Jumaat, 27 Mei 2016

Doa

- اللَّهُمَّ اجْعَلْ لِي سَهْمًا وَافِرًا فِي كُلِّ حَسَنَةٍ أَنْزَلْتَهَا مِنَ السَّمَاءِ إِلَى اْلأَرْضِ فِي هَذَا اليَوْمِ, وَاصْرِفْ عَنِّي كُلَّ مُصِيْبَةٍ أَنْزَلْتَهَا مِنَ السَّمَاءِ إِلَى اْلأَرْضِ فِي هَذَا اليَوْمِ, وَعَافِنِي مِنْ طَلَبِ مَا لَمْ تُقَدِّرْ لِي مِنْ رِزْقٍ, وَمَا قَدَّرْتَ لِي مِنْ رِزْقٍ فَسُقْهُ إِلَيَّ فِي يُسْرٍ مِنْكَ وَعَافِيَةٍ آمِيْنَ

Ya Allah jadikanlah buatku bagian yang banyak dalam setiap kebaikan yang Engkau turunkan dari langit ke bumi pada hari ini, dan palingkan dariku setiap musibah (keburukan) yang Engkau turunkan pada hari ini dari langit ke bumi, dan afiatkanlah (hindarkanlah) aku dari pencarian rezeki yang tidak Engkau takdirkan untukku, tetapi rezeki yang Engkau takdirkan untukku, kirimkanlah kepadaku dalam kemudahan dan afiat.

.أٰمِيْنََْ يَارَبَّ العَـــالَمِي


Rabu, 25 Mei 2016

Ajaibnya Aura Warna


Alhamdulillah, hari ini hari rabu, aku pakai baju warna biru. Dalam hati kristal ada nyaman gituw. Oklah, tak nak berkisah panjang-panjang, jom baca panduan warna pakaian kat atas tuw.

Isnin, 23 Mei 2016

Cintanya tanpa syarat



Ketika Allah menciptakan wanita, malaikat datang dan bertanya, "Mengapa begitu lama engkau menciptakan wanita, Ya Allah ???" Allah menjawab: "Sudahkah engkau melihat dgn teliti setiap apa yang telah aku ciptakan untuk wanita?" Lihatlah dua tangannya mampu menjaga banyak anak pada saat bersamaan, punya pelukan yang dapat menyembuhkan sakit hati dan kerisauan, dan semua itu hanya dengan dua tangan". Malaikat menjawab dgn takjub, "Hanya dengan dua tangan? tidak mungkin!" Allah menjawab,"Tidakkah kau tahu, dia juga mampu menyembuhkan dirinya sendiri dan boleh bekerja 18 jam sehari". Malaikat mendekati dan mengamati wanita tersebut dan bertanya, "Ya Allah, kenapa wanita terlihat begitu lelah dan rapuh seolah-olah terlalu banyak beban baginya?" Allah menjawab,"Itu tidak seperti apa yang kau bayangkan, itu adalah air mata." "Untuk apa???", tanya malaikat. Allah melanjutkan, "Air mata adalah salah satu cara dia menunjukkan kegembiraan, kerisauan, cinta, kesepian, penderitaan, dan kebanggaan, serta wanita ini mempunyai kekuatan mempesona lelaki,ini hanya beberapa kemampuan yang dimiliki oleh wanita. Wanita dapat mengatasi beban lebih baik daripada lelaki, dia mampu menyimpan kebahagiaan dan pendapatnya sendiri, Dia mampu tersenyum ketika hatinya menjerit kesedihan,mampu menyanyi ketika menangis, menangis saat terharu, bahkan tertawa ketika ketakutan. Dia berkorban demi orang yang dicintainya, Dia mampu berdiri melawan ketidakadilan, Dia menangis saat melihat anaknya adalah pemenang, Dia gembira dan bersorak saat kawannya tertawa bahagia, Dia begitu bahagia mendengar suara kelahiran. Dia begitu bersedih mendengar berita kesakitan dan kematian, Tapi dia mampu mengatasinya. Dia tahu bahwa sebuah ciuman dan pelukan dapat menyembuhkan luka. Allah S.W.T berfirman: "Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia, namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan." "Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya. " "Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh." "Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya." "Aku memberinya kekuatan untuk menyokong suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya." "Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu." "Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan." "Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk tubuh yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya. Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat dimana cinta itu ada." "CINTANYA TANPA SYARAT".

Alhamdulillah, aku wanita dan inilah Kisahku

Selangor Job Fair 2016


Jom datang beramai-ramai ... moga pembaca blog kisahku dipermudahkan dan dilancarkan segala urusan. Insya Allah. Aamiin.

Cinta Jiwa







Biar gambar berbicara ...

Jumaat, 20 Mei 2016

Aku yang Ajaib


💗 ADAKALANYA, jalan di hadapan kelihatan SAMAR kerana kabus tebal menghalang pandangan..
Lalu kita pun BIMBANG meneruskan perjalanan kerana TIDAK TAHU apa yang sedang menanti sebaliknya..
Hakikatnya, kita memang tidak pernah tahu apa yang sedang MENANTI kita..
Namun YAKINLAH, indah atau tidak pasti ada KEBAIKAN dalam keduanya..
Allah hanya memberikan yang TERBAIK kepada hamba2Nya..
SALAM JUMA'AT MUBARAKA   


Ini lah kisahku, memilih untuk kebahagiaan bukan lagi kedukaan kerna aku punya kuasa untuk memilih.

Comel tak hehehe ... gambar terbaru lagi taw, pagi ini. Hot gituw ...cdc

Selasa, 17 Mei 2016

Tuah Kisahku


Bismillah.
Alhamdulillah, hari ini aku menjadi lebih hebat daripada semalam.
Aku bijak. Kebijaksanaanku meningkat setiap hari.
Aku kaya. Kekayaanku meningkat setiap hari.
Aku tenang. Ketenanganku meningkat setiap hari.
Aku fokus. Fokusku semakin meningkat setiap hari.
Aku sihat. Kesihatanku semakin baik setiap hari.
Aku tak tahu bagaimana aku tahu dan aku lakukan tetapi aku berjaya capai tiap impianku dengan sangat mudah, cepat, bijak dan gembiranya.
Alhamdulillah ya Syakur. Terima kasih ya Allah.
Nukilan Walid

 Bersama pengasas Aura Rezeki , JM Mis Wan . Aurai Jiwammu ... Kisahku.


Sabtu, 14 Mei 2016

Kebaikan yang luar biasa


Jam tawaf Al-Isra

Ini adalah impian saya bagi bulan Mei/Jun 2016. Saya MESTI ada satu koleksi dari jam keluaran Jam Tawaf Al-Isra ~HQ.

Cantik kan, minat sangat. Lama sudah aku mencari jam yang sesuai dengan jiwa. Semenjak setia dengan mandian Aura Rezeki ini memang senantiasa dekat dengan rezeki.

Alhamdulillah.

Jumaat, 13 Mei 2016

7 yang HEBAT


Nombor asas adalah 7.
Elemen anda adalah AIR


Individu yang bernombor 7 (tujuh) ini adalah ”Pencari” . Seorang yang terlampau suka berfikir dan cenderung untuk mengkaji diri sendiri. Anda akan menyelidik sesuatu perkara dengan mendalam untuk mengetahui sebab musabab ianya berlaku.

Ada kekuatan “6th Sense”. Sukakan “originality”. Merupakan pemikir, sukakan kedamaian, sukakan ketenangan, suka kesempurnaan dan penganalisa yang hanya akan menerima sesuatu berdasarkan fakta. Sukar untuk menerima sesuatu dengan mudah.
Penuh dengan belas kasihan, penuh dengan sifat membantu, punya minda yang baik dan mampu untuk mengumpulkan pengetahuan dari semua bidang.

Yang tak bestnya, anda adalah seorang yang “sensitif”, “berangin” dan suka “berahsia” yang tidak membantu imej anda secara luaran. Orang menganggap anda adalah seorang yang tidak mempunyai perasaan (cold) dan ini menyebabkan anda tidak mudah untuk menjalinkan perhubungan taupun persahabatan. Anda boleh bertindak kejam jika anda berada dalam mood yang salah.



Sejujurnya saya memang sedang "Mencari " dan menkaji tentang diri saya sendiri. Sedang belajar mendekati dan mendalami ilmu metafizik dan Aura. Minat meneroka keajaiban ciptaan Tuhan. Ini lah Kisahku.

Sedang berusaha dengan gigihnya untuk menguasai kuasa P E R C A Y A . 7 abjad kan ... sangat hebat no 7 kan. Ok , senyum sikit. Tak payah lah serius sangat. Jumpa lagi ...

Kuasa PERCAYA



Alhamdulillah, impian 2016 telah tertunai pada hari ini. Syukur kepada Allah yang Maha Esa.

Khamis, 12 Mei 2016

Ayam kentang cili ijo



Air tangan Kisahku ... menu berbuka semalam. Alhamdulillah, sedap hehehe. Puji diri sendiri lah. Sapa lagi nak pujikan...





Kisahku hari ini. Bershawl ungu... made by Raihan Ahmad. Cantik berAura dengan mandian garam Aura Rezeki. Senantiasa bersemangat dan tenang sahaja. Syukur.

Rabu, 11 Mei 2016

JOM KENALI WANGIAN KESUKAAN ANDA


1. ABSOLUTE atau esen haruman. Material aromatik terkuat yg diekstrak daripada bunga atau tumbuhan.
• 2. ACCORD iaitu campuran 1 atau lebih wangian utk menghasilkan bau baru yg lebih lengkap dan berlainan.
• 3. ALDEHYDES adalah komponen organik yg dihasilkan menerusi material semulajadi. Boleh juga diperolehi secara sintesis.
• 4. AQUEOUS pula merujuk kepada haruman yg berkonsepkan aroma 'air'.
• 5. ATTAR iaitu apa sahaja minyak pati haruman yg disuling daripada bunga.
• 6. BASE NOTE atau nota asas iaitu fasa ketiga atau terakhir dalam penyejatan minyak wangi atau haruman yg tertinggal pada kulit.
• 7. BALSAMIC iaitu nota mewah,manis dan hangat yg dihasilkan menggunakan balsam dan damar dan dikategorikan sebagai haruman oriental.
• 8. BOUQUET adalah campuran lebih daripada satu nota bunga-bungaan.
• 9. CAMPHORACEOUS adalah karekter yg segar,bersih dan dingin yg terbina daripada kayu putih dan turut dihuraikan oleh rosemary dan nota herbal yg lain.
• 10. CHYPRE disebut sebagai 'sheepra' dan dalam bahasa Perancis,Cyprus. Dikaitkan dengan bau woody,mossy dan earthy.
• 11. CITRUS adalah nota haruman yg segar dan masam daripada lemon,oren,limau gedang dan bergamot.
• 12. EAU DE COLOGNE adalah dari larutan yg mengandungi kira2 tiga peratus komponen dalam alkohol/water base. Lebih ringan berbandingminyak wangi.
• 13. EAU DE PARFUM adalah larutan minyak wangi alkaholik yg mengandungi 10-16 peratus komponen pewangi.
• 14.EAU DE TOILETTE merupakan larutan minyak wangi berasaskan air/alkohol yg mengandungi tiga ke lapan peratus komponen pewangi sahaja.
• 15. ESSENTIAL OIL merupakan minyak pati yg mempunyai kepekatan wangian yg tinggi daripada tumbuhan yg diperolehi menerusi kaedah penyulingan.
• 16. EXTRAIT adalah ekstrak atau nama lainnya pewangi alkaholik yg mengandungi 15- 45 peratus komponen minyak wangi di dalam alkohol.
• 17. PERFUME (EXTRAIT) merupakan haruman berkepekatan paling tinggi dan tahan lebih lama dan mengandungi 20-50 peratus komponen wangian.
• 18. TOP NOTE adalah merupakan nota asas yg pertama akan dibau sebaik minyak wangi disemburkan pada kulit. Biasanya ia bahan yg paling mudah berubah.
• 19. SPICY adalah salah satu jenis nota haruman yg pedas dan hangat seperti minyak cengkih,kayu manis dan thyme.
• 20. WOODY terdiri daripada bau kayu-kayan kering yg segar dan menjadi salah satu bahan utama untuk menghasilkan wangian.

sumber : facebook

SEMINAR QUANTUM AURA




Bersama JM Wan , pengasas produk Aura Rezeki. Mentor aku dalam dunia Aura.

Tarikh 

16, 17 dan 18 Julai (3 hari berturut2)
Lokasi sekitar Bangi/Putrajaya


Pagi tadi dapat mesej di group whatsapp Aura Rezeki. Nak sangat pergi seminar ini. Ya Allah, permudahkan dan lancarkan segala kisah-kisahku. Moga suami beri keizinan dan redha. Aamiin.

Aku MESTI pergi !!!

Selasa, 10 Mei 2016

Ajaibnya Aura





Alhamdulillah, melalui fasa-fasa kisahku yang sangat indah. Setelah melalui kisah-kisah kedukaan hampir 3 tahun.

Penawar atau ubat kepada kedukaan adalah diri kita sendiri. Hari ini aku memilih untuk melepaskan segala-galanya. Aku menemui cinta yang baru. Cinta yang membuat diriku senantiasa segar. Sangat terasa nyaman kisahku kini.

Cinta jiwa ... terima kasih Allah. Di atas anugerah ini. Kini aku tahu , apa yang perlu aku fokuskan. Cinta kisahku sangat indah. Hidup ini adalah satu anugerah terindah.

Terima kasih buat cinta-cinta jiwaku... Love you so much.







Khas buat sahabatku 'beb'

Beb, aku tahu kamu puas memberi nasihat kepada diri ini, namun aku selalu abaikan. Kamu pinta aku untuk tumbuhkan hati berbentuk bintang. Kamu pinta aku lepaskan bara api itu. Namun aku lah sabahatmu yang sangat degil.

Beb, hari ini air mata aku tumpah sewaktu sujud dhuhaku. Aku lepaskan segala-galanya beb. Aku lepaskan bara api itu beb. Allah sahaja yang tahu betapa nyamannya hati kirstal aku kini. Aku kini bahagia beb. Terima kasih beb, sebab kamu senantiasa ada saat duka dan tawa ku. Aku berdoa agar kamu sahabat yang akan menjadi jiran aku di syurga nanti. Insya Allah, Aamiin.



Jiwai Aura mu ... Kisahku

Isnin, 9 Mei 2016

Hatiku seindah kristal


Tak nak cakap apa-apa hehehe ... Tumbuhnya hatiku yang baru adalah seindah kristal. Hebatkan, hikmah disebalik kehancuran hatiku yang lalu.

Hidup ini satu pilihan kan. Aku sangat bahagia sekarang. Alhamdulillah.



Indahkan ... Kisahku memang indah.



Bersama adik kesayanganku, dia sahabat baikku.

Jumaat, 6 Mei 2016

Keropok Ori Terengganu Ikan Tamban



Terbaik dari Terengganu. Memang ranggup dan sedap. Aku bawakan dari Terengganu hehehe... berjodohan dengan orang Terengganu nampak gaya yew. Jodoh sahabat bisnes. 

Alhamdulillah ...

Rabu, 4 Mei 2016

Butik Aura Kecantikan Raihan Ahmad







Impian dan matlamat kisahku ... Berdoa agar diberi rezeki untuk memiliki sebuah butik aura kecantikan. Matlamat umur 45-50 MESTI ada.

Kenapa memilih butik aura kecantikan. Sebab aku sendiri sudah menggunakan dan selesa dengan produk aura rezeki ini. Memang luar biasa.

Nak buat butik aura kecantikan Raihan Ahmad di rumah sahaja. Senang, tak payah fikir tentang sewa hehehe ... kurang belanja. Lepas itu, nak buat ruangan perpustakaan mini. Wah, sangat best. Itulah , Kuasa bayangan.

Doakan agar segala impian dan matlamat kisahku termakbul. Insya Allah, Aamiin.

Berani berimpian dan senantiasa berusaha dengan GIGIH.

Selasa, 3 Mei 2016

Aura Terapi Collagen


Khasiat:

Sakit Kepala, Sengal-Sengal Otot, Mengantuk, Mabuk Dalam Perjalanan, Merawat Gigitan Serangga, Baik Untuk Kanak-Kanak ( Selsema Dan Kembung Perut ) Meredakan Stress.

Bahan-Bahan:
40.00%   Water Oasis
20.00%   Good Cream
5.00%     Collagen
5.00%     Cocoanut Oil 
5.00%     Salt Hill
5.00%     Tea Three Oil Menthol
5.00%     Menthol Nutmeg Oil
5.00%     Nutmeg Oil


Aku suka guna, memang nyaman sahaja apabila digunakan. Hanya untuk kegunaan luar sahaja. Best...

Ayam bakor homemade





Alhamdulillah, aktiviti kekeluargaan sempena cuti panjang hari pekerja. Kita bakor ayam dan makan ramai-ramai, memang thorbaikkk hehehe ... sedap.

Resepi ayam bakor sedap, harus membakor ramai-ramai ... pasti makan sambil tersenyum riang gituw.

Inilah kisahku.