat , aku doakan kalian semua success . Aku di sini sedang menanti jawapan yg pasti .

Posmen oh posmen ... bila posmen lalu aje aku akan merasa debaran yew , apa2 pun senyum sikit :-)

Pada bos aku, jika terbaca kisah aku yg ini , mohon doa agar aku akn menjd anak buah ye yg success sll. Ok bos, sedia berkhidmat.

Aisyah Ummul Mukminin



Rasanya dah lama aku tak berkongsi ttg buku. Hr ni nk kongsi sikit ttg buku ni. Boleh dipinjam di perpustakaan , klas buku ini 297.642 An. Cari di bahagian dewasa rak agama. Bagus tau buku ni , ramai dah pinjam n baca buku ni. Selamat membaca.

Hadiah utk diri


8 thn berlalu... 
Hadiah ulangtahun utk diriku. Alhamdullilah.
Hadiah 1 lg belum sampai ketanganku huby nk bagi laptop , terharu ye...

Isnin, 8 Februari 2010

Tudung DIY (awning)



Aku tgh dok pening sapalah sudi nak ajar aku buat tudung mcm gambo kt atas tu ... kalu boleh ajar offline sbb belajo online tak pandai2, minta2 adalah lah sok kursus buat tudung ni kat Kolej Komuniti, akulah org pertama mendaftar.

Senyum sikit :-)

Kebahagiaan Ini


Sekadar berkongsi kebahagiaanku dulu tika menjadi raja sehari. 8 thn telah berlalu...

Sulaman Manik



Sabtu lepas, aku n faizah mengambil kursus jangka pendek sulaman manik kat   Kolej Komuniti Sabak Bernam. Mmg aku minat sgt dgn manik ni. Thn lepas kira ye baju aku n soffi semua ade sulaman manik, pn yana yg tolong buatkn.

Raya thn ni, Insya Allah aku akan cuba buat sendiri. Usaha kan tangga kejayaan. Ni tgh dok nk menempah manik2 kt pn yana. Mungkin juga aku boleh mengambil tempahan rakan terdekat duluw bagi corak sulaman manik yg simple.  

Bagi aku walaupun sesetengah org berpendapat keje menyulam manik nampak remeh ,  tp  pada yg berminat ianya akan menjd mudah ,  sambil kita menyulam kita boleh berzikir . Betul tak ? Dua2 dpt , dunia dan akhirat. Moga aku akan success dlm bidang ini. Amin

Tukang Besi



Ini kisah abahku yg tercinta.

Selepas umo abah 55 thn abah secara rasmi ye menceburi bidang yg sebati dgn jiwa ye iaitu bekebun dan mjd tukang besi. Abah aku yg sorang ni mmg keje dia dari muda sampai pencen dlm bidang welding. Akhirnya mmg minat yg membara abah buka bengkel Wak Amad Tukang Besi , mengambil tempahan membuat gril tingkap , pintu dan pagar. Pada sesiapa yg berminat nak menempah boleh terus berurusan dengan abah aku no hp 013-2999850. Setiap tempahan dikenakan deposit (bukan apa , utk langkah keselamatan) pada siapa yg berminat bolehlah tempah. Sebelum itu abah mengambil tempahan sekitar Klang saja.

Sebagai anak yg pernah melihat setiap titisan peluh seorang abah, aku senantiasa mendoakan abah senantiasa sihat dan dimurahkan rezeki. Berbahagia abah dan emak dunia dan akhirat.Amin

Jubah Abaya


Tgh dok posing pakai baju jubah abaya beli dari wir, mekacih wir
Rasa ye makin tinggi pulak, senang aku nk kutip buku atas rak huhuhu
rupa ye aku ni tinggi jugak yo

Jumaat, 5 Februari 2010

kisah aku dan warna pelangi


Pagi tadi sewaktu memandu kete utk ke tpt keje, terpandang pelangi yg indah didada langit, cantik ye, suka tgk pelangi, tetiba teringat duluw2 waktu aku di tingkatan 2, cikgu sains aku memberi tip cara bagaimana kita boleh mengingati fakta sains cth mcm warna pelangi mengikut turutan warna yg betul. Pernah belajar tak, bagaimana cara mudah utk mengingat. Terima kasih pada cikgu sains aku Pn Mariani sbb beliau byk memberi tunjuk ajar dan tip2 berguna kepadaku dan rakan2, cikguku ini manis org ye.   Alhamdullilah aku mendapat pangkat creadit dlm SPM bg mata pelajaran sains , bangga ye.

Ok, sebelum aku berikan tip mcm mana cara mudah nk ingat warna pelangi ini , mohon maaf bebanyak ye , tiada niat apa2 pun jua utk mengaibkan sapa2, ini adalah tip bagaimana aku dari mula mengenal 7 warna pelangi , hingga sekarang aku masih boleh menghafalnya dan mengingati dengan mudah.

Tip ye ialah kita ingat sesuatu dengan perkataan yg kelakar, contoh ye.

Warna Pelangi
Merah, Jingga , Kuning , Hijau , Biru , Indigo dan Ungu

kita buat huruf2 di depan itu satu ayat yang mudah dan rasa2 kelakar, contoh:-

Mak Janda Kahwin Hujung Bulan Ini Untung

cara bagaimana membina ayat itu terpulang pada setiap individu bg aku inilah ayat senang utk aku mudah mengingatnya, sampai sekarang pun org mmg tak boleh tipu aku warna2 pelangi sbb mmg aku senantiasa ingat.

Itulah tip yg aku pegang dan ingin kongsikan bersama, tiada niat utk mengaibkan tp sesuatu yg boleh membawa manfaat utk mudah kita mengingat.

Berkongsi Ilmu itukan lebih baik drpd kita simpan utk diri kita sendiri.

Selamat mencuba 

P/S Aku sekadar berkongsi Ilmu yg ada pada diriku yg kerdil ini.




03 Februari 2002 (2010)












Selamat Ulang Tahun Perkahwinan yg Ke 8 Tahun

Alhamdullilah

Bersyukur kepada Allah SWT yang melimpahkan rahmat dan kasih sayang NYA buat diriku ini dan untuk keluargaku tercinta.

Semoga rumahtanggaku berkekalan hingga ke alam abadi , Insya Allah.

Ya Allah cintaku yg satu adalah milik Mu Ya Allah, krn aku adalah hamba Mu.

Semoga kasih sayang aku dan  suamiku senantiasa mendapat keberkatan dari Allah SWT yang Maha Esa. AMIN.