Khamis, 30 September 2010

Selesai sudah...


Alhamdullilah...semua sudah selesai....
Ada macam-macam rasa...

Lega ...
gembira...

Letih ....................................... ( ^ _^ )

Pada semua diucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri , Maaf Zahir N Batin.

Isnin, 27 September 2010

Inilah Kisahku...


32 tahun lepas pd hari ini di sebuah rumah kayu buruk seorang bayi telah dilahirkan oleh seorang hamba Allah. Maka bermulah kisah-kisah hidup bayi ini dari zaman ke zaman...

Alhamdullilah pd saat ini, bayi itu masih bernafas lagi di bumi Allah SWT ini dgn limpahan rahmat dan kasih sayang dari pencipta NYA.

Dihati ini berkata-kata ...

Ya Allah , hamba Mu ini semakin dekat dgn Alam Abadi...
Kurniakan lah ketetapan Iman dihatiku pada Mu Ya Allah...
Aku ingin kembali kepada Mu seperti mana mula-mula aku dilahirkan oleh ibuku...
Moga jasadku ini akan dikembalikan kepada Mu dgn penuh kesucian...
Rohku kembali kepada Mu dgn penuh kebahagiaan sebagai hamba Mu Ya Allah.
Moga kubur hamba Mu ini adalah di Tanah Suci Mekah sebagai mana mimpi-mimpi ku...

Ya Allah , Semoga seluruh keluarga aku akan dipertemukan di sana dgn penuh kebahagiaan ...
Hidup ku... Mati ku... adalah kerana Allah SWT Tuhan Pencipta Sekalian Alam. Amin.

Selagi nafas ini masih ada...aku n kisahku

Khamis, 23 September 2010

Kisah Buah Rambai n Jambu Ball










Kisah semalam aku imbau dalam lautan kotak memori hatiku...Ada senyum dan ada rindu yg bertamu dalam dadaku... Alangkah indah yew kisah hidupku...

25 tahun lalu, aku hanya lah seorg budak perempuan hingusan...yang sentiasa tersenyum riang bermain2 dgn rakan-rakan di persekitaran rumahku.

Ada 2 pohon pokok rambai dan pokok jambu ball yg senantiasa menjadi tempat kami bermain... berlari berkejaran bersuka ria.
Bila penat kami berehat di dahan2 yew...

Ada airmata di dadaku, sungguh aku merindui saat itu...
Rindu dgn rakan-rakan, rindu dgn panggilan mak suruh pulang, rindu senyuman nenek yg telah pulang utk selamanya, rindu dgn pokok rambai itu, rindu...rindu...rindu....

Ya Allah , hamba Mu ini bersyukur atas setiap kisah-kisah hidupku. Lindungi dan rahmati aku selalu ya Allah . Amin.

Rabu, 22 September 2010

Kisah Rabiatul Adawiyah

Rabiatul Adawiyah adalah seorang wali Allah yang mengabdikan dirinya kepada Allah. Kesabaran dan perjuangan harus dicontohi oleh wanita islam hari ini. Walaupun sejarah hidupnya bermula dari seorang wanita yang tidak mentaati Allah, akhirnya di memilih jalan sufi dalam mencari ketenangan hidup.




Kisah bermula pada zaman dahulu di mana kejahilan menyelebungi masyarakat arab kebanyakan sekolah agama telah ditutup. Ayah Rabiatul Adawiyah adalah guru agama tapi terpaksa menjadi pendayung sampan. Untuk menarik minat orang menaiki sampannya dia akan mendendangkan lagu yang merdu ketika mendayung sampan. Rabiatul Adawiyah sentiasa disamping ayahnya hinggalah dia dewasa, apabila ayahnya meninggal dunia. Dia menggantikan tempat ayah sebagai pendayung sampan dan mendendangkan lagu yang merdu. Mendengarkan suaranya yang merdu itu menarik hati seorang lelaki untuk membawanya untuk dipersembahkan kepada raja dan dia terpaksa berkhidmat untuk raja. Setiap hari dia menyanyi dan menuang arak kepada raja dan tetamu raja.



Suatu hari timbul kesedaran di hatinya merasa insaf dengan segala perbuatannya kerana kejahilannya itu sedangkan bapanya adalah seorang guru agama. Dari hari itu Rabiatul Adawiyah tidak mahu lagi menyanyi dan menuang arak. Dia sering duduk bersendirian berzikir kepada Allah. Dia juga diseksa oleh raja dengan kerja yang berat. Pernah suatu hari pengawal raja disuruh melepaskan ular dan kala jengking ke dalam bilik Rabiatul Adawiyah kerana raja tidak senang melihat dia sentiasa berzikir. Tetapi akhirnya ular tersebut menerkam pengawal raja. Rabiatul Adawiyah tetap tenang, walaupun dia tidak diberi makan dia tetap mampu menjalankan ibadat kepada Allah. Apabila raja mengintainya di dalam bilik, kelihatan dia sedang munajat memohn doa kepada Allah. di dalam kegelapan biliknya kelihatan cahaya yang menyuluh ke arahnya. Pada suatu malam raja bermimpi seorang tua datang dan mengatakan supaya melepaskan Rabiatul Adawiyah dan jangan lagi menyiksanya kemudia raja melihat Rabiatul Adawiyah berpakaian serba putih naik ke atas langit. Beliau terus ke bilik Rabiatul Adawiyah untuk melihat sama ada Rabiatul Adawiyah masih ada atau sudah pergi. Kelihatan Rabiatul Adawiyah masih berzikir dan berdoa.



Sampai habis tempoh masa Rabiatul berkhidmat dengan raja, akhirnya dia dilepaskan oleh raja. Rabiatul Adawiyah berterima kasih kepada raja dan tidak meminta apa-apa daripada raja walaupun raja memberi peluang kepadanya untuk meminta apa saja sebelum dia pergi. Apabila dia pulang ke kampungnya, rumah telah roboh dan penduduk kampungnya juga ramai yang telah berpindah. Dia meminta orang menyediakan sebuah pondok kecil untuknya. Pada suatu malam, seorang pencuri terpandang pondok Rabiatul Adawiyah lalu dia ingin pergi mencuri di situ. Ketika itu Rabiatul Adawiyah sedang solat. Dia tidak menjumpai apa-apa di dalam rumah Rabiatul Adawiyah melainkan sebiji tempayan. Lalu dia merasa kecewa dan ingin bunuh Rabiatul Adawiyah. Apabila dia mengeluarkan pisan dan ingin menikanm Rabiatul Adawiyah tiba-tiba dia menjadi keras dan pisaunya terjatuh. Rabiatul Adawiyah terkejut. Rabiatul mengatakan pada pencuri itu ambillah apa yang dia inginkan jika dia seorang pencuri tetapi mengapa ingin membunuhnya. Lalu dia menyuruh pencuri itu mengambil wudhuk dan bersolat serta memohon pada Allah apa yang dia inginkan. Lalu pencuri itu bersolat dan meinta pada Allah agar mendapat rezeki yang banyak supaya dia tidak perlu menjadi pencuri lagi.



Pada masa yang sama diluar kelihatan kereta kuda yang membawa banyak harta yang menuju ke arah pondok Rabiatul Adawiyah. Raja menghantar orang untuk memberi Rabiatul Adawiyah harta yang banyak. Apabila orang itu datang menemui Rabiatul Adawiyah kerana ingin menyerahkan harta itu, Rabiatul Adawiyah mengatakan dia tidak pernah meminta harta dari Allah tetapi orang disebelahnya yang memohon kepada Allah jadi berikanlah harta itu kepada orang yang memintanya. Pencuri itu gembira kerana mendapat harta dan dia membuat sebuah mahligai yang indah. Pada suatu hari ada seorang lelaki menemui pencuri itu dan bertanya bagaimana dia mendapat harta yang begitu banyak dalam sekelip mata. Dia pun menceritakan kisahnya kepada lelaki itu. Lelaki itu menjelaskan kepadanya bahawa wanita yang ditenuinya itu adalah wali Allah. Dia berasa terkejut dan menyesal kerana tidak berterima kasih kepada Rabiatul Adawiyah lalu dia ke pondok rabiatul Adawiyah untuk menemuinya. Ketika itu Rabiatul Adawiyah sedang nazak. Akhirnya Rabiatul Adawiyah pergi menemui kekasihnya.




Berkongsi artikel dgn : http://nursyirah.wordpress.com/2009/03/25/kisah-rabiatul-adawiyah/

Berbicara...dengan hatiku dlm kisahku...

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته




Mari kita berbicara tentang hati.

Menambat hati Pencipta atau manusia.



Allahurabbi.


Kadang kala kita terlupa perkara ini.
Niat memang menambat hati Pencipta tapi "terniat" untuk menmbat hati manusia.
Lantas kebaikan dan kebajikan dilakukan kerana manusia bukan lagi Pencipta tanpa disedari.
Hati mula bingung bila semua perkara serba tak kena, rupanya niat sudah melencong.

Mari muhasabah kembali hati kita.

Niat kita untuk apa?

Apakah untuk menambat hati manusia?

Sampai bila?
Percayalah, sekiranya anda berniat untuk memuaskan hati manusia.
Anda tidak akan berjaya sampai bila-bila.

Orang akan terus mengata.
Anda pun tak senang telinga.

Buatlah kerana Allah.

Itu yang terbaik.

peringatan buat diri saya sendiri...


Aku adalah seorang musafir di dunia ini , melakar kisah-kisahku dgn penuh warna-warni, kadang2 aku alpa, kadang2 aku sedar , kadang2 aku lelah , kadang2 aku menangis , kadang2 tersenyum , kadang2 aku bahagia, kadang2 aku derita , kadang2 aku sihat , kadang2 aku sakit , kadang2 aku ........ namun aku adalah aku, hamba Allah.

Aku hamba Allah yg fakir , sebab aku tak punya apa2 melainkan semua yg ada pada diri aku adalah Anugerah dari Allah SWT. Mata yg aku guna utk melihat ini milik Allah. Telinga aku yg aku guna utk mendengar ini jgk milik Allah dan semua yg ada pd diri aku adalah milik Allah SWT. Jadi aku berfikir...apakah yg aku miliki di dunia ini...lantas hati aku berkata...bukankah kamu memiliki kasih sayang Allah SWT yg mengasihi kamu malahan sgt kasih  Allah SWT itu pada aku hambaNya ini , lantas .... AKU PERLU MENERUSKAN KISAH HIDUPKU DI DUNIA ALLAH INI KERANA ALLAH SWT , TUHAN YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG.
Aku Menangis dan terus menangis walaupun tanpa air mata tp aku kebasahan dlm airmata di dadaku. Bersyukur atas Anugerah Allah SWT ini. Moga bertambah Iman di dadaku detik demi detik...AMIN.

Selasa, 21 September 2010

Salahkah Wanita Tak Tahu Memasak

Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar. Kalau lelaki tak boleh jadi imam kita kata okay saja.

Jangan diperbesarkan nanti mereka terasa hati.

"Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!" Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang anak dara, juga rakan sejawat kami.

Maka jawaplah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya di suruh menumpukan perhatian pada pelajaran saja.

Setelah tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya.

''Habis sekarang kenapa tidak belajar?" Tanya sang lelaki lagi dengan penuh semangat.

''Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan kerjaya saya juga sibuk belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak diutamakan!" Begitu jawab si gadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng-geleng kepala.

Baginya tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak. Wanita sepatutnya buat begitu juga.
Syarat utama menjadi suami mesti boleh menjadi imam.

Walau ada yang kata, jika itu syaratnya bermakna makin ramai wanita yang hidup bujang seumur hidup.

Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai perkara utama dan ungkapan hendak memikat suami, perlu pikat seleranya sering diguna pakai.

Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan penyumbang utama kewangan dalam rumahtangganya.

Sekarang bukan asing lagi gaji isteri lebih tinggi daripada suami.

Namun kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajari ilmu menjadi imam.

Ilmu bermain video game di komputer mereka rasa lebih perlu.

Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar dan sesudah belajar perlu handal.

Jika handal bukan setakat masak untuk keluarga sendiri, kalau boleh perlu boleh memasak untuk tiga pasukan bola. Begitulah standard yang telah ditetapkan.

Bolehkah kita meletakkan undang-undang itu kepada lelaki juga? Kalau tidak pandai jadi imam, belajarlah.

Mula-mula jadi imam kepada keluarga sendiri, sudah terror boleh mengimam satu taman perumahan juga.

"Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah jadi imam?" Dengus teman wanita yang lain.

Betul juga ya? Berapa kerat lelaki yang menjadikan sembahyang jemaah di rumah bersama anak isteri sebagai agenda utama, selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya?

Maka bertanyalah wanita kini kepada beberapa lelaki tentang kebolehan yang satu ini.

Ternyata ramai yang menjawab tidak confident menjadi imam sebab takut bacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid atau pun dia merasakan isterinya lebih handal.

Ada yang kata lebih elok dia dan isteri sembahyang sendiri-sendiri.

Ada juga menjawab, rasa kelakar pula apabila dirinya yang rugged menjadi imam.

Isu ini sepatutnya kita beratkan sepertimana masyarakat memberatkan wanita perlu pandai memasak jika mahu bersuami.

Lelaki juga harus boleh menjadi imam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah atau menjadi mangsa 'queen control'.

Kalau tidak pandai, belajarlah sekarang. Jika wanita disuruh belajar, apa salahnya lelaki!

Berkongsi artikel dengan :- http://www.iluvislam.com/inspirasi/motivasi/856-salahkah-wanita-tak-tahu-memasak.html


Alhamdullilah, suami boleh jd Imam keluarga N utk pelajar2 . Amin. Syukur Allah SWT beri aku suami yg Soleh.

Mee Goreng Power



Alhamdullilah...

Nikmat Allah SWT kepada hambaNya ini. Aku mmg suka makan mee goreng. Itu mmg makanan kegemaran aku selain nasi lemak. Aku pon tak sangka tahun ni kt mana aku pergi di situ ada mee goreng. Syukur...syukur..syukur  Alhamdullilah.

Terima Kasih banyak2 , tahun depan masakan lagi yew hehehe...

Gambar mee goreng kt atas tu adalah masakan anak sulung bondaku tercinta. Sangat sedap sampai  3 pinggan aku makan huhuhu tak insaf lg aku ni bila jumpe mee goreng....sedap...sedap....sedap

Along nk resepi...nak resepi...nak resepi hehehe...esok kalu aku dah pandai masak mee goreng mcm ni, baru lah boleh jemput teman-teman hehehe...

Aku sedang layannn...gambar mee goreng power ni, dpt tgk gambo pon jadilah...

Rabu, 15 September 2010

Aku yg Ungu


Byk lg gambar-gambar yg ada dlm simpanan tp tak sempat nk upload , maka hanya sekeping ni aje utk tatapan teman2 kisahku, ada waktu, Insya Allah akan ku letak di blog kesayanganku ini. Nantikan ye...

Selasa, 7 September 2010

Selamat menyambut Aidilfitri


Assalammualaikum, salam hamba utk semua teman2 yg pernah mengenali blog kisahku. Dengan rasa penuh kerendahan diri hamba memohon ampun dan maaf dari hujung rambut hingga ke hujung kaki jika pernah ada salah dan silap hamba ini. Hamba hanya lah penulis blog yg masih lg bermusafir di atas bumi ini bg meneruskan kisah-kisah hamba di alam abadi.

Maafkan hamba ye teman-teman...

Jumaat, 3 September 2010

Kisah Sepatu Tinggi


Aku...redha atas setiap takdirNya.
Sesungguhnya dihati ini ada air mata yg senantiasa mengalir.


Ya Allah, ampuni lah hambaMu ini yg tidak pernah dewasa. Kadang kala aku terlupa siapa aku Ya Allah. Aku terlupa bahawa Allah telah memberi cukup ketinggian kpd hambaNya ini. Ampuni aku Ya Allah. Aku sedar aku mahkluk Mu yg sgt kerdil.

Mak, akan aku hadiah sepatu yg aku beli itu pd mak sbb mak sahaja lah yg layak memakainya sbb mak adalah insan yg paling tinggi dihatiku. Terima Kasih mak sbb melahirkan aku . Ya Allah , rahmati lah mak dan abah aku sll. Amin.

Melihat sepatu itu aku telah jatuh hati, telah ku mencari selama setahun, Alhamdullilah aku telah memilikinya tp ada kisah yg sgt membuatkan aku sedih dgn sepatu itu. Jatuh hati itu kn sakit...terjatuh aku dlm tangisan syadu lalu dgn rasa rendah diri dan kasih sayang aku hadiahkan sepatu itu pd mak utk dipakai di Aidilfitri nanti.

Aku tak layak memakai sepatu itu...kerna ada kisahku yg bila aku renungkan akan ada airmata. Terima Kasih pada insan yg menyedarkan aku ini.


Khamis, 2 September 2010

Jika Isteri menangis dihadapanmu...

Jika seorang isteri menangis dihadapanmu...
"Hargailah ia sebelum terlewat..."
Jika seorang isteri menangis dihadapanmu,

itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi...

Jika kau memegang tangannya saat dia menangis,
dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu...
Jika kau membiarkannya pergi,
dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!
Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah,
kecuali di depan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!
Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah,
hanya jika dia sangat menyayangimu, dia akan menurunkan rasa EGOnya.
Wahai para suami, jika seorang isteri pernah menangis keranamu,
tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian...
Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu
sepanjang hidupmu disaat kau terperuk terlalu dalam...

Wahai para suami, jika seorang isteri menangis keranamu,
tolong jangan mensia-siakannya...
Mungkin, kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya...
Saat dia menangis di depanmu, saat dia menangis keranamu...
Lihatlah jauh ke dalam matanya...
Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT yang dirasakannya keranamu?

Apakah keistimewaan perempuan ini?
Dibalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..

TUTUR katanya merupakan KEBENARAN..

SENYUMANnya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya...

PELUKAN dan CIUMANnya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak-anaknya..

Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa..

Dia TERHARU.. Dia MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pada orang-orang yang dikasihinya...

Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHANnya...

Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN..

Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..

TITISAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN...

Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI kerana satu hal...

Bahawa "Betapa BERHARGAnya dia"...

Sebarkan ini ke SEMUA PARA ISTERI yang solehah dan PARA SUAMI yang kamu
kenal agar mereka tidak lupa bahawa
ISTERI mereka begitu berHARGA... Dan sangat berHARGA...
 
berkongsi dgn teman blog yg aku sayangi http://afizart.blogspot.com/