Khamis, 25 Mac 2010

Taklimat Sistem Virtua


Ini aku nak kisahkan tentang taklimat yg aku n ayu hadiri hari ini di Perpustakaan Raja Tun Uda di Shah Alam @ nama singkatan bg kami Ratu @ PPAS. Mulai dari tarikh 30 Mac ini , semua perpustakaan yg menggunakan sistem JDA(sistem terdahulu) akan ditukarkan kepada sistem Virtua. Sistem ini sebenarnya lebih mudah sbb semua keahlian (lib yg mempunyai sistem shj) akan di link kn ke perp Ratu. Maka pengguna dewasa n remaja yg mempunyai kad pengenalan hanya menggunakan no id kad pengenalan masing2 sebagai id keahlian di PPAS(keahlian masih kene isi borang keahlian ye). Maka dgn itu tiada lg kad keahlian seperti sebelum ini. Tetapi bg keahlian kanak2 n warga asing mereka masih lg dapat kad keahlian sbb mereka takde kad pengenalan.(Kad Ahli byk cantik woo... aku dah tgk huhuhu nasiblah ye pd ahli dewasa n remaja)

Sistem Virtua ini sebenarnya senang bg yg dah faham n susah bg yg tak faham(ayat ini utk kakitangn aje ok) Sistem ini memudahkan pengguna utk meminjam buku sbb kadang kala pengguna tu daftar ahli kt lib Ratu pastu nk pinjam buku kt lib Daerah Sabak Bernam(sebab kampung kt Sg Besarlah katakan, mesti dia bangga kn nk masuk lib Daerah ye sendiri) maka bila sistem virtua ini dilancarkan pd 30 Mac ini , pengguna ini akan dpt meminjam buku kt lib kampung ye tanpe sebarang halangan, kan bagus tu, lepas tu nk ingatkan, dah pinjam kt lib kampung jgn lah lupo , pulangkan pun kt kampung walaupun masa itu anda berada kt bandar balik, kesian buku itu, mesti buku tu rindu kt jemari kami utk menyusun ye heheheheh, ayat panahan jiwa sebenar ye. Motif sebenar ye ayat2ku ini di mana anda pinjam di situ anda pulangkan. Dah bg pinjam kenelah hargai kalu tak kami kasi denda, heheheh senang je, tak nak ckp byk, kalu tak bayar mgkn akan ade tindakan susulan menanti anda.

Sekarang ini aku n en huby aku tgh berperang sistem, dia dgn sistem linus aku dgn sistem virtua, sapa punya paling canggih, dia kene tanggung percutian keluarga utk tahun ini di Langkawi. Huhuhuhuhu, minta2 sistem akulah lg canggih sbb aku dengar sistem en huby kene key in satu persatu data ye heheheh nasib lah yew, kita punye tranfer data je, tu pun Ratu yg buatkn. Heheheheh senang keje kami, kalu key in pun tak byk mana(ayat belagak ni) rasa2 aku boleh menang ni... yahooo

Bila si suami dibidang pendidikan n sang isteri dibidang perpustakaan maka jadilah kisah mcm kami berdua ini. Buku umpama guru sbb guru pun baca buku bila mahu mencari ilmu. Kesimpulan ye ,apa yg penting kami bahagia dengan kisah2 kami berdua yg dekat dengan Ilmu setiap hari. Alhamdullilah kerna anak kami Soffi dari dlm rahim lg , hari2 masuk perpustakaan. I Luv My Kisahku.

'Selangkah Ke Perpustakaan Sejuta Senyuman'
Sekali Klik Sejuta Maklumat

Perpustakaan Rumah Keduaku

Aku tetap aku dengan Kisahku

Rabu, 24 Mac 2010

Ada Rindu Dihati ini


Salam semua...

Td waktu jln2 kt alam maya tetiba aje terjumpe blog http://manzlie-makkah.blogspot.com/ . Seronok masuk blog dia. Terasa kita berada di Makkah.

Aku tak boleh nk buat catatan panjang sbb bila aku tengok aje gambar Makkah , hatiku jd sayu seumpama kekasih merindu kekasih ya , umpama seorang anak merindui ummi ya.

Sangat2 teringin untuk ke sana , doakan aku ya, Insya Allah

Ya Allah , hamba Mu Mohon agar dipermudahkan segala urusanku untuk mengunjungi Rumah Mu Ya Allah . Amin .  

Mekkah selalu ada dihati ini.

Isnin, 22 Mac 2010

Diari Kisahku







Ini dia diari kisahku untuk thn 2010. Buka aje terus nampak logo baru PPAS. Aku n diari mmg tak dpt dipisahkan, mmg sejak dari sekolah lg aku dah ade diari. Diari ni byk kegunaan ye. Duluw masa sekolah lebih kpd tulisan meluahkan perasaan. Bab ini tak payah cite , ditakuti huby aku baca hehehehe...nanti terlebih sudah jeles ye hahahaha almaklumlah kn kisah2 lama , masa tu tak jumpe huby lg , terjumpa org lain .

Berbalik diari aku yg kt atas tu, biasa ye aku akan catatkan segala yg dirancang n yg terancang hehehehe... pastu semua minit2 mesy yg seringkas mungkin. Itulah antara catatan2 aku sekrg.

Hidup tanpa diari buat aku kucar kacir sebab diari adalah sebahagian dari kisahku. Ok... senyum sikit (^_ ^)

Ahad, 21 Mac 2010

Kisah ya peti ais


Soffi ni kalu kita suruh dia berposing mmg berbaloi2 sbb mmg cute sgt bila ambk gambo dia masa ni, kami pulak mmg rajin mengambil gambo soffi almaklumlah kn masih sorang lagi. Aku bukan apa sbb dulu masa aku kecik mana ade gambo aku , nasib2. Bila dah ada anak , mmg suka ambk gambo dia , org kata buat kenangan.

Jumaat, 19 Mac 2010

Hargailah


Hari ini genap sudah sebulan aku berada kat lib Daerah Sabak Bernam . Sebulan berlalu dengan kisah-kisah duka n suka , ada senyum n tangis... lumrah kehidupan yg pasti semua insan merasai ye.

Bertemu n berpisah , sudah adat dlm rencah2 kehidupan. Kisahku teruskan dengan redha dihati ini atas setiap takdir ya hidup aku. Hidup tak semesti ye kita akan selalu tersenyum , kadang kala kita akan menikmati tangisan bg membersihkan hati yang alpa. Mungkin selama ini aku alpa dgn kegembiraan waktu bersama mantan teman2ku.

Diuji aku dengan perpisahan yg menyakitkan... namun aku tahu kini mereka gembira meneruskan kisah-kisah mereka yg baru tanpa kehadiran diriku. Aku di sini jua gembira dan bahagia dengan kisah2ku. Walaupun kadang kala ada sendu di hati ini.

Apa yang penting aku harus menghargai segala kisah-kisahku...sbb aku adalah aku yg tercipta utk meneruskan kehidupan aku di sana nanti.

Berkursus


Aku akan berkursus pada 29 Mac hingga 02 April 2010. Moga semua ye akan berjalan dengan lancar dan selamat perjalanan aku selama 5 hari dari Sg Besar ke Shah Alam. Semoga dipermudahkan segala urusan . Amin.

Tengah berfikir











Boleh ke jadi mcm ni??? pelik-pelik , layan aje lah gambo kat atas tu ye, sekadar penghibur mata yg kepedihan akibat terkena panahan cahaya skrin komputer...lama2 mau jgk aku kene menempah cermin mata gelap ni huhuhu nanti pengguna pelik pulak, enta lah...

Khamis, 18 Mac 2010

Tahniah


Sekalung tahniah aku ucapkan kpd semua staf lib Dataran Sabak Bernam kerna telah berjaya melaksanakan aktiviti yg telah dirancang dgn cemerlang. Sebenarnya ada rasa lain dhati ini , almaklumlah kn mantan lib aku tu. Seronok aku tgk perubahan yg telah dibuat oleh bos baru lib Dataran. All the best to U. Pabila mata memandang , ada tangis dhati ini. Jgn marah org Dataran ok, sebenar ye terharu sbb kata2 akhir aku sebelum meninggalkan lib Dataran dulu , masih tersimpan rapi, TERIMA KASIH mah sbb simpan surat akak tu, i luv u, i hope mah tabah dgn apa2 jua cabaran hidup, Insya Allah, akan ada jodohmu, kalu mah sudi bolehlah akak pinangkn mah utk adk akak hihihihi mah setuju aje akak terus antar rombongan. Timbang2kn ok.

Apa yang penting , kita kene BERDIKARI.....ingat tu abg Yazid. Apa2 pun Senyum sikit ( *_ * ) ok...jumpe lg.

Rabu, 17 Mac 2010

"STAR READER"



Aktiviti bulan Mac sempena cuti sekolah. Kami kakitanga Perpustakaan Daerah Sabak Bernam bergabung tenaga untuk menjayakan program ini (Apa yang penting , KERJASAMA) . Semoga berjalan dengan jayanya. Amin.

Jadual kisahku Mac & April

Rasa ye aku semakin sibuk kebelakangan ini, jadual kisahku padat dgn segala mcm agenda yg perlu diselesaikan. Bermula dari aktiviti2 yg perlu disertai, lepas itu menghadiri kursus pengurusan asas perpustakaan , seterusnya persediaan untuk audit dalaman kemudian akan menempuh exam PNM bg memenuhi syarat pengesahan jawatan dan akhir sekali audit ISO yg sebenar ye pd bulan Mei , Insya Allah.

Rasa ye , terhutang lagi lah nampak ye nk pergi kursus sulaman manik , cabaran betul. Mungkin bulan Mei aku akan cuba sedaya upaya utk mengikuti kursus idaman hati hamba ini. Doakan aku ye, oklah tak boleh layan blog lama2 sbb byk kerja sedang menunggu utk diselesaikan. Tumpang lalu nk pegi buat keje duluw.... Bismillah...

Isnin, 15 Mac 2010

Hobi Soffi

Gambo ini baru aje aku ambil, tgh dok lepak2 kt rumah... almaklumla cuti sekolah n kebetulan aku pun mmg cuti. soffi mmg suka main puzzle. Kira ye mmg dia buat sendiri. Pandai anak ummi , sayang Soffi.

Jumaat, 12 Mac 2010

Senyum Cemburu



Jangan terkejut wokay, td aku jln2 sekejap kt Images Yahoo, terjumpe pulak si senyuman manis dlm gambo kt atas tu, mula2 tgk tergelak hamba....huhuhu punye besar dia punye semyum daa... terkejut akuw.

Sebenar ye nk cite pasal pagi td, kt tempat keje... Alkisah ye, mantan sahabatku call, sembang2 sikit pastu bonda aku pulak call, wah! bukan main aku mendengar kegumbiraan ye setelah mendapat bos baru, iyola kn org baru kata kn, tadah aje la telinga mendengar ye, nk kata jeles memang jeles ok... drop sekejap semangatku, pastu kebetulan aku pulak nk ambk anak, sambil jln kt kete aku bkata2 dlm hati, ade sbb Allah beri aku keje kt tpt baru ni, walupun mantan libku bangunan baru n skrg lib baru adalah bangunan yg agak tak berape baru heheheh (ni kalu bos baca mau haru idup aku sekejap) tak ape la, lagi lama lg byk pengalaman betul tak? kalu tak mana ade Muzium , kan kt Muzium tu tersimpan khazanah yg berharga. Brg lama ni tinggi nilai ye, betul tak?

Jadi aku ambil rumusan yg positif, untuk menunjukkan potensi diri biarlah hanya aku n Allah SWT saja yg tahu, org lain aku tak kisah cume ambil sedikit drpd kisah2 mereka utk buat aku lebih bjaya lg.

( *_ * ) Selalu bawa kancil hari tukar pulak bawa Citra, kerna sang kancil kene direhatkan sbb puan pemandu mau bikin semangat besar punye... walupun hanya Citra mydarling heheheh apa2 pun aku yg tolong bank in kn tp yg penting duit dia...tak kisahlah janji aku bahagia sudahla...

Jiwaku


Sesekali ingin jugak tayang gambo anak n hubyku. Ada sama ka itu muka? Inilah menghibur jatung hatiku n jugak bisa menyengat hatiku hehehehe biasalah kn sedangkn lidah lagi kn tergigit inikan pulak suami isteri. Kalu tak gado takdelah aksi pujuk memujuk hahahah ... sapa nk pujuk duluw ye... sudah pasti aku sendiri kene pujuk  diri sendiri hahahah nasib nasib.

Dalam kehidupan berumahtangga ni kene byk sabar n tabah selalu lebih2 kalu duduk sekali dgn Mertua. Kena pandai bawa diri n menyesuaikan diri. Ingat Allah SWT selalu. Bukan semua orang mampu melakukannya, jadi aku adalah insan2 yg terpilih. Berjuang menjadi yang terbaik antara yg baik.

Kisahku walupun hanyalah sekadar pinggiran tp aku tetap kisah..... senyum byk2 ok ( * _* )
Aku tetap aku yg pernah aku sendiri tahu... kamu tahukah aku?

Dia yg ku kenal


Dalam kehidupan... kita akan menghadapi seribu cabaran , pahit manis silih berganti. Dalam kehidupan kadang kala apa yg kita harapkn tak semua menjadi seperti yg kita mahukan. Doa aku dari jauh semoga kamu akan berbahagia , mungkin kamu sedang diuji sekarang ini. Tabahkan hatimu... sebagai sahabatmu aku akan menolong yg termampu kerna kamu adalah kisahku, tak mungkin terpadam segala kisah lalu waktu kita bersama.

Satu pesan aku, apa jua tindakan yg kamu ingin ambil , ingat Allah SWT. Mohon pertunjuk dari NYA kerna kita adalah hambaNYA. Ingatlah sahabatku setiap ujian hidup itu ada manis ya kerna aku pernah merasa manis ye disebalik kepahitan kisahku n mybaby.

I always remember U in my heart... luv U

Rabu, 10 Mac 2010

Kisah Sekolahku - Part 1


Assalammualaikum buat teman-teman tersayang. Rasa ye hari ini aku ingin berkongsi sedikit daripada kisah-kisahku sewaktu aku di alam persekolahan. Aku mula mengenal alam persekolahan seawal usia aku 5 thn. Emak menghantarku bersekolah di sekolah KEMAS kt kampung aku MERU(Masa ni nama cikgu aku cikgu Fatimah n Cikgu Intan). 2 Tahun aku berada di sekolah KEMAS, kemudian bersambung pengajian rendahku di Sekolah Kebangsaan Sungai Binjai dari tahun 1985 hingga 1990.

Darjah 1 , aku dimasukan ke dlm kelas 1 Biru. Nama cikgu aku Cikgu Jawariah. Cikgu ye garang sgt sampai aku pun jd takut.Almaklumlah kn pertama kali masuk sekolah rendah, pulak tu hari pertama sesi persekolahan, abah terus hantar je, lps tu terus pegi kerja, emak pulak tak boleh temankn sbb tengah mengandungkan adik aku Ana. Sabar je bebanyak.

After darjah 1 seterusnya mestila darjah 2 hehehehe... 2 biru nama cikgu, cikgu Suraimi. Cikgu ye baik sgt sbb bila jamuan mesti beli askrim. Nama ustazah pulak, ustazah Rafidah. Ustazah ni pakai purdah. Dulu mmg takut jugak bila tgk dia pakai purdah, lps tu bila mengajar dia bukalah penutup kt muka tu... so kami pun bolehlah tgk muka dia, cun giler...mmg best, suka sgt bila ustazah masuk, dia lemah lembut org ye.

Aku mmg rindu sgt kt semua cikgu2 aku, rasa ye kalau dpt jumpe mau jugak aku peluk n cium pipi ye.
Oklah rasa ye setakat ini duluw catatan aku utk kisah ini, bersambung pulak nanti darjah 3, tunggu... 3 apa je, madu 3 ke? huhuhuhu heheheheh.....kerja duluw ye...kt Bahagian Rujukan Lib Daerah Sabak Bernam.

Panas


Alkisah bila cuaca pun panas n aircord pun rosak maka ye mmg terlalu ingin ke tempat2 mcm dlm gambar di atas huhuhuhu, bila la diorg nk repair aircord ni... dah rasa mcm bersauna la pulak tiap hari. Ya Allah , berikanlah aku kekuatan utk menghadapi cabaran ini.

Nk senyum pun dah terasa hangit...

Isnin, 8 Mac 2010

Aliff Nur Syafi


Doakan aku agar dimakbulkan hajat aku n Suami utk mendapat cahaya mata kedua. Insya Allah. AMIN.

Aduhai


Sedap ye.... mmg suka mkn... oklah nk layannn mata jap , tgk gambo pun jadilah hehehehehe....

Suasana baru


Inilah pejabat baru aku...

Sabtu, 6 Mac 2010

Rumah Hijau



Hari ini kt Sekolah Pra Jais tpt Soffi sekolah mengadakan sukaneka. Seronok rasa ye sbb pertama kali bwk anak pegi acara ini. Teruja... Apa2 pun mmg kami keturunan Rumah Hijau sbb aku pun duluw dari darjah 1 sampai tingkatan 5 mmg Rumah sukan Hijau. Hijau Sepakat membawa Berkat itulah motto rumah sukan Soffi. Lambang pulak Rama2 , terbang bebas n cute sekali.

Jumaat, 5 Mac 2010

Pencarian ini


Di hari jumaat yg berkat ini... terlalu byk kisah2 ku tersingkap, wajah2 dlm semua gambar di atas adalah teman2 yg pernah hadir dlm kisahku duluw, ok nk meraung sekejap.................................

Ya Allah, besar NYA rahmat Mu ke atas hamba Mu yg sgt kerdil ini. Rupe2 yew pertukaran aku ke library Daerah Sabak Bernam merupakan satu rahmat dari Allah SWT yg amat2 manis sgt.

Aku berpisah dgn bonda, faiz n mah , kemudian aku dipertemukan dgn kak mis, kak bibah n ayu. Ada kemanisan dlm semua kejadian itu.

Amat berharap agar kwn2 aku duluw, sudi utk menghubungi aku di Facebook aku...

Aliff yg aku kasih


Aliff bersama Upin N Ipin n Puan Pengarah PPAS di Majlis Perasmian Pesta Buku Negeri Selangor 2009. Kisah ini sekadar kisah lalu yg manis utk di kenang. Sekalung tahniah kpd semua warga kerja PPAS yg terlibat secara langsung n tak langsung dlm majlis ini. Aku bangga menjadi warga kerja PPAS dan aku sgt sayang pd Puan Pengarah kerna kelembutan wajah ye buat hatiku teringat ttg bondaku tersayang.

Selepas ini , bolehlah kalau aku dpt baby boy aku letak nama Aliff Nur Syafi (dah mengidam nama ni sebenar ye), sedap tak nama tu, terima kasih sbb beri aku sumber inspirasi dlm kisah-kisahku yg masih panjang ini.

Senyum sejuta ( ^_ ^ )

Bisa ya senyuman ini


Aku tahu engkau tersenyum dgnku sbb skrg engkau telah duduk di kerusi terhangitku...Inilah dia staff yg menggantikan tpt aku kt lib dataran , hensem tak? Nk bg cite sikit ttg kisah ye, dia mmg best, baik sgt sbb ringan tulang, suka  menolong org n mmg senang nk minta tolong dia, oklah ... aku redha aje sbb dia mmg layak duduk kt kerusi aku tu. Apa2 pun , hope dia jaga mantan lib aku dgn baik. Moga mantan lib aku akan lebih cemerlang lg di bawah seliaan beliau. Wokaylah aku tak boleh pandang sgt senyuman dia sbb nanti aku teringat kisah aku kt sana. Good Luck to U

Pada dia jika baca kisah ini, gelak byk2 ok.....

Sambutan Maulidur Rasul




Nak berkongsi sedikit daripada koleksi gambar sambutan Maulidur Rasul. Hensem tak bos2 aku heheheheh bos...

Kau Aku



Kau dan aku ,adalah satu


Tak kira apa

Segala rintihan aku ,engkau selalu ada

Biar kata memisah kita

Biarkan saja

Kerana terbiasa

Mengejar mimpi ,yang pasti akan aku

Sentiasa merasa kehilanganmu

Ku akan tunggu saat bertemu

Tiada henti

Walau dimana kita berdiri

Di dalam dunia ini

Biar sampai akhirnya nanti

Semua tak terang di mataku ,walau warnanya menyala

Ingin merasa namun aku takkan cuba

Biar kata memisah kita

Biarkan saja

Kerana terbiasa

Ooohhh….

Mengejar [...]

(^ _^) Kau Aku punya kisah lalu yg indah...

Hanya Kau Yg Mampu


Ku cuba redakan relung hati,


Bayangmu yang berlalu pergi,

Terlukis di dalam kenangan,

Bebas bermain di hatiku….



Cerita tentang masa lalu,

Cerita tentang kau dan aku,

Kini tinggal hanya kenangan,

Kau abadi di dalam hatiku….





Harusnya takkan ku biarkan kau pergi,

Membuat ku terpuruk rasa ingin mati,

Derita yang mendera kapan akan berakhir,

Hanya engkau yang mampu taklukkan hatiku



Cerita tentang masa lalu,

Cerita tentang kau dan aku,

Kini tinggal hanya kenangan,

Kau abadi di dalam hatiku….



Harusnya takkan ku biarkan kau pergi,

Membuat ku terpuruk rasa ingin mati,

Derita yang mendera kapan akan berakhir,

Hanya engkau yang mampu taklukkan hatiku



Aku cinta ooohhhhhh…

Aku cinta oooooooo…

(*- *) Makna cinta itu luas ok... cinta pd sahabat kerna mereka pernah mendengar kisah2 suka n duka ku. Miss u all...