Rabu, 29 Disember 2010

Tegarkah aku ???

Sambil-sambil bertugas di kaunter , borak-borak lah dgn jiran sebelah http://www.ambarkesturi.blogspot.com/ . Tetiba tertanya berapa jumlah hasil menulis di blog tahun ni.

Ewah ... aku dengan bangga yew pon menjawab , dah 200 lebih n3 lah ... jadi skrg nie aku tgh dok senyum lah

Rajin betul aku menulis , tahun depan target 300 lebih n3. Boleh kah ?
Ini boleh dikategorikan Azam 2011 nie

Ahad, 26 Disember 2010

Klik-klik kisah soffi









Sweet memori sepanjang cuti sekolah soffi 2010. Berjaya akhirnya , Alhamdullilah.

(^_~) cikgu azura minta izin ambk gambo letak kt sini yew. Sayang cikgu selalu.

Sabtu, 25 Disember 2010

Kenduri Kahwin




Selagi tak habis cuti sekolah ini lah aktiviti kami sekeluarga. Sabtu ni pergi kenduri kahwin , sabtu depan 01/01/11 Insya Allah nk pergi majlis pertunangan Acik Yuyu.

Tema kami hari ni Ungu dan Kelabu. Tema majlis kahwin tu polak warna pink hehehe... tak kisah lah , apa-apa ajelah (^_~)

Ungu n Kelabu (^_^)

Jumaat, 24 Disember 2010

Merah Jambu vs Pink

 Soffi dgn beg sekolah sesi 2011. Warna Pink

 Botol air, botol susu dan bekas simpan susu ... pink jgk

Hah! yg ini ummi punye netbook... warna hijau (^_~)

Entah lah anak dara aku sorang tuw. Bila beli barang ke , pakaian ke , kasut ke , semua nk warna pink. Aku ni polak mmg tak suka warna pink. Tp sbb udah minat anak kn jd ikutkan saje lah. Apa yg penting anak gembira.

Masa buat persiapan utk menyambut kelahiran Soffi duluw mmg tema warna hijau. Semua hijau hehehe... tp nape Soffi tak berape minat warna hijau yew. Ni mesti terikut acik anGah dia lah ni. Pink Pink Pink ... entah lah...(^_~)  

Hari ni aku bercuti maka byk urusan rasmi kene buat. Dah pergi sekolah daftar kn anak buah, lps tu pergi bank Maybank, bwk mil beli brg , huby order brg ... adoiii (^_~) petang ni nk gi library ambk brg aku. Hah! malam ni kalu rajin aku nk tayang apew yg aku beli kat bolg http://sweetcraft-ainraihan.blogspot.com/ sudi-sudi lah bertandang yew.

Ok... time to rest (^ _^) seronok yew bercuti.

Khamis, 23 Disember 2010

Kisah Sijil


Alhamdullilah, akhirnya mysweet Soffi telah berjaya mengikuti kelas insentif musin cuti sekolah 2010. Mmg seronok bila Soffi dah mula boleh membaca.

Pak Sedara Soffi ada jgk tanya nape lah budak umo 4 thn dh di hantar tuisyen. Apa aku jawab. Aku jawab ... biar lah rahsia (^_ ^).

Sesungguhnya sangat berat tanggungjawab sebagai ibu. Anak itu amanah Allah SWT yg sgt bernilai. Aku tak punya harta tp Ilmu yg bermanfaat itu adalah harta yg bernilai.

Ya Allah, semoga Ain Nur Soffiyyah akan menjadi hamba Mu dan Umat Nabi Muhammad SAW yg terbaik di dunia dan di akhirat. Semoga Syurga adalah tempat abadinya. AMIN.

Penilaian Blog

Nilai blog kisahku ( Tp bukan utk dijual yew)


Alhamdullilah. (^_^)

Ada kisah tersendiri bagaimana tercetus yew idea utk memberikn nama blog aku dgn nama kisahku. Bagi aku setiap manusia punye kisah-kisah hidup tersendiri. Dalam blog kisahku ... ini lah kisahku sepanjang hidupku bermusafir di bumi Allah SWT ini.

Aku yang punya kisah hidup ku (^ _^) mula ------------------------------------------akhir

Selasa, 21 Disember 2010

Aku budak sastera (1994-1995)

(gambar kredit dari en google)

Ini adalah novel pertama yg aku baca. Rasa aku masa tu aku darjah 4 atau 6. Aku pon tak ingat bila aku mula-mula baca novel ni. Novel senjakala ni sgt menyentuh hati. Pengorbanan seorg ayah kpd anaknya yg sakit dan anaknya itu menghidapi menyakit di mana tak punya waktu yg lama utk hidup. Bila aku baca novel ni terasa aku berada di sana. Sampai skrg aku masih ingat perasaan sayu aku bila baca novel itu.

Seingat aku, skrg nk cari novel ni susah kot. Kt perpustakaan aku pon takde novel ni. Kalu ade nk jgk aku baca sekali lagi. Seronok dan menyentuh jiwa.

Ahad, 19 Disember 2010

Di sini kisahku bermula


Sekeping gambar mengisahkan berjuta kisah-kisah aku.

Ada manis
.
.
.
.
.
v

Ada pahit
.
.
.
.
.
v

Ada masam
.
.
.
.
.
v

Ada tawar
.
.
.
.
.
v

Ada masin
.
.
.
.
.
v
v
v
Berjuta rasa di hati ini (^_~)
Senantiasa ada rindu di hati ini padanya kerna di situ tanah tumpah darahku.
I Love My Home Town So Much
Di situ kisahku bermula, Insya Allah di situ juga aku ingin akhiri kisahku
Hujan Emas di daerah org, Hujan batu di daerah sendiri
Meru jua tetap di hati

Sabtu, 18 Disember 2010

Penjenamaan semula

Alhamdullilah, setelah memikirkan tentang perkara ini beberapa hari . Akhirnya ini adalah keputusan aku. Dengan rasmi yew blog (^_ ^)
dan

(Dilancarkan)
(^_ ^)

Kedua-dua blog ini telah aku buat penjenamaan semula. Blog sweetcraft adalah blog manik aku duluw di mana blog ini mengisahkan tentang manik n aku. Tetapi setelah memikirkan lebih mendalam aku rasa aku ingin memperluaskan skop kemahiran aku dlm bidang menjahit ini. Maka di bawah sweetcraft ini nanti, Insya Allah aku akan membuat catatan-catatan craft yg lain dan tidak tertumpu pd jahitan sulaman manik sahaja.

Blog collectionmuslimah pula adalah kesinambungan dari blog hadiah online aku. Blog ini lebih mengisahkan tentang semua catatan-catatan berkaitan pakaian muslimah. Berkongsi bersama teman-teman apa yang sesuai dipakai oleh seorg muslimah.

Insya Allah, di masa terdekat ini aku akan mengisahkan lagi 2 perkara yg selalu dekat dgn kisah ku iaitu BUKU dan MASAKAN. Semoga mendapat sokongan dari semua teman-teman kisahku. Aku ingin sekali berkongsi minat aku dgn 2 blog khas untuk kedua-dua kisah ini.

Terima Kasih krn sudi berkongsi sedikit masa dari masa teman-teman aku untukmembaca catatan-catatan kisahku. Love U All (^_^)

Masa itu adalah Emas. Maka hargai selagi kita masih punya kisah hidup ini.

Jumaat, 17 Disember 2010

Basikal


Ada air mata bertamu di hati ini bila terpandang basikal tua itu. Banyak jasa yew kepada aku. Memberi kebahagiaan yg tak boleh aku cari ganti.

" Abah, cantik kan bulan kt langit tuw... bulan tuw bulat yew abah..." Alhamdullilah krn Allah SWT masih memberi pinjam abah n mak pada aku. Aku sendiri tak dpt gambarkan bila mana aku hidup tanpa mereka. Mereka lah yg aku cinta sejak aku mula mengenal erti kisah hidup ni. Cinta aku pada emak dan abah senantiasa subur di hati ini.

Menjadi hamba Allah yang Solehah itu adalah cita-cita aku yg tidak pernah pudar dalam genggaman kisahku.

I Love My ABAH dan MAK (^ _^)

Khamis, 16 Disember 2010

Hari ini dan semalam


Kisah semalam kadang kala membuat kn kita tersenyum dan kisah hari ini akan menjadi kisah semalam yg akan tercoret dalam kisah-kisah kita.

Semoga kita akan menjadi hamba Allah yg terbaik di dunia ini . Insya Allah. Amin.

Rabu, 15 Disember 2010

Tema Ungu , Pink Dan White

Ni contoh aje...yang betul-betul tunggu bonus keluar heheheh...

Gabungan 3 warna. Cantik kan ? Aku nak sponser hantaran kat teman mesra aku ... sapa ? Biar lah rahsia (^_~)

Selasa, 14 Disember 2010

Hati-hati


Cuti-cuti sekolah nie mesti ramai ibubapa bawa anak-anak bermandi manda. Mesti best kn kalu dah berjumpe air. Dalam kita bersuka ria , jgn lah sampai lupe keselamatan diri. Awasi anak-anak anda. (^_^)

Tengok gambar ni lawak kn , tp sgt bahaya sbb boleh membawa kpd kecederaan. Hai ikan, sgt cute bila tgk diri mu tersenyum (^_~)

Isnin, 13 Disember 2010

Putera Katak - tv3


Suka tengok...santai (^_~)

Teringin


Teringin nak baca novel ni, macam best aje, tp kt library takde huhuhu... nampak gaya kene beli sendiri lah ni. Boleh buat koleksi library peribadi aku kat rumah ni (^_~)



Impian


Setiap manusia mesti ada impian dalam kisah hidup yew.
Impian aku yg UTAMA dlm kisah hidup ku biarlah menjadi rahsia ku sendiri.

Teman-teman ada Impian tak? (^ _^)

Sabtu, 11 Disember 2010

Cuti Sekolah


Ini adalah sebahagian aktiviti yg kami jalankan sepanjang cuti sekolah. Idea ini dicetuskan oleh senior kami, kak Mis. Org lama ni memang byk idea yg bernas. Bagus kn, sambil membaca kita tuliskan serba sedikit ringkasan dari bahan bacaan kita tu. Berminat? Boleh cadangkan aktiviti ini di perpustakaan berdekatan teman2 hehehe...

Jumaat, 10 Disember 2010

Bangunan Baru


Teruja aku nak pergi tengok HQ baru aku. (^_~)
Skrg tenung gambar duluw lah yew, jadilah ...

Jom baca Novel

Novel ni baru terima dari HQ. Bukan takde keje tp stok bacaan di rumah. Keje kt library makin hari mcm bukit polak hehehe...maklum lah cuti sekolah. Bila cuti sekolah biasa yew library ni menjadi tumpuan kanak-kanak dan ibubapa sbb dari tak buat apa2 kt rumah baik pergi library kan. Ada jgk lah aktiviti anak-anak ni, membaca kan jambatan Ilmu. Sbg kakitangan yg bertugas di kaunter hadapan mestilah kene bagi contoh yg baik. Bila kita suruh org membaca , kita kene membaca duluw dari mereka. Kalu mereka membaca seminggu 1 buah buku, kami kene 5 buah buku seminggu. Ni boleh buat pertandingan ni. Sah-sah aku yg menang hehehe...

Rasa-rasa kalu teman2 baca novel dlm gambar tu berape hari yew boleh habis. Ada 647 muka surat. Aku? kalu tekun membaca , Insya Allah , 2 hari boleh selesai. Jom baca...(^ _~)

Rabu, 8 Disember 2010

Menu makan malam



Menu makan malam yang simple tapi sedap. Maklumlah kn huby n aku sama-sama dalam rumpun jawa's. Suke belacan (^_~) . Masak pon main campak-campak aje sbb jiwaku dh sampai Shah Alam, memikirkan taklimat esok. Seram sejuk sbb org2 besar yg bagi taklimat hehehe aku ni org tinggi aje. Layan gambar yew... nk taip byk2 pon jiwa tengah kacau huhuhu ... Nape lah bos aku cuti time org nk buat taklimat. Entah lerrr... redah aje lah nk buat mcm mana sudah tugas. Sabar aje aku. SENYUM sikit (^ _^)

Selasa, 7 Disember 2010

Salam Maal Hijrah 1432

Semoga kisahku senantiasa di bawah rahmat Allah SWT . Amin.
Pada teman-teman , tanamkan keazaman agar menjadi hamba Allah yg terbaik dari tahun-tahun yg telah ditinggalkan menjadi kisah-kisah semalam.
(^_ ^)

Khamis, 2 Disember 2010

Aiskrim (^_~)


Ni lah aiskrim kegemaran  zaman kanak-kanak riang ku. Dulu harga yew 5 sen sebatang. Dari 5 sen ke 10 sen dan sekarang 20 sen sebatang. Sedap ... hasil buatan makcik jiran rumah aku name yew Wak atie. Assalammualaikum wak ... No datang nk beli aiskrim seringgit. Makan bersama kawan-kawan sambil sembang-sembang. Oris besar sok nk jadi ape ? No nk jadi ape polak... No nk jd cikgu lah hehehe ...        (^ _^) Oris adalah teman yg paling rapat dgn aku. Dia sebaya n atuk dia n nenek aku adik beradik. Nama sebenarnya , biarlah rahsia hehehe...

Selasa, 30 November 2010

Makan Vs Diet



1 Opis tgh sembang n berangan2 nk berdiet. Aku polak sibuk update blog pasai makan. Tak tahan asyik dengar nk diet aje . Aku pong tayang lah menu yg sedap2 hehehe... membakar semangat mereka yg tgh berdiet...termasuk lah aku.  Menu kt atas menu org tgh berdiet ape. Hah! menu ni cara org2 lama berdiet tau. Slim aje mak n nenek aku duluw hehehe...apa macam ... petang ni balik umah masak yew ... sementara tu layan mata tgk gambar duluw yew...(^_~)

Mee Goreng Power

Air Tangan Anak Bonda ku... sedap hingga menjilat pinggan n sudu.
Nk suruh dia masak dia jauh kt Putrajaya , nk masak sendiri tak sama mcm dia masak...
Naseb naseb ... tgk gambar aje lah , jadi lah (^_~)

Isnin, 29 November 2010

Buai laju-laju (^_^)

 Buai laju-laju sampai pokok sena, apa dalam baju sekuntum bunga cina...
Idea taman mainan n kisah pujuk memujuk...alahai anak ummi.

Ini lah kisah si soffi. Hari ni minggu kedua soffi pergi kelas tuisyn yew. Keluar rumah pukul 8.15 pg walupon kelas mula pukul 9.00 pg. Beli kan soffi jajan n bwk pusing2 Sg Besar. Lps tu anta lah ke kelas yew. Alih-alih soffi tak nk turun siap pakej menangis lg. Wahai ummi idea apa lah ummi nk bg soffi pergi ke kelas tuisyen yew ni. Bila dh jd ummi ni kepala kene kreatif hehehe... Alhamdullilah, timbul idea. Ok soffi nk tak pergi taman mainan, kita main buai. Tp syarat yew tak boleh nangis pastu kene pergi kelas tuisyen. Ummi janji waktu rehat ummi datang tgk soffi. Mcm mana soffi terima ke syarat ummi. Soffi , boleh. 

Lega tak terkira. Moga Soffi rajin pergi kelas. Amin.

Ahad, 28 November 2010

Jodoh

Zarul dgn Nadiah

Insya Allah. Kalu ada jodoh tak ke mana ...
Acik mu ini mendoakan yg terbaik utk kamu berdua. Amin.

Sabtu, 27 November 2010

Menu diet...boleh ke?

 Sayur Bayam masak air

 Ikan kerisi goreng

 Sambal kicap

 Tempe goreng

Sepinggan nasi putih

Boleh ke menu diet macam nie... (^_~)
Menu ni untuk hujung minggu ku kalu tak pergi kenduri lah... Apa tunggu lagi , jom pergi pasar hehehe... selera orang jawa kata kn.

Jawatan Kosong


http://www.ppas.gov.my/v3/ sila klik di sini untuk melihat iklan jawatan kosong di PPAS.

BERITA TERKINI PPAS
--------------------------------------------------------------------------------
Jawatan Kosong Di PPAS

*Pembantu Perpustakaan S17
*Pembantu Am Pejabat N1
*Pekerja Am R1

Tarikh tutup permohonan :10 Disember 2010

(^_~) Pada teman-teman yg berminat boleh lah memohon jawatan yg diiklankn. Selamat mencuba dan berjaya.










Jumaat, 26 November 2010

Baca lah ...

Detik-detik Rasulullah SAW Menghadapi Sakaratul Maut

Ada sebuah kisah tentang cinta yang sebenar-benar cinta yang dicontohkan Allah melalui kehidupan Rasul-Nya.

Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap. Pagi itu, Rasulullah dengan suara terbatas memberikan kutbah,"Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya. Kuwariskan dua perkara pada kalian,Al Qur'an dan sunnahku.

Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku."

Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu. Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya. Usman menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam.

Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba. "Rasulullah akan meninggalkan kita semua,"keluh hati semua sahabat kala itu. Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya di dunia.Tanda-tanda itu semakin kuat,tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar.

Disaat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu. Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup. Sedang di dalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya. Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. "Bolehkah saya masuk?" tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, "Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.

Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, "Siapakah itu wahai anakku?" "Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya," tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang. "Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malakul maut," kata Rasulullah,Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya.


Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudian panggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.

"Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah. "Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu," kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan."Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi. "Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?" "Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril.


Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. "Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini." Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka."Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu."Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril. Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi."Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku."Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya."Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku, peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu." Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan."Ummatii, ummatii, ummatiii?" - "Umatku, umatku, umatku" Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi.



Betapa cintanya Rasulullah kepada kita. Kirimkan kepada sahabat-sahabat muslim lainnya agar timbul kesedaran untuk mencintai Allah dan RasulNya, seperti Allah dan Rasulnya mencintai kita. Kerana sesungguhnya selain daripada itu hanyalah fana belaka. Amin...

Bila aku membaca semua kisah ini buat hati aku sangat-sangat sayu... Semoga kekal cinta aku kepada Rasullah SAW. Moga aku menjadi hamba Allah dan umat Nabi Muhammad SAW yg terbaik. Amin.

3 Sahabat



Ini lah 3 sahabat yg menjadi pengunjung tetap kami tiap hari sabtu.
Tp mereka dah lama tak jumpe sejak Ijah demam, 2 Sofi tak dpt bertemu Ijah seperti dulu.
Moga Ijah cepat pulih dan boleh pergi library seperti duluw. Amin.

Hujan


Sungai Besar hari ini hujan. Alhamdullilah. Nyaman rasa yew. Teringat kisah lalu, bila hujan aje aku 3 beradik berlari-lari anak keliling rumah. Seronok rasa yew dpt main air hujan. Kisah lalu kalu dikenang memang buatkn hati aku menjadi sayu. Indah yew kisah lalu ...hujan diri mu membawa aku pergi terlalu jauh mengimbau kisah yg telah lama aku tinggalkan.

Khamis, 25 November 2010

Menangis

 Dah 2 hari soffi nangis dlm kelas...nape yew, sbb duduk kt belakang ke?

Aura minda pintar ... nk beli lah...


Alhamdullilah...
Soffi dah selesai menghadiri kelas tuisyen yew bagi minggu pertama. Baki 4 minggu lagi. Isnin dan selasa mood soffi baik-baik sahaja. Ceria aku tgk bila balik kelas. Tp hari rabu dan hari ni , bila ambk soffi, soffi kata dia menangis dalam kelas. Tak tahu nape? Risau jgk sbb hari rabu tu aku tgk soffi duduk kt bahagian belakang. Isnin selasa soffi duduk kt depan. Sebab itu ke. Tgh dok pikir nk buat mcm mana biar soffi happy aje bila pergi kelas. Aku ingat nk minta cikgu alih kedudukan soffi ke bahagian depan sbb kt sekolah biasa yew soffi dok depan sahaja. Boleh ke? Ada 2 org anak kawan huby yg 1 kelas dgn soffi. Aku ingat nk bagi soffi duduk dgn mereka. Harap-harap boleh lah. Sedih aku tgk soffi asyik menangis aje. anak sorang katakn , risau jgk.

Lepas tu tgh dok fikir2 tentang soffi, terbaca halaman blog tentang Aura minda pintar. Rasa2 macam nk beli utk soffi. Insya Allah.

Moga semuanya akan dipermudahkan Allah SWT . Amin.