Khamis, 24 Mei 2012

Aku Ada Kamu Ada

Letih ... Aku Ada rasa itu , kamu jua pasti Ada dengan rasa itu ... Berdiam itu lebih baik Dari berkata-kata ... Aku terasa terlalu ingin pergi jauh meninggalkan semua kisahku Kerana kisahku ini bukan apa-apa bagi kamu ... Aku ingin pergi !!! Jika itu membuat kamu lebih menghargai kisahku ... Aku insan yg punya jiwa Dan hati ...

Ahad, 20 Mei 2012

Maafkan aku

Maafkan aku kerna aku ini insan yg tidak sempurna. Ada kala aku melakukan kesilapan tanpa aku sedari. Maafkan aku ... Jika kamu terasa ... Sesungguhnya tiada niat dihati ini untuk menyakiti hatimu ... Maafkan aku ...

Jumaat, 11 Mei 2012

Hidup

Hidup ini seperti apa yg kita inginkan ...

Dalam kisahku , banyak yg aku inginkan dalam kehidupan. Antara keinginan aku sekarang ini adalah aku ingin anak kembar lelaki dan aku ingin sambung belajar.

Kita mmg akan senantiasa memikirkan dan berusaha ke arah mana yg kita inginkan. Tetapi kadang kala keinginan kita akan ada ketetapan yg telah ditakdirkan untuk diri kita.

Bagi aku hidup ini umpama meniti jambatan yang sangat halus kerna kita tidak pernah tahu apa yg akan terjadi di masa hadapan , sebagaimana kita tidak tahu bila ajal kita akan menjemput kita pulang ke alam abadi.

Setiap insan berhak hidup dgn keinginan pilihan masing-masing ... tetapi kadang kala hak ini bukan milik kita sepenuhnya , kadang kala kita hidup dgn memikirkan keinginan insan yg lebih berhak ke atas diri kita. Terutamanya kedua ibubapa kita. Bila mana ibu dan bapa kita mmg teringin melihat kita masuk universiti tetapi pada masa itu kesempitan hidup membuat kita tidak mampu memenuhi keinginan itu maka keinginan kedua ibubapa kita tak akan luntur dari jiwa kita. Maka sebagai anak kita harus berusaha walaupun mgkn skrg kita telah berumahtangga, itulah namanya cabaran. Bila keinginan ibubapa kita terlaksana , sebagai anak kita akan berbangga kerna itu adalah sebagai tanda bahawa mmg kita cinta pada mereka.

Aku hidup seperti mana yg aku inginkan ... cuma ... aku juga ingin hidup seperti apa yg dia inginkan...


Dia adalah ...  mereka yg bertahta dihatiku dan kamu adalah sahabatku.

Jika pohon ini hanya ada sehelai daun ...bayangkan dan fikirkan, adakah pokok ini akan indah untuk dipandang mata ??? 

Untuk apa dan mengapa pokok ini perlu punya banyak daun  ???.
Adakah mata yg memandang itu memberi manfaat pada hidupnya ???

Hidup ini mmg banyak persoalan yg rumit-rumit tp kadang kala sedikit dari masa yg ada dlm hidup kita , kita akan memikirkan keinginan-keinginan yg datang bukan dari keinginan hidup kita sendiri. Mungkin kita tidak kisah tapi sudah tentu ada sebab kenapa keinginan mereka perlu kita fikirkan.

Aku teringin ... apa yg kamu inginkan dalam kehidupan kamu.






Khamis, 10 Mei 2012

Di sini ...

Insya Allah , di sini sebuah permulaan baru dalam kisahku ...
Bertekad dgn keazaman yg tidak pernah luntur dijiwa ...
Semoga Allah SWT , mempermudahkan segala urusanku , Amin.

Aku BOLEH !!! ...


Rabu, 9 Mei 2012

Adoiii...


Hari nie kesihatan gigi agak ada kureng sikit ... masa makan tengah hari td tetiba aje ada gigi aku yg meragam . Org kata ... kalu sakit gigi nie , mood ada baran sikit huhuhu

Hai lah gigi , bertambah sihat lah kamu , malas polak rasanya nk pergi jumpa doktor. Sah-sah nanti kamu kene cabut ... sihat-sihatkan dirimu.

Gigi yang sihat pastinya senyum pon ada manisss jugak hehehe ...


Selasa, 8 Mei 2012

Belajar

Tahniah buat En Jamsari kerna telah berjaya menamatkan pegajiannya ... sebagai isteri , perasaan aku ... sudah semestinya gembira .


Bila tengok suami dan anak-anak buah berjaya dalam pengajian masing-masing , aku terfikir jugak , aku nie bila lagi nak sambung belajar  ... jeles taw huhuhu ...

Ya Allah , permudahkan lah urusan hamba Mu ini , semoga aku diberi kekuatan untuk menyambung pelajaran. Insya Allah , sedang mempertimbangkan untuk menyambung pengajian dalam bidang maklumat, tapi biarlah rahsia duluw yew. Dah pasti baru aku masukkan n3 dlm blog kesayangan aku nie.

Kuatkan semangat ... bulatkan tekad dihati ... aku ingin berjaya ...
 Doakan aku  ... Amin.






Isnin, 7 Mei 2012

Jodoh






Berkisah tentang jodoh ...

Tarik nafas panjang-panjang ... lepasss .

Jodoh !!! tak tahu nak mula dari mana ... memang untuk adik-adik aku selalu bagitau kat dia orang , kalu nk cari calon suami @ isteri yang penting , tanya tentang solat , sempurna tak 5 kali sehari. Memang penting sbb solat 5 waktu itu WAJIB.

Dulu ... seperti kata-kata di atas . Mmg kadang-kadang kita berkawan dgn seseorang dalam tempoh yg lama tapi akhirnya mengambil keputusan untuk memilih jalan hidup masing-masing . Luka tu mmg lah luka tapi nk buat macam mana , dah jodoh takde maka kenelah redha ... setiap apa yg terjadi pasti ada sebabnya. Dia tidak dilahirkan untuk menjadi pasangan kita tetapi menjadi kenangan kita. Doakan yg terbaik untuk dia , moga kita dan dia berbahagia bersama pasangan masing-masing. Mana tahu , berjodoh untuk berbesan polak huhuhu ...

Jodoh vs Usia

Kita tak tahu bila kita akan bertemu jodoh ...


Kadang-kadang kita ingin melihat teman kita bertemu jodoh. Kita juga ingin teman kita merasa manis pahit perjalanan sebuah perkahwinan itu. Kita rasa bahagia bila teman kita bertemu jodoh.

Semoga teman-teman aku semua akan bertemu jodoh . Amin.






Comel kan gambar kucing nie ...

Sebuah perkahwinan ... ada manis ada pahit. Bila memikirkannya memang gerun lah ... tapi kan yg pahit selalu org kata ubat. Kalu manis aje nanti kene diabetis hehehe ...

Apa-apa pon terpulang pada setiap insan ... perjalanan kisah hidup kita berbeza-beza ... pilihlah yg terbaik untuk jodoh kita kerana kita akan bersamanya sepanjang hayat kita , Insya Allah.


Rabu, 2 Mei 2012

Sukan




Hari nie saja aje nk tayang gambar anak hehehe ... gambar nie diambil waktu Soffi menyertai perbarisan di sukan sekolahnya .

Soffi jd si gadis yg pegang bunga manggar , siap pakai mahkota lagi ...

Ummi ... apa lagi , senyum memanjang aje lah ...