Khamis, 27 Mei 2010

Alkisah ye...

Alkisah seorg anak pompuan yang baru masuk tadika bertanya kepada mummynya.. 'Mummy, mummy? sex tu apa Mi?'..




Terkedulah si ibu.. Terasalah akan kemodenan zaman skrg yg berjaya membuatkan manusia berfikiran lebih terbuka.



Sesuai dgn konsep pendidikan seks yg sedang hangat diperkatakan, mulalah si ibu mencari jawapan yg sesuai utk anaknya dengan harapan anaknya takkan tertinggal dlm arus pendidikan sejagat. Maka si ibu pun mula memberikan jawapan mengenai apa itu sex dengan perumpamaan antara kumbang dan bunga, diikuti dengan pembentukkan bayi dalam kandungan dan diselitkan juga dengan kisah percintaan antara mummy dan daddynya dari zaman universiti lagi sehinggalah dengan kehadiran si comel iaitu anak gadisnya yg bertanya itu..



Tiba-tiba si anak menangis teresak-esak... Si ibu kehairanan dan bertanya. Si anak menjawab dalam tangisan.. Jawapan mummy tu panjang, ruangan jawabannya pendek saja ni...seraya meyerahkan buku latihan yang tertulis kat depannya (cover)..



NAME:...........

SEX:............

Class:...........

Subject:............



p/s:  Sebelum nk menjawab soalan, kene faham duluw soalan, jgn main redah aje, hah! kn dah malu sendiri hehehe... ikhtibar ye pd teman-teman aku semua.

Rabu, 26 Mei 2010

Perasaan aku


Sejak kebelakangan ini, aku rasa sgt tenang walaupun diulit bebanan kerja yg agak mencabar tp aku rasa perasaan aku tenang sgt. Alhamdullilah.

Tidak semasa kt mantan library aku, di mana aku perlu memikirkan banyak perkara. Maklumlah kt sana aku selaku kakitangan yg bertanggungjawab ke atas library sepenuh ye.

Di library baru ni, walaupun library Daerah tp mungkin disebabkan library diselia oleh ketua aku dan kakitangan senior, aku rasa dimanjakan. Itu perasaan aku ajelah ye ( kalu bos baca tulisan aku ni, bos sila senyum ye )

Di library Daerah ini, aku diberi tanggunjawab dibahagian kewangan, makna ye, duit denda semua aku pegang, kaya aku hehehe... lain hal seperti statistik- kak mis, majalah -ayu, baikpulih buku-kak bibah. Fail-fail ISO-semesti Ketua aku, kami hanya membantu. Sistem-ayu. Bahagian rujukan- kerja dikongsi bersama kami 4 org pembantu perpustakaan akan bergilir menjaga kaunter dan menyelia bahagian rujukan.Kaunter Edaran- Kami bersama. Kebersihan dan keceriaan- Ketua.Pameran-Kami bersama. Keratan akhbar- Kak Mis yg paling rajin.

Kami kakitangan Daerah, ditugaskan utk menyusun buku setiap seorang 10 rak buku. Tp itu semua bukan bebanan jika kita selalu buat kerja itu setiap hari. Kami berdoa agar kami senantiasa diberikan kekuatan dan kesabaran utk tugasan ini. Insya Allah, kami tidak akan bebankan kakitangan desa. Kami berazam utk senantiasa menjaga rak buku kami.

Manusia mmg tidak dpt dipisahkan dgn sikap malas. Kami sedaya upaya akan mencabar diri kami utk tidak malas krn malas itu merupakan penyakit yg bila mana dibiarkan akan memburukkan prestasi kami.

Doakan kami teman, agar kami boleh membangunkan perpustakaan Daerah Sabak Bernam menjadi yg terbaik. 

Kak Mis, Ayu , Kak Bibah... Kita Boleh Lakukan... Kita BOLEH. 


Isnin, 24 Mei 2010

Syukur Alhamdullilah


Alhamdullilah atas segala kurnia Allah SWT kepada hamba Nya yg sgt kerdil ini.

Hari ini aku dan teman2 seperjuangan menghadiri perhimpunan anjuran PPAS yg dihoskan oleh perkhidmatan rangkaian perpustakaan di bawah ketua kami Puan Su.

Alhamdullilah, syukur pada Mu Ya Allah .

Terima Kasih aku kpd mak dan abah yg membesarkan aku, Terima Kasih kpd mak dan bapak mertua aku yg membesarkan suamiku, Terima Kasih kpd suamiku yg aku kasihi, Terima Kasih kpd anak kesayangan aku Ain Nur Soffiyyah di atas pengorbanan ye , Terima Kasih kpd Bos-Bos Aku , Puan Mastura ( Pengarah - Mentor n Sifu Aku ) Puan Suzliana ( Ketua Sekyen- bos yg aku kasihi ) En Kairul Nizam ( Ketua Zon 1B - U are the best bos) dan pd bos yg dekat di mata sll En Harun yg baik hati. Terima Kasih kpd mantan bos, En Sarwani yg disayangi ,Terima Kasih jgk pd teman-teman seperjuangan dan pd rakan-rakan yg senantiasa menyokong kerjaya aku.

Aku Sayang kamu kamu dan kamu.

Alhamdullilah atas anugerah ini.

Sabtu, 22 Mei 2010

Perhimpunan Bulanan PPAS


Insya Allah, 24 Mei ini aku dan semua kakitangan di bawah Perkhidmatan Rangkaian Perpustakaan akan menghadirkan diri dlm perhimpunan bulanan ini.

Bangga ya sbb aku adalah warga PPAS. I Luv PPAS

Jumaat, 21 Mei 2010

Pola Makan Rasulullah


Jom baca buku ni, seronok sangat. Aku tengah baca buku ni, buku ni kalu nk cari kt perpustakaan cari kt bahagian dewasa rak agama no klas 297.446 As. Selamat membaca.

Cute Twins Cat



Si Comel dan Si Comot. Itulah ahli baru famili kami. Bukan main seronok lg iyah bermain dgn kucing2 kesayangan ye. Sayang anak ummi. Jiwa penyayang anak ummi ni rupanya. Layannn gambar ye, siap tido pun dgn kucing hehehe...

Ahad, 16 Mei 2010

Selamat Hari Guru


Selamat Hari Guru aku ucapkan kepada semua guru-guru .
Bakti guru-guru hanya Allah SWT saja yg dapat membalas NYA.

TERIMA KASIH CIKGU

I Love Cikgu

Jumaat, 14 Mei 2010

Adamaya Episod 23


Aku ni kisah ye mmg sgt sukar nk tgk tv, tp tertarik dgn cite drama ni. Yang baik jadikan teladan yg tak baik jadikan sempadan.

Aku ni nk komen banyak-banyak tak tahu, kita layannn ajelah gambo je ye. 

Gambar ehsan dari facebook adamaya, nk jgk letak kt blog jadikan kenangan. 

Babak ni yg paling aku suka hehehehehe... 

Setem 1 Malaysia


Ingin berkongsi tentang kisah setem dan aku hehehe...

Hobi mengumpul setem ini bertunas sewaktu usia aku 9 thn, di mana waktu itu cikgu bertanya apa hobi aku. Maka aku pun menjawab hobi aku membaca dan mengumpul setem. Setem ni unik kan. Suka tengok.

Kini aku bekerja kat perpustakaan, jd hari-hari aku membaca, cuma bab mengumpul setem ni agak terbantut sedikit tapi aku berazam utk meyuburkan kembali hobi ini. Moga berjaya. Insya Allah. AMIN.

Rabu, 12 Mei 2010

Ketam masak lemak


Mak dan abah aku bab masak memasak mmg cukup best. Bertuah aku sebab kedua2 org tua pandai memasak. Rasa2 hari ini asyik cite bab makanan kegemaran aku je kan. Sebab ye dah rindu masakan abah n mak kat kampung. Insya Allah , sabtu ni balik MERU. Oye oye oye seronok ye.

Kene siap2 beli bahan basah kat Sg Besar duluw, bwk kampung bagi mak n abah masak

Air tangan mak n abah mmg best, takde sapa pon boleh lawan punye.

Aku gemok...tak kisah bukan sll aku dpt makan masakan mak n abah.

Yang penting selagi ada hayat dikandung badan , aku mmg suka makan air tangan masakan mak n abah

LOVE MY MAK DAN ABAH


Kisah Nasi Lemak dan aku




Waktu aku sekolah rendah duluw, aku cukup mengemari makanan ini. Kt sekolah nasi lemak dijual dgn harga RM0.20 sepinggan. Nasi Lemak dgn sambal je. Tapi aku cukup suka makan. Hari2 inilah menu aku.

Nenek kantin pon dah sampai cam muka aku, kalu aku beli mesti nenek kantin bagi aku sambal byk2. Mmg best. Makan sampai licin tak meninggalkan kesan hehehe...kira pinggan tu tak payah basuh pon takpe.

Mmg susah kalu aku nak tgglkan makanan kegemaran aku ni. Skrg ni, kalu kaum keluarga belah huby aku bertandang kat rumah kami, mesti dan harus menu ni utk sarapan pagi, mesti acik raihan yg masak. Itulah kata2 anak buah aku tersayang.

Dah nama pon suka makan mestilah pandai masak kan heheheh...kene puji diri sendiri sebelum org lain puji hahahah sila lah gelak ye tapi tak lawan abah n mak aku masak mmg sedap gilerrr.

Nasi lemak oh nasi lemak...ingat dah pencen boleh jual nasi lemak ni, anda setuju...aku harus setuju hehehe...

Asam Pedas Power



Hari ini teringin nak makan nasi berlaukkan asam pedas ikan merah campur dgn bendi. Sedap ye.

Tapi aku ni agak cerewet sikit bab2 makan ni. Asam pedas yang aku masak n mak aku masak je aku makan. Org lain masak bukan tak sedap tapi aku lg puas kalu aku yg masak sendiri sebab menepati citarasaku hehehe...

Rasa2 petang ni balik nk masak lah lauk ni, kene cari ikan merah duluw ni, mcm mana ye sebab aku tgh kerja ni huhuhu apa2 pon akan diusahakan jgk, janji aku dpt makan lauk ni sambil tgk adamaya kt tv3.

Sekarang layan duluw tgk gambo lauk asam pedas , layannn...

Selasa, 11 Mei 2010

Meru dihatiku



Walaupun beribu batu , namun Meru tetap dihatiku. Di sini kisahku bermula...

Di sini tempat aku dilahirkan
Di sini tempat aku dibesarkan
Di sini tempat aku di sekolahkan
Di sini tempat aku bermain
Di sini tempat aku dinikahkan, disandingkan dan
Di sini tempat mak dan abah aku berada
Di sini semua kisahku adik-beradik pernah bersatu dibumbung yang sama

Aku senantiasa merindui ya apabila aku berjauhan dengan ya tempat tumpahnya darahku


MERU selalu dihatiku.

Gambar ehsan dari facebook MERU

Selasa, 4 Mei 2010

Pesan Maha Kasih Dalam Kisah























Hari ni aku buat tugasan uji lari buku bahagian rujukan melalui sistem OPAC Perpustakaan. Tengah khusyuk berlari-lari anak di rak, terjumpa aku dengan buku yg menarik perhatian aku. Tajuk buku mmg best sbb tajuk ya sama mcm kisahku ini.

Isi dalam pun best, aku tgh baca buku ini, pada teman-teman yg ingin baca buku ini, jom masuk perpustakaan , kemudian pergi ke bahagian rujukan dan cari di rak rujukan agama. No klas seperti dlm gambar. Tak rugi kalu kita mempunyai minat membaca.

Apa tunggu lagi, Jom sama-sama kita membaca buku yg berilmu.

Isnin, 3 Mei 2010

Erti 5 Tahun ini


Hari ini genaplah sudah 5 tahun perkhidmatan aku di Perpustakaan. Rasa ye macam baru semalam aku mula bekerja.

03  Mei 2005 hari pertama aku bekerja di Perpustakaan Dataran Sabak Bernam. Bersama dengan mantan team aku, Faizah n Shima. Kami bina perpustakaan itu menjadi sebuah perpustakaan yg boleh dibanggakan

Kini semua itu hanya tinggal kisah lalu yg indah utk dikenangkan, kini aku pergi jauh dari sisi mereka dan berpindah ke Perpustakaan Daerah Sabak Bernam. Bertugas di perpustakaan Daerah membuatkan aku kadang-kala rasa gentar. Besar tanggungjawab yg tergalas di bahu aku n teman-teman sekerja.

Perpustakaan Daerah Sabak Bernam kini ke arah pensijilan MS ISO 9001 : 2008 , kami akan di audit pd 23 Jun 2010. Semoga semua ye akan berjalan dgn lancar. Doakan kami berjaya menempuhi saat-saat gentir ini.

Kami boleh!

Ahad, 2 Mei 2010

Cute Girls


Aku diapit oleh dua putri-putri yg cute. Layan gambarlah ye, buzy sikit nk layan putri-putri yg cute ni, semuanya manja-manja, aduhai hehehehehe...tak boleh layan blog lama2 nanti dua2 menjerit.